Assalamualaikum…Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke-65.
Negaraku…
Tanah
tumpahnya darah ku…
Rakyat
hidup bersatu dan maju…
Rahmat
bahagia Tuhan kurniakan…
Raja kita
selamat bertakhta…
Rahmat
bahagia Tuhan kurniakan…
Raja
kita selamat bertakhta…
Irama Asal : Lagu Terang Bulan/
Lirik/senikata : jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.
Skor
lagu : 1. Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio
Malaya),
2.
D.S.P Croff (Pengarah
Muzik, Pancaragam Polis Diraja),
3.
Kapten Lenthall
(Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan
4. A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya).
‘Negaraku’
menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini
berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air. Idea
untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut
hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara
pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957- Sumber: Malaysia
2017 (Jabatan Penerangan Malaysia).
Pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu rasmi negeri Perak iaitu . Lagu negeri Perak pula dikatakan berasal dari Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles yang dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda Sultan tamat tempoh hukuman dibuang negeri kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch di Pasir Salak.[Info berkenaan Pulau Seychelles ada di SINI.]
Menurut seksyen 8(1) ALK, setiap individu hendaklah menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan yang sedang dimainkan dengan cara berdiri tegak dengan syarat lagu tersebut dimainkan dalam suatu majlis atau acara. Jika mana-mana individu didapati tidak berdiri tegak atau tidak menunjukkan rasa hormat ketika lagu Negaraku dimainkan, individu tersebut boleh didakwa di bawah subseksyen 8(3) ALK yang membawa denda maksimum RM100 atau penjara maksimum satu bulan. Subseksyen 8(1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu. Tapi, sekiranya anda seorang yang berjiwa dan berdarah patriotik, tidak salah untuk menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan setiap kali mendengarnya.
AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) [AKTA 808]
1
Tajuk ringkas
dan pemakaian
(1)
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lagu Kebangsaan 1968.
(2)
Akta ini terpakai di seluruh Malaysia.
2 Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lain-
"Lagu
Kebangsaan" ertinya Lagu Kebangsaan Malaysia iaitu gubahan
yang mengandungi perkataan dan muzik yang dinyatakan dalam Jadual;
"versi
pendek" ertinya versi pendek Lagu Kebangsaan yang
dinyatakan dalam Jadual;
"versi
ringkas" ertinya versi ringkas Lagu Kebangsaan yang dinyatakan
dalam Jadual.
2 Memainkan versi penuh Lagu Kebangsaan
(1)
Versi penuh atau versi Diraja Lagu
Kebangsaan hendaklah dimainkan pada peristiwa yang berikut:
(a) apabila suatu penghormatan diberikan
kepada Yang di-Pertuan Agong, atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa
menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong, atau seorang Raja yang dilantik bagi
menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong mengikut Akta Yang di-Pertuan Agong
(Penjalanan Fungsi) 1957 [Akta 373], atau apabila panji-panji diraja
dikibarkan bagi melambangkan kehadiran Yang di-Pertuan Agong;
(b) semasa perbarisan rasmi atau majlis
istiadat rasmi yang lain;
(c) pada semua peristiwa apabila Yang
di-Pertuan Agong hadir sendiri (termasuk penyiaran oleh Yang di-Pertuan Agong);
(d) apabila
bendera Malaysia dibawa dalam perbarisan;
(e) apabila
panji-panji rejimen dianugerahkan;
(f) bagi
menaikkan panji-panji dalam Tentera Laut.
(2)
Versi penuh atau versi Diraja Lagu
Kebangsaan boleh dimainkan di sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi
Lagu Kebangsaan.
(3)
Versi penuh atau versi Diraja Lagu
Kebangsaan hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang
ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.
4 Memainkan
versi ringkas
(1)
Versi ringkas hendaklah dimainkan
sebagai penghormatan pada semua peristiwa rasmi kepada-
(a) Raja Permaisuri Agong; dan
(b) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak.
