Salam 6 Zulhijjah 1441H, Isnin yang tenang di Putrajaya. Semoga hari ini dan hari2 yang mendatang memberikan ketenangan di dalam hati kita dan ketenangan itu dapat kita kongsikan kepada orang2 di sekeliling.
Alhamdullillah Allah panjangkan usia kita sehari lagi.
Sudah menjadi kebiasaan pagi2 untuk menonton Tanyalah Ustaz di TV3. Pagi ini tajuknya sangat menarik "Sejarah Kaabah". Tajuk yang sangat sesuai di bulan haji ini. Walaupun pendemik C19, namun ibadah diteruskan pada tahun ini, namun terhad kepada penduduk asal dan penduduk warga asing yang datang menetap di Arab Saudi. Tahniah kepada warga Malaysia (dengarnya student di sana) yang terpilih untuk mengerjakan ibadah haji tahun 1441H. Doakan kami yang telah terpilih untuk tahun ini dijemput untuk tahun depan 1442H, insyallah.
Berbalik kepada rancangan Tanyalah Ustaz, di TV3, biasanya 5 minit sebelum pukul 8 rancangan ini di TV3 akan berhenti dan disambung pula di TV9 untuk membuka ruang kepada Buletin Pagi dan MHI. Apa yang saya nak kongsikan di sini bukanlah ringkasan topik TU atau MHI tapi berita mengejutkan yang saya dengar di Buletin Pagi pagi ini berkenaan pasangan Youtuber ini Sugu dan Pavithra.
Sumber: Sinar Harian
Saluran Youtube Sugu Pavithra
Tidak keterlaluan kalau saya katakan semua orang kenal dengan Youtuber Sugu Pavitra. Sugu(suami) dan Pavitra(isteri) adalah pasangan suami isteri yang terkenal dengan saluran Youtuber mereka yang bertemakan masakan. Difahamkan, minat memasak membuatkan Sugu Pavithra memulakan rancangan masakan mereka ini. Yang paling menarik saya rasa adalah sebab kebanyakan menu masakan mereka adalah daripada kaum India yang saya rasakan sangat "rare" dan menarik bagi kaum lain untuk tengok dan belaja. Betul, masing2 ada cara dan style memasak masing2 tapi tak semua orang tahu masak masakan rutin kaum lain. Saya sendiri, saya menonton untuk melihat tips yang biasanya kita tidak akan dapat tahu melainkan berdasarkan pengalaman orang2 yang sudah "expert".
Cerita keserasian pasangan suami isteri ini dan rancangan masakan mereka bukan sahaja bermain di mulut para youtuber pemula dan Malaysia sebenarnya. Ia malah menarik minat Perdana Menteri sehinggalah di sebut di dalam ucapan dan menerima hadiah sebuah tripod dan ucapan berbingkai. Ia adalah lambang suatu penghargaan moga ianya menjadi contoh kepada rakyat agar memanfaatkan bakat dengan menggunakan ruang dan peluang yang terbuka luas. Di zaman pendemik yang masih lagi belum surut ini, contoh dan motivasi sebegini adalah sangat-sangat berharga. Apatah lagi nasihat sebegitu datangnya daripada Orang Nombor Satu di Malaysia, Perdana Menteri kita.
787 ribu pelanggan, 98 video dan 34 juta tontonan
Saluran Sugu Pavithra di buka pada 28 Januari 2020 iaitu hampir 7 bulan yang lepas. Menariknya, saluran yang berusia 7 bulan ini telahpun meraih 787ribu pelanggan (subscriber). Inilah kuasa viral. Bukan mudah untuk mendapat waima 1000 subscriber, sekalipun. Berdasarkan pengalaman sendiri sebagai youtuber pemula, saya berjaya mengumpul 1000 pelanggan hanya setelah 6 bulan membuat video dengan konsisten. Bagi anda pembaca yang bukan youtuber, mungkin anda perlu tahu fakta ini. Untuk memperoleh keuntungan/hasil/pendapatan daripada youtuber, anda perlu mengumpul 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan terlebih dahulu. Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh youtube. Itu hanya langkah awal. Jika berminat dengan isu anda anda boleh baca perkongsian saya di SINI.
Setelah 7 bulan aktif beryoutuber saluran Sugu Pavithra bukan sahaja berjaya mengumpul 787ribu pelanggan malah 98 video dan 34 juta tontonan. Sangat rugi apabila semua video ini telah dipadamkan. Ramai yang ulang tonton video2 masakan beliau untuk mendapatkan resipi dan cara2 memasak dan sekarang ia telah dipadamkan.
Sepertimana saya kongsikan di atas, youtuber meraih pendapatan berdasarkan video yang ditonton. Makin ramai yang menonton, makin banyaklah pendapatan kerana pendapatan bergantung kepada ramainya tontonan ke atas video yang terdapat di dalam video2 tersebut. Jadi, jangan hairanlah jika anda terjumpa satu video yang mempunyai banyak iklan kerana setiap iklan itu adalah pendapatan bagi youtuber.
FB Sugu Pavithra masih aktif
Selain daripada saluran Youtuber, Sugu Pavithra juga aktif di media sosial lain, umpamanya di Facebook. Saluran FB ini yang mempunyai 216 ribu pengikut dan 129ribu tanda suka adalah saluran lain yang digunakan dalam perkongsian video-video masakan beliau. Walaubagaimanapun, video2 di Fb ini tidaklah sebanyak di Youtube, mungkin belum dikemaskinikan.
Kenapa Sugu Pavithra Padam Video2 di Youtuber?
Kisah video di Youtube yang telah dipadamkan masih baru. Menurut Mstar yang memetik temubual Sinar Harian bersama Sugu Pavithra, difahamkan kedua-duanya memadam video tersebut kerana enggan terlibat lagi dengan Youtube dan tidak ingin seperti biasa tanpa tumpuan ramai.
“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja."
Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan kejadian pukul yang berlaku minggu lepas. Dilaporkan di Sinar Harian pada 22 Julai 2020 yang lepas Sugu telah ditangkap dan direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 kerana membawa sabit dalam keadaan mabuk di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Kejadian ini juga dikaitkan dengan kes pukul isterinya, Pavithra yang dikatakan telah dicederakan dengan menggunakan sabit. Akibatnya Pavithra mengalami lebam dan kecederaan ringan. Perkara ini dikatakan timbul akibat salah faham dan dikaitkan dengan tindakan Pavithra yang telah mendapat pengiktirafan sebagai 'Icon Bandar Ipoh' dan tidak menujukan ucapan penghargaan kepada Sugu.
Adalah suatu kerugian apabila memadam semua video di dalam salurannya. Walaubagaimanapun sebagai peminat yang menyokong tindakan Sugu dan Pavithra, diharapkan perselisihan faham dan masalah keluarga mereka dapat diselesaikan dengan baik dan berhemah. Didoakan semoga Sugu dan Pavithra dapat menyambung usaha yang telah dimulakan ini. Manfaat yang diberi bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malah peminat dari luar negara yang turut memberikan sokongan kepada mereka berdua.
Rujukan :
1. Buletin Pagi TV3
2. Mstar
3. Sinar Harian
#sugu
#pavithra
#sugupavithra
#duoyoutuber
#sensationalyoutuber
#sugu #pavithra
#sugupavithrapadamvideoyoutube
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.