Cara Tampal Not Pada Keyboard

 


Untuk pemain piano/keyboard pemula, saya nak cadangkan agar anda memulakan proses pembelajaran anda dengan mengenali keyboard berdasarkan nombor atau huruf. Caranya mudah sahaja. Di Shopee, anda boleh membeli sticker2 keyboard seperti ini:



Dengan itu pembelajaran akan jadi lebih mudah.Tapi bagaimana caranya untuk mengenali huruf2/not2 pada Piano/Keyboard? Jom saya kongsikan tip untuk mengenali not2 muzik stail pemula. 

Ok ini adalah contoh bar/not yang ada pada keyboard. Anda mesti mulakan sesi perkenalan anda dengan keyboard yang anda baru beli dengan mengenali not berwarna hitam dan putih. Perhatikan susunan not/key hotam yang berada pada susunan 2-3-2-3-2-3 dalam gambar di bawah. Ini adalah keyboard yang mempunyai 21 not/key. Walau berapa not/key keyboard yang anda miliki, cara pembacaaan not.key tetap sama. 


Jom kita mulakan berkenalan dengan not/key mudah di bawah ini:

Ini adalah gambar bagi not mudah dengan 7 not/key asas. Key asas yang dimaksudkan adalah NOT/KEY C,D,E,F,G,A dan B. 

7 not/key


Cara untuk mengenali key C adalah dengan mencari 2 not hitam yang paling hujung pada keyboard anda seperti di dalam gambar ini:

 

Not/Key C berada di sebelah kiri not bewarna hitam kembar. Ini adalah tips paling penting ye. Apabila anda sudah menemui key C, maka proses menanda key lain akan menjadi mudah seperti di bawah. Anda boleh teruskan penandaan keyboard dengan menggunakan not/key muzik berdasarkan susunannya, C,D,E,F,G,A dan B. Senangnya, anda ingat A hingga G iaitu 7 huruf yang melambangkan 7 not muzik. Namun, penandaan harus bermula dengan C (jika keyboard anda bermula dengan 2 key hitam berkembar). 

Ok, untuk memudahkan urusan, saya kongsikan penandaaan keyboard pada 21 key untuk anda. Anda juga boleh tandakan dulu keyboard dan semak semula pada gambar di bawah.  Saya rasa tips penandaan ni mudah je. Anda mesti boleh buat punya. Selamat menanda. 

Oh ya, post seterusnya saya akan kongsikan lagu-lagu mudah dan asas untuk pemula. Actually, saya pun pemula juga. Jadi saya akan kongsikan tips berdasarkan perjalanan proses pembelajaran saya. Saya rasa tips ni sesuai sebab saya berjaya ajar anak saya bermain dengan mudah dan cepat. Dalam masa seminggu je anak saya yang berumur 9 tahun sudah boleh bermain 3-4 lagu mudah. Senang bila bermain dengan keyboard yang telah ditanda begini. Bye for now.


 

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.