Bismillahirahmanirahim,
Semoga Allah menjadikan kita orang2 yang suka berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sungguh, beruntung kita menjadi umat baginda SAW, dianugerah bermacam pahala2 atas perbuatan kita yang kecil2.
Tanggal 12 Rabiul Awwal 1442H sekali lagi Allah panjangkan umur untuk menyambut hari kelahiran nabi junjungan kita, Muhammad saw. Ingat lagi pada tahun lepas kami sekeluarga di pejabat (keluarga officemate) dengan diketuai oleh Ladyboss kami telah mengadakan sesi berselawat ke atas nabi. Kami buat majlis tu diwakttu petang dengan membentang tikar di ruang sosial kami. Ruang sosial kami kecil sahaja, iaitu suatu ruang yang cukup untuk menempatkan kami seramai 21 orang. Di sisi kami adalah susunan buku-buku. Ya, ruang sosial kami adalah ruang di dalam library di ofis kami.
Itulah kali pertama dalam kehidupan ini, Allah beri peluang sekaligus menjentik hati ini untuk lebih mengenali rasullullah. Benarkah kata-kata hikmah dari Imam Malik bin Anas bahawa sesungguhnya “ilmu itu didatangi (dituntut), bukan ilmu itu yang pergi untuk kamu menunggunya.”
Sedikit berkenaan tersebarkan kata-kata hikmah ini. Ia berlaku semasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rashid. Beliau telah memerintahkan Imam Malik untuk mengadap baginda bagi mengajarkan ilmu hadith. Lalu Imam Malik berkata “ilmu itu didatangi (dituntut), bukan ilmu itu yang pergi untuk kamu menunggunya.” Khalifah Harun ar-Rashid ketika itu akur dan baginda sendiri pergi ke rumah Imam Malik bagi menuntut ilmu.
Ketika di rumah Imam Malik, satu peristiwa lagi berlaku. Khalifah Harun ar-Rashid duduk sambil bersandar di dinding. Imam Malik sekali lagi menegur baginda. Katanya “Wahai Amirul Mukminin, antara tanda memuliakan Rasulullah, ialah memuliakan ilmu itu.” Terus Khalifah Harun ar-Rashid duduk dengan tertib di hadapan Imam Malik untuk mendengar beliau bait-bait hadith yang diriwayatkan oleh beliau. Benarlah seperti yang disebut Ibnu al-Khayyad ketika memuji Imam Malik, katanya “tidak menjawab bukanlah bermakna menghilangkan kehebatan, orang-orang yang bertanya menundukkan dagu-dagu tanda penghormatan, ketakwaan itulah yang menjadikan cahaya ketinggian dan lebih mulia daripada sultan, dialah yang digeruni kerana kewibawaannya sedangkan dia bukan seorang sultan.”
Hikmahnya di sini, apabila terjentik hati untuk belajar untuk lebih mengenali baginda rasullullah, maka saya telah cuba sedaya yang boleh untuk mencari seberapa banyak ilmu berkenaan baginda. Seboleh-bolehnya apabila teringatkan baginda, segera lidah ini berzikir memuji baginda, semoga Allah kekalkan kedudukan hati yang rapuh ini dengan sentiasa berzikir dan memuji baginda.
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Baginda lahir dari Keturunan Bani Quraisy pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M) di Mekah.
Ibu Rasulullah SAW : Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.
Ayah Rasullullah SAW : Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Isteri-Isteri Rasullullah SAW:
1. Khadijah binti Khuwailid
Khadijah binti Khuwailid adalah isteri Nabi Muhammad yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.
Anak-anak Nabi Muhammad bersama Khadijah :
1. Al-Qasim bin Muhammad
2. Abdullah bin Muhammad
3. Zainab binti Muhammad
4. Ruqaiyah binti Muhammad
5. Ummu Kalthum binti Muhammad
5. Fatimah binti Muhammad
Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dirham. Selain itu,beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya. Contohnya pada suatu hari, Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud,beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Muhammad sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.
