Dari Ibnu Umar RA Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka karena seekor kucing (https://www.detik.com/tag/kucing) yang dia ikat dan tidak dibiarkan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai."
(HR Bukhari, Kitab Ahadits Al-Anbiya, 3467; Muslim, Kitab As-Salam, 2245)
Kucing merupakan haiwan yang comel dan termasuk dalam haiwan yang istimewa di dalam Islam sebab merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang sangat disayangi.
Ramai orang yang masih merasa takut untuk memelihara kucing kerana dikhuatiri membawa keburukan dalam kesihatan. Akan tetapi, semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini tentunya mempunyai kegunaannya masing-masing sama seperti halnya dengan kucing.
Umat muslim sangat dianjurkan untuk memelihara, memberi makan dan juga minum pada haiwan seperti kucing khususnya saat haiwan tersebut sedang lapar dan haus sebab akan jadi berdosa jika membiarkan haiwan tersebut menderita. Dengan memelihara kucing tersebut, maka sudah dijadikan pahala bersedekah bagi orang tersebut.
“Pada setiap sedekah terhadap mahluk yang memiliki hati (jantung) yang basah (hidup) akan dapatkan pahala kebaikan. Seorang muslim yang menanam tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang kemudian dimakan oleh burung-burung, manusia, atau binatang, maka baginya sebagai sedekah” (Bukhori, Muslim)
“Seorang wanita pel4cur melihat seekor anjing di atas jalan dan hampir m4ti kerana haus. Lalu wanita itu menanggalkan kasutnya, lalu diikatnya dengan selendangnya dan mengambil air dari telaga (lalu diberi kepada anjing itu). Dengan perbuatannya itu d0sanya diampuni”. (HR. Bukhari).
Berdasarkan hadis di atas, ternyata besar hikmahnya menjaga kucing yang juga merupakan haiwan kesayangan rasullullah saw.
NABI Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza
sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya.Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, Nabi pun
memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mulus kucing itu sebanyak 3 kali.
Dalam keadaan lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu mengendong mueeza dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeow ketika mendengar adzan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Menyayangi kucing dan melayan kucing samalah seperti memberi layanan kepada hamba Allah yang lain. Menerima seadaanya dan melayan sepertimana manusia perlukan kasih dan sayang. Begitulah dalam konteks haiwan secara menyeluruh dan secara khusus, kepada kucing peliharaan.
Pernahkