Cara Untuk Semak Kelayakan Anda untuk Mendapatkan Facebook Star

 

Gambar hiasan


Assalamualaikum blogger/follower dan pembaca semua…

Semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan hari-hari yang akan datang, insyallah.

Pernah tak tengok star dekat mana-mana post di facebook. Selalunya star icon ni akan muncul di live page yang ada ribu2 follower. Tahukah anda dengan 1000 follower sahaja anda juga sebenarnya telah layak untuk menerima star daripada pembaca dan pengikut anda.

Saya akan kongsikan info daripada facebook yang sebenarnya saya translate ke Bahasa Malaysia dan edit sedikit untuk lebih santai dan senang nak faham. Saya akan kekalkan perkataan star tu ye. Faham kan star tu maksudnya bintang dalam Bahasa Malaysia…hehhe

Apa itu Facebook Star

Facebook Stars adalah suatu ciri yang memberi anda peluang untuk monetisasi (monetize)  kandungan video dan audio anda. Penonton boleh membeli Star dan menghantar kepada anda semasa anda sedang berlintas langsung (live) atau di dalam on-demand video yang mana mengandungi Star enable, atau semasa anda sedang live dalam audio room. Facebook akan membayar anda USD0.01 untuk setiap star yang anda terima

Ketersediaan Star

Star hanya tersedia di negara-negara yang berikut:

·         Argentina

·         Australia

·         Belgium

·         Brazil

·         Canada

·         Chile

·         Colombia

·         France

·         Germany

·         India

·         Indonesia

·         Italy

·         Malaysia

·         Mexico

·         New Zealand

·         Peru

·         Philippines

·         Portugal

·         Spain

·         Taiwan

·         Thailand

·         United Kingdom

·         United States

Lebih banyak negara akan disenaraikan kelak.

Star tidak tersedia di negara-negara yang berikut:

·         Cuba

·         Iran

·         North Korea

·         South Korea

·         Syria

·         Russia

Cara Untuk Semak Kelayakan Anda untuk Mendapatkan Facebook Star

Star

Star hanya diberikan kepada Pencipta yang memenuhi kriteria kelayakan program (program eligibility criteria).

Facebook Stars  adalah ciri yang mana anda perlu pohon untuk membolehkan anda monetize kandungan video dan audio anda. Anda perlulah layak untuk  Facebook Star sebelum anda boleh menerima Stars.

Cara Untuk Melayakkan Anda Untuk Menerima Star:

·         Anda hendaklah mematuhi Community Standards;

·    Anda hendaklah  mematuhi dan memastikan anda sentiasa patuh kepada  pass Facebook’s Partner Monetization Policies;

·   Anda telah mencapai 1,000 pengikut bagi tempoh sekurang-kurangnya 60 hari berturut-turut; dan

·  Anda tinggal di negara yang disenaraikan dalam senarai negara yang layak menggunakan ciri Facebook Star.

·  Anda hendaklah bersetuju dengan Terma dan Syarat Star (Stars Terms and Conditions).

Bagaimana Untuk Semak Sama ada Anda Layak untuk Menggunakan  Facebook Stars

Untuk semakan kelayakan, anda boleh ikut langkah-langkah yang berikut:

1.    Log in Facebook dan masuk ke Creator Studio.

2.    Klik pada tab Monetization yang terdapat di bahagian kiri menu dan semak status kelayakan anda.

3.    Sekiranya anda layak untuk Star, anda bolehlah enable Stars di dashboard anda dengan mengikut arahan yang terdapat di dashboard anda tersebut.

Sebenarnya, tidak susah pun nak kumpul 1000 follower. Anda boleh aje create engagement melalui sharing info daripada posting sama ada daripada individua tau daripada page lain. Yang penting bagi kehidupan sesuatu tu adalah engagement. Lagi banyak engagement, lagi lebatlah follower and rating di facebook page.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 



Ghost Writer dan Penulis Sambilan

 


Salam jumaat yang barakah semua…semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang, insyallah.

Hari ini saya terbaca blog ni https://web.z.com/my/blog/100-pilihan-cara-untuk-buat-duit-secara-online/#list-27 yang boleh tahan panjangnya tapi penuh dengan info. Satu benda yang menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan website truelancer yang memberi peluang kepada freelance writer untuk mendapatkan job secara online. Saya telahpun berdaftar dengan website tersebut walau dalam hati masih tertanya-tanya dan mencari info lanjut berkenaan website tersebut.

Saya terjumpa dengan blog https://www.fadzirazak.com/2019/11/dari-blogger-ke-ghostwriter.html. Baru saya tahu rupanya penulis sambilan yang menulis bagi pihak ketiga juga dinamakan ghost writer. Menarik jugak nama tu sebab yerlah menulis bagi pihak ketiga, kredit tidak akan berbalik kepada si penulis. Walau viral ke hujung dunia sekalipun penulisan tersebut, writernya akan tetap ghosty dan tidak dikenali. Itulah yang berlaku jika penulis mengambil upah menulis bagi pihak ketiga.

