Kos Langgan Netflix


Salam semua..ada yang tengah plan2 nak subscribe Netflix ke?

Di zaman moden teknologi di hujung jari ni sememangnya pilihan hiburan sangatlah banyak. Dalam FB sekalipun sekarang dah upgrade melampau. Dulu cuma boleh update status, boleh chat dan boleh tengok video pendek. Tapi sekarang semua ada di FB.Video, gaming, market/shopping online...everything dan tanpa TAPISAN.

Secara tak langsung bebanan tugas ibu ayah pun bertambah. Bukan apa, smart phone sekrang pun dah murah2. RM300 dah boleh dapat Redmi paling murah dengan 4G dan 32MB. Dah kira hebatlah tu telefonnya sebab dengan skrin besar dan gambar cantik memang sedaplah nak guna. Nak2 pulak rumah ade wifi memang seronok betul bukak media sosial. 

Tapi hari ni saya bukannya nak kongsi berkenaan tanggungjawab dan bebanan ibu ayah dengan majunya teknologi. Saya rasa ia subjektif sangat untuk di ulas sebab lain orang lain pandangan dan pandangan tidak akan pernah ada salahnya. Semua pendapat adalah betul jika anda fikirkan itulah yang terbaik untuk keluarga anda.

Hari ini saya nak kongsikan berkenaan Netflix. Saya rasa ramai yang dah langgan Netflix ni sebab pakejnya murah aje RM55 sebulan berbanding Astro paling murah RM40/RM48 (maaf saya tak langgan Astro) dengan tayangan channel yang sangat limited dan ulang-ulang siar.

Saya mula melanggan Netflix sejak Januari 2019. Oleh kerana di rumah kami cuma ada Hypptv jadi hiburan kami hanya terhad kepada siaran di Hypptv, di FB, insta dan juga Youtube. Kadang2 semua tu membosankan dan memenatkan. Bayangkan dari pagi membelek status orang, tengok Youtube peratikan perangaikan orang. Mata jadi penat dan mulalah mengantoknya. 

Kebetulan pada penghujung 2018 iklan Netflix memang merata di FB di Youtube. Jadi, mungkin sebab dah kerap sangat tengok jadi tangan mulalah ringan tekan dan belek2 pakej Netflix. Tahu2 dah mula melanggan. Kami anak beranak mulalah plan melepak depan tv secara berjamaah, bawak makanan siap2 dan jadikan hjg minggu as hari melepak sefamily. Mula dari pagi sampai ke petang (nak dijadikan cerita) kami tontotn satu demi satu movie. Biasanya kami akan tonton cerita yang bertemakan keluarga atau kartun. Cerita lain daripada tu saya dan husband tengok kat telefon aje.

Harga Pakej Netflix

Saya rasa harga untuk pakej Netflix ni masih murah atau rendah berbanding kepelbagaian genre movie yang ditawarkan dalam saluran ni. Memang betul, ada sesetengah pendapat tu mengatakan pakejnya tak berbaloi sebab cuma boleh tengok movie dan takdalah berita atau pakej cerita semasa macam tv biasa. Tapi bagi peminat panggung wayang macam saya dan keluarga, kos untuk masuk panggung aje makan RM60 ke atas. Jadi saya rasa untuk membayar RM55 sebulan untuk hanya melepak di rumah bersama anak-anak saya rasa cukup berbaloi.

Jika anda rasa pakej RM55 sangatlah mahal, anda juga boleh memilih pakej lain, namun gambar pada skrin tidaklah secantik dan jelas seperti pakej RM55.

Pakej Netflix:

(i) RM17 sebulan - mobile/1 device/standard definition/boleh download
(ii) RM35 sebulan - 1 skrin pada satu masa/standard definition/boleh download movie
(iii) RM45 sebulan - 2 skrin pada satu masa/Full HD/boleh download movie
(iv) RM55 sebulan - 4 skrin dalam satu masa/Full HD&4K/boleh download

 

Kelebihan Netflix

1. Sebagai ibu kepada anak2 yang dah pandai untuk log in kepada mana2 app, saya rasa konsep log ini dulu sebelum masuk ke dalam sistem Netflix adalah salah satu langkah untuk memastikan anak2 tidak semudah tekan remote dan bukak tv.


2. Selain itu, penggunaan password untuk access masuk ke akaun2 kecil dapat menyekat anak2 kecil daripada access kepada akaun dewasa. Sebelum itu ibu ayah kenalah buat akaun2 kecil atas nama anak2 misalannya agar dapat disekat cerita2 dewasa daripada tontonan anak2. Untuk makluman semua, di US cerita dewasa dikategorikan 16 thn ke atas.Jadi kalau ada anak2 16 tahun di rumah pandai2lah setkan cerita/movie yang dieorang boleh tengok. 



Pastikan ibu ayah ingat password ye kalau tak nanti susah pulak nak access untuk sendiri tengok. Setakat ini ajelah perkongsian hari ini. Tepuk dada tanya selera, nak Netflix ke tidak.

Selamat menonton.

#netflix


No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.