3. Aisyah binti Abu Bakr
Beliau adalah Ummul Mukminin Ummu Abdillah Aisyah binti Abu Bakr, Shiddiqah binti Shiddiqul Akbar, isteri tercinta Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau lahir empat tahun setelah diangkatnya Muhammad menjadi seorang Nabi. Ibu beliau bernama Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Abdi Syams bin Kinanah yang meninggal dunia pada waktu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masih hidup iaitu tepatnya pada tahun ke-6 H.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menikahi Aisyah dua tahun sebelum hijrah melalui sebuah ikatan suci yang mengukuhkan gelar Aisyah menjadi ummul mukminin, tatkala itu Aisyah masih berumur enam tahun. Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membangun rumah tangga dengannya setelah berhijrah, tepatnya pada bulan Syawwal tahun ke-2 Hijrah dan ia sudah berumur sembilan tahun. Aisyah menceritakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menikahiku pasca meninggalnya Khadijah sedang aku masih berumur enam tahun, dan aku dipertemukan dengan Beliau tatkala aku berumur sembilan tahun. Para wanita datang kepadaku padahal aku sedang asyik bermain ayunan dan rambutku terurai panjang, lalu mereka menghiasiku dan mempertemukan aku dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Lihat Abu Dawud: 9435). Kemudian biduk rumah tangga itu berlangsung dalam suka dan duka selama 8 tahun 5 bulan, hingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meninggal dunia pada tahun 11 H. Sedang Aisyah baru berumur 18 tahun.
Aisyah adalah seorang wanita berparas cantik berkulit putih, sebab itulah ia sering dipanggil dengan “Humaira”. Selain cantik, ia juga dikenal sebagai seorang wanita cerdas yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mempersiapkannya untuk menjadi pendamping Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mengemban amanah risalah yang akan menjadi penyejuk mata dan pelipur lara bagi diri beliau. Suatu hari Jibril memperlihatkan (kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) gambar Aisyah pada secarik kain sutra berwarna hijau sembari mengatakan, “Ia adalah calon isterimu kelak, di dunia dan di akhirat.” (HR. At-Tirmidzi (3880), lihat Shahih Sunan at-Tirmidzi (3041))
4. Ḥafsah binti Umar
Hafsah merupakan puteri kepada Umar Al-Khattab dan ibunya Zainab. Apabila mendapat berita tentang kelahiran puteri beliau, Umar Al-Khattab merasa malu kerana mengikut Arab jahiliah sesiapa yang dapat anak perempuan maka akan menyebabkan hidup malang atau dikategorikan sebagai pembawa sial. Selepas peristiwa itu, Umar Al-Khattab lari ke Darul Nadwah kerana itu. Setelah beberapa tahun, ayahnya telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Muhammad.
Hafsah mempunyai seorang suami tetapi suaminya wafat kerana terkorban di medan perang. Apabila mendapat berita mengenainya, Muhammad mengambilnya sebagai isterinya atas membalas jasa suaminya yang membantu baginda. Ketika peristiwa pembunuhan ayahandanya, Hafsah berasa sedih atas pemergian ayahandanya yang tersayang. Hal ini menyebabkan beliau gemar mengurung diri di dalam rumah sambil bertaqarrub kepada Allah.
5. Ummu Habibah
Ummu Habibah seorang janda. Suami pertamanya Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy. Ummu Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah ke [[]]Habsyah. Ubaidullah meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di Habsyah kehilangan tempat bergantung.
Melalui Raja Najasyi, Nabi Muhammad melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh Najasyi bagi pihak Nabi.
6. Ummu Salamah Hindun binti Abi Umaiyah
Ummu Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu Nabi Muhammad melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab.
Lamaran kali kedua baginda diterimanya dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung.
7. Zainab bint Jahsy
Zainab merupakan isteri kepada Zaid ibn Harithah, yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat Nabi Muhammad setelah dia dimerdekakan.
Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad menjangkakan akan ada kritikan jika baginda menikahi Zainab. Adat sebelum Islam menegah sebarang hubungan perkahwinan antara lelaki dengan bekas isteri kepada anak angkat seperti juga tidak dibenarkan untuk mengahwini bekas menantu sendiri. Masyarakat Arab akan memandang hubungan ini sebagai salahl kerana mereka menganggap anak angkat adalah anak sebenar, dan untuk mengahwini isteri kepada anak angkat - walaupun telah diceraikan - dianggap sumbang mahram.Maka, baginda menyembunyikan hasrat yang baginda ingin menikahi Zainab. Dan hal ini dikisahkan di dalam al-Qur'an 33:37:
Muhammad secara rasminya telah berkahwin dengan pengantinnya sendiri selepas perletakan ayat ini.Baginda menikahi Zainab sebaik selepas iddahnyua tamat iaitu pada 27 Mac 627. Kemudian, status keluarga angkat tidak lagi sama bawah fahaman Islam seperti sebelumnya. Zaid pula mengubah namanya yang pernah diubah iaitu "Zaid bin Muhammad" kembali kepada Zain bin Harithah.
