Assalamualaikum,
Selamat pagi Selasa, semoga Allah permudahkan
urusan kita pada hari ini dan hari-hari yang akan datang, insyallah.
Ada ke yang macam kami sekeluarga, datang ke Ikea jauh (jauhla sangat) semata-mata untuk makan aje. Kami sekeluarga cukup suka makan dekat sana sebab sup mushroomnya, sebab ayam gorengnya yang sedap dan paling penting dan tak boleh tinggal mestilah nak makan meatball yang kenyal dan sedap secukup rasa itu.
Perasaan selepas dapat makan dekat sana tu kan ibaratkan baru aje setelkan bayaran sebulan komitmen hehe. Bayangkan macam mana rasa leganya tu...tak boleh nak cerita macam mane jadi boleh try bayangkan aje.
Pernah sekali semata-mata untuk makan juga kami sekeluarga sanggup beratur dekat 2 jam jugak rasanya. Masa tu masih PKP tapi dah longgar. Cumanya, walaupun dah longgar, jumlah pengunjung yang boleh masuk dihadkan jumlahnya. Jadi, nak tak nak kenalah beratur panjang masa tu dan menunggu giliran masuk dengan penuh kesabaran. Alhamdulillah selepas 2 jam kami dapat masuk dan makan. Cuma masa tu kami bercadang nak masukla jalan-jalan cuci mata dekat dalam. Tapi, dek kerana masa menunggu yang terlalu lama, mood window shooping pun kelaut. Selepas makan dengan perut kenyang berisi kami pun baliklah dengan bahagianya.
Kalau pembaca ada story and menu yang korang biasa order, sharelah dekat bawah mane tahu kami pun tak try lagi, bolehlah kami dtg try next time.
-it-
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.