(2)
Versi ringkas hendaklah dimainkan
pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan
Agong melalui perintah.
5 Memainkan versi pendek
Pada mana-mana peristiwa rasmi
apabila Yang di-Pertuan Agong atau wakilnya tidak hadir tetapi salah seorang
daripada Raja-Raja bagi Negeri-Negeri hadir, versi pendek hendaklah dimainkan
pada masa tamatnya peristiwa itu sebaik selepas lagu kebangsaan Negeri yang
berkenaan dimainkan.
6 Memainkan Lagu Kebangsaan pada peristiwa
khas
(1) Pada semua sambutan
rasmi untuk orang kenamaan asing yang dalamnya penghormatan diberikan, versi
penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu
kebangsaan negara pelawat kenamaan itu dimainkan.
(2)
Pada semua peristiwa rasmi yang
diatur oleh Perwakilan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan
Perwakilan asing itu atau peristiwa Kebangsaannya yang lain, versi penuh atau
versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan
negara Perwakilan asing itu dimainkan.
7 Menyanyi Lagu Kebangsaan
Pada semua peristiwa apabila
Lagu Kebangsaan dinyanyikan, versi penuh atau versi Diraja hendaklah
dilafazkan.
8 Tanda hormat
(1)
Bilamana versi penuh atau versi
Diraja Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan atau bilamana versi ringkas
atau versi pendek dimainkan, semua orang yang hadir hendaklah berdiri sedia
sebagai tanda hormat.
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai jika
Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem
berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu.
(3)
Mana-mana orang yang dengan
disedarinya menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan di
mana-mana tempat awam boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu
ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan.
(4) Bagi maksud seksyen
ini-
(a) kegagalan mematuhi subseksyen (1) tanpa
sebab yang baik dan mencukupi; dan
(b) apa-apa perbuatan atau peninggalan yang
berkecenderungan untuk merendahkan prestij Lagu Kebangsaan pada pandangan orang
awam, hendaklah merupakan sikap tidak hormat.
9 Menangkap tanpa waran
Seseorang pegawai polis boleh
menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melanggar seksyen 8 dalam kehadiran
pegawai polis itu melainkan jika orang itu memberikan nama dan alamatnya dan
memuaskan hati pegawai itu bahawa dia akan menjawab dengan sewajarnya apa-apa
saman atau prosiding lain yang akan diambil terhadapnya.
10 Pindaan Jadual
Yang di-Pertuan Agong boleh
melalui perintah meminda, menggantikan atau mengubah Jadual.
JADUAL LAGU KEBANGSAAN
MALAYSIA
Catatan |
: |
Bagi versi penuh atau versi Diraja, dimainkan
dari mula hingga akhir |
Bagi versi ringkas, dimainkan dari mula hingga
B dan disambung dari C hingga akhir |
||
Bagi versi pendek, dimainkan dari C hingga
akhir |
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.
Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.
Lirik Lagu Negaraku (BI)
Oh my motherland,
Where my life began
Where people lives
In harmony and prosperity
With God given
Blessing of happiness
Our King
Reign in peace
With God given
Blessing of happiness
Our King
Reign in peace
Lirik Lagu Negaraku (Bahasa
Cina)
我的國家,
我生長的地方。
各族團結
前途無限無量。
但願上蒼,
福佑萬民安康。
祝我君王,
國祚萬壽無疆。
但願上蒼,
福佑萬民安康。
祝我君王,
國祚萬壽無疆。
Lirik Lagu Negaraku (Bahasa
Tamil)
எனது நாடே
என் குருதி சிந்திய மண்ணே
மக்கள் வாழ்வே
ஒற்றுமையே முன்னேற்றமே
அருளோடும் மகிழ்வோடும்
இறைமை வழங்கிடும்
எங்கள் மாமன்னர்
முறையாட்சி வாழியவே
அருளோடும் மகிழ்வோடும்
இறைமை வழங்கிடும்
எங்கள் மாமன்னர்
முறையாட்சி வாழியவே
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.