Upacara perkahwinan dilakukan oleh al-Abbas bin Abdul Mutalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi pihak Nabi Muhammad.
8. Zainab binti Khuzaimah
Tidak lama selepas perkahwinan baginda dengan Hafsah binti Umar, baginda Nabi Muhammad telah melamar Zainab binti Khuzaimah dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham atau 12 auns emas.Terdapat perdebatan tentang bagaimana lamaran tersebut berlaku. Dalam naskhah al-Isaba karangan Ibn Kalbi, beliau mendakwa baginda melamar beliau secara terus, manakala Ibn Hisham menulis yang bapa saudara Zainab, Quobaisa bin Arm al-Hilali yang mengaturkan peminangan tersebut.
Dikhabarkan bahawa perkahwinan tersebut berlaku pada bulan Ramadhan, yang bertujuan untuk menjamin pengikut baginda bahawa gugur di medan perang tidak bermakna keluarga mereka akan dibiarkan kebuluran dan terabai. Beliau merupakan isteri pertama baginda yang datang dari luar Bani Quraisy.
Pada satu masa dikhabarkan terdapat seorang miskin datang ke rumah beliau dan meminta sedikit tepung, dan beliau memberikan semua yang beliau ada walaupun hanya tinggal sedikit lalu beliau berlapar tanpa sebarang makanan pada malam tersebut. Nabi Muhammad terharu dengan kemurahan hati beliau dan memberitahu isteri baginda yang lain tentangnya bahawa "jika kamu beriman kepada Allah, Dia akan memberikan kamu kecukupan sepertimana Dia memberikan rezeki kepada burung-burung, yang keluar dari sarang pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu malam dalam keadaan kenyang".
9. Juwairiyah binti Harith
Beliau mengahwini Nabi Muhammad ketika baginda berusia 58 dan beliau berusia 20 tahun yang membuatkan perkahwinan itu berlaku pada tahun 628 M.Beliau merupakan anak perempuan al-Hārith ibn Abi Dirar, ketua Banu Mustalaq, yang dikalahkan bersama puaknya oleh tentera Islam dalam satu pertarungan.
Juwairiyah diperihalkan sebagai orang yang sangat cantik dan mulus:
- Beliau dibesarkan dalam ribaan kemewahan, dan mempunyai pesona dan lagak seorang puteri. Bijak dan pintar, beliau menguasai bahasa dan kesusasteraan. Ini ialah pencapaian yang amat dihargai oleh Arab masa itu.[5]
- Semua yang melihat [Juwairiyah] terpesona dengan kecantikan beliau. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mewah, beliau bukan sahaja jelita tetapi anggun, elegan, dan fasih.
- Apabila isteri Nabi Muhammad , 'Aisyah melihatnya buat kali pertama, beliau mengatakan bahawa Juwairiyah "secantik bidadari".
Juwairiyah binti Harith meriwayatkan: Rasulullah datang ke rumahku pada waktu fajar ketika aku sibuk menjalankan solat Subuh. Baginda datang sekali lagi pada waktu Dhuha dan mendapati aku masih duduk di situ. Baginda berkata, "Adakah kamu berada dalam kedudukan yang sama seperti semasa saya tinggalkan kamu. Saya balas mengiyakan. Lalu baginda bersabda,
"Saya membaca empat kalimah tiga kali selepas saya meninggalkan kamu. Jika kalimah tersebut ditimbang berbanding apa yang telah kamu bacakan sepanjang pagi, nescaya kalimah tersebut adalah lebih berat. Kalimah tersebut ialah:
سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ
SubhanAllahi wa bihamdihi, `adada khalqihi, wa ridho nafsihi, wa zinata `arshihi, wa midada kalimatihi
– Diriwayatkan oleh Muslim 44/17, Tirmidzi 67/13, Abu Dawud 369/4, Ibnu Majah 423/2
10.Safiyah binti Huyay
Menurut Muhammad al-Bukhari, Nabi Muhammad tinggal selama tiga hari di suatu tempat di antara Khaibar dan Madinah, di mana baginda bersama dengan Safiyah sebagai isteri baginda. Sahabat Nabi tertanya jika Safiyah dianggap sebagai tahanan ([ma malakat aymanukum] atau isteri. Mereka menganggap Safiyah sebagai isteri Nabi Muhammad , maka termasuk sebagai "Ibu Orang Beriman", jika baginda mengarahkan beliau untuk menghijabi dirinya, jika tidak beliau adalah wanita pembantu.