Antara bahan penulisan yang boleh diceburi oleh ghost writer adalah:

1.            Artikel untuk website dan blog

2.            Copywriting untuk media sosial

3.            Copywriting untuk iklan

4.            Buku fizikal

5.            e-Book

6.            Dokumen-dokumen penting

7.            Surat-surat rasmi

8.            Borang permohonan

9.            Tukar audio kepada teks

10.         Penterjemahan

…dan banyak lagi

 

Jika difikirkan seronok jugak cabang penulisan ni. Sebagai seorang pembaca tegar dan penulis blog yang baru nak semangat balik untuk update blog (sebab blog dah monetize), saya rasa saya nak cuba untuk menulis untuk orang lain, paling kurang utk majalah ke, walaupun tak dapat kredit tapi dapat tengok penulisan sendiri pun dah syukur. Tapi, saya tak pasti saya boleh buat ke tidak sekiranya dapat job ni sebab kadang-kadang kekangan masa membantutkan idea…huhu.

Jika ada pembaca yang merupakan bakal/potential customer yang sedang mencari-cari penulis untuk bahan-bahan penulisan, boleh aje hubungi saya melalui emel. Boleh bagi tahu jenis bahan yang dikehendaki dan quotation, manalah tahu saya berminat dan kitab oleh close deal. Tapi saya nak remind siap-siap yang saya perlukan lebih kurang 2 bulan utk siapkan bahan penulisan kerana saya lebih suka bahan yang saya buat dengan hati dan bukannya sekadar siap begitu sahaja dan saya jenis penulis yang slow yang menulis santai-santai sambil minum kopi makan biskut kat tepi kebun kecil saya, jadinya masa menulis adalah me-time bagi saya.

-Ghost Writer 2b-


Peminat Kopi Mesti Cuba Nescafe Kopi-O ni sebab...

 

Salam kemerdekaan semua…semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang, insyallah.

Sebagai peminat kopi saya telah mencuba berbagai jenis jenis kopi, daripada yang murah kepada yang mahal dan daripada peket sehinggalah kopi brew. Memang seronok travel around dan try pelbagai jenis kopi seolah-olah memberikan perasaan yang berlainan, feel yang lain bergantung di mana kita merasai kopi tersebut.

Sebenarnya saya dilahirkan dalam keluarga peminum kopi, jarang sekali minum teh o atau teh Tarik atau milo dan yang seumpamanya. Mungkin disebabkan itulah maka saya membesar menjadi seorang peminum kopi tegar..hehhe.

Tapi kopi di kampung tak sama dengan kopi di bandar. Mak saya cukup suka kopi yang dikisar. Apabila dibancuh hampasnya akan tinggal di bawah dan hampir suku jug jugalah hampasnya. Sebegitu bezanya dengan kopi proses yang tinggal masukkan saje dalam cawan dan siap diminum, maka sebegitulah beza rasa kopi tersebut.

Rasa pekat yang tak boleh digambarkan. Jika di tambah susu sedikit boleh membuat anda terduduk dan menikmati kopi itu sahaja tanpa memikirkan benda lain. Hebat kan. Itu sebenarnya bergantung juga dengan siapa yang membuat air kopi tersebut. Kalau diikutkan, dalam keluarga kami di kampung, hanya sayalah seorang yang boleh membuat kopi o terangkat hehhee….ini bukan angkat bakul taw…ini mak kite yang cakap…heheh..sebab biasanya kalau saya ada dikampung, mak akan suruh saya yang buatkan kopi o sebab saya tahu nak anggarkan gula, tidak terlalu manis, sedang-sedan sahaja. Telah airlio kejab.

Tolak tepi kisah kopi di kampung, saya nak kongsikan kopi-o jenama nescafe sepertimana gambar di atas. Ada pembaca yang dah pernah rasa ke kopi o ni, atau penggemar kopi-o ni sama macam saya.

Kopi-o ni rasanya lain daripada kopi-kopi o peket yang lain. Rasanya sedikit pahit walaupun telah di tambah dengan gula. Jika di tambah dengan susu, kopi ini kurang kick. Ada yang sama pendapat dengan saya ke..

Saya suka kopi ni sebab rasa pahit di hujung rasa kopi seakan-akan signature kepada kopi-o ini. Saya dah cuba pelbagai jenis kopi o peket yang lain dan saya tak Nampak “signature” seperti ini. Saya suka nak share dan syorkan pembaca yang juga peminat kopi untuk try kopi ni. Selain murah (jika dibandingkan dengan Starbuck), anda juga boleh buat sendiri pada bila-bila masa dan senang diperoleh. Cari aje di mana-mana kedai serbaneka. Biasanya saya beli speedmart sebab pasar borong jarang masuk jenis yang ini.

Jika anda dah cuba, komen yeh kita share pendapat dan pengalaman.

-Peminat Kopi Kisar-