Akhirnya pkpd ditamatkan. Alhamdulillah. Tapi
arahan penamatan ini tidaklah bermakna orang-orang Putrajaya bebas bergerak ke
sana ke mari. Apatah lagi semasa pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob pada 5.12.2020,
beliau turut mengumumkan rentas daerah dibenarkan termasuklah ke kawasan yang
masih di bawah arahan PKPD. Bila dah lama duduk satu kawasan tak keluar-keluar,
mulalah fikir nak merentas ke mana hujung depan kan. Nak2 pulak2 anak2 dah lama
betul tak keluar.
Tapi kena beringat ya. Negara kita masih belum pulih dari virus ini. SOP kena patuhi walaupun diri terasa sihat dan tahap confident tu teramat tinggi. Dalam kawasan sesak, perlu jadikan kebiasaan untuk menjarakkan diri. Bukan apa, kadang2 terlupa covid19 tu masih ada. Mask dah terletak dah tapi bila berbaris nak ke kaunter kekadang terlupa nak jarakkan diri. Apatah lagi kalau ada kawan sebelah langsung tak ingat duni. Jangan begitu ye adik2 semua. Marilah kita dahulukan SOP sebelum berseronok nak keluar ke sana ke sini.
Salam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.