Nabi Muhammad mencadangkan Safiyah menganut Islam dan beliau setuju lalu jadilah beliau salah seorang isteri Nabi Muhammad. Safiyah tidak melahirkan sebarang zuriat dengan Nabi Muhammad
Walaupun telah memeluk Islam, isteri-isteri baginda sering mengejek Safiyah dengan keturunan Yahudi. Terdapat perasaan ragu-ragu terhadap kesetiaan Safiyah kepada Islam dan syak yang beliau akan membalas dendam terhadap kaum keluarganya.[13] Dalam kitab Sirah Rasulullah, baginda sendiri atau Umar menyatakan kekecewaan terhadap keraguan dan meyakinkan mereka akan kesetiaan Safiyah.
Berkenaan sulur galur Yahudi pada Safiyah, Nabi Muhammad pernah memberitahu isteri baginda itu, "Jika mereka menyakiti kamu lagi, beritahu mereka yang suami kamu ialah Muhammad, bapa kamu ialah Harun dan bapa saudara kamu ialah Musa. Jadi, apa yang kamu ada itu patut kamu banggakan."
11. Maimunah binti Al-Harith
Isi Khutbah Terakhir Rasullullah
Ketika Muhammad mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Muhammad itu ialah:
- "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
- "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
- "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
- "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
- "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
- "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
- "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
- "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
- SELAWAT MAULIDUR RASULصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدSelawat Allah ke atas Muhammadصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَSelawat salam dipohon lagiصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدSelawat Allah ke atas Muhammadصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَSelawat salam dipohon lagiيَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَWahai Nabi salam atasmuيَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَWahai Rasul, salam atasmuيَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَWahai kekasih, salam atasmuصَلَوَاتُ الله عَلَيْكَSelawat Allah ke atasmuأَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَاBulan purnama menyinari kitaفَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُHilang segala cahayaمِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَاIndah menawan tak pernah dilihatقَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِWajah gembira sepanjang hayatأَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌKaulah matahari, kaulah bulanأَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍKaulah cahaya mengatasi cahayaأَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِيKaulah rahsia hidup muliaأَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِKaulah menyuluhi jiwaيَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّدWahai kekasihku, ya Muhammadيَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِWahai pendamping indah sejagatيَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُWahai Nabi dijulang dipujaيَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِWahai imam 2 kiblatمَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَدBahagialah orang memandang wajahmuيَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِWahai penghulu keturunan muliaحَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّدKolam airmu sejuk jernihوِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِKunjungi kami pada hari akhiratعَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَىAllah mengetahui rahsia sulitمُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِDialah menyahut semua seruanرَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًاWahai Tuhan Rahmatilah kamiبِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِDengan segala amalan solehوَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَدSelawat Allah ke atas Muhammadعَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِSebanyak baris kertas ditulisأَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّدAhmad Muhammad petunjuk jalanصَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِEmpunya wajah berseri menawanصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدSelawat Allah ke atas Muhammadصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَSelawat salam dipohon lagiصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدSelawat Allah ke atas Muhammadصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَSelawat salam dipohon lagiاَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِWahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
Rujukan :
1. Wikipedia
2. Al Bayan : Sehari bersama Rasullullah SAW
- https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2020/10/Al-Bayan-5-Seharian-Bersama-Rasullulah-SAW_FINAL1.pdf
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.