MAKAN APA DI IKEA


Baru-baru ni saya try untuk susun balik tempat buku. Alih punya alih patah pulak kayu rak buku kami. Aduhai...akhirnya kami suami isteri bergerakla ke Ikea mencari rak hitam ie rak buku yang paling murah di Ikea. 


Saya dah survey dah kat Shopee harga rak buku macam lebih kurang je araound RM80-RM110 tapi saya rata2 kayu yang digunakan adalah jenis kayu yang not bad (saya tak tahu jenis kayu). Tapi tahu tak apa yang membezakan rak ikea dan rak2 buku yang lain? Selain kayu yang digunakan oleh Ikea ni jenis kayu lain (saya rasalah), rak2 ikea juga biasanya menggunakan skru. Maksudnya antara satu bahagian kepada bahagian yang lain disambungkan dengan skru. Jadi bila kita ubah atau angkat, ia masih terletak. Berbeza dengan rak kayu local, biasanya yang saya jumpa adalah dengan penyambung kecik yang mcm connector antara tapak susun buku dan dinding rak. Kesannya adalah apabila diangkat rak mungkin akan menjadi longgar dan dengan itu memberi kesan kepada connector yang boleh tecabut dan patah. Kalau patah lagilah parah sebab dah takde cara nak sambungka tapak kecuali buat lubang baru. Ishhh..panjang pulak explanationnya. 

So selesai aje membeli kami pun makanlah di cafe Ikea. Dah lama rasanya tak ke sini. Nak2 pulak zaman PKPB memang taklah kami ke sini.

Untuk hari ini kami yang kelaparan telah memesan makanan wajib rasa di Ikea iaitu:

16 ketul Bebola Ayam
dengan Kentang Lecek & Brokoli


6 ketul Kepak Ayam Goreng
dengan Sos Siracha


Salad ayam

Dessert: cake 

Semuanya sedap2 belaka. Perghh kenyang...gendang gendut tali kecapi kenyang perut sukahati.

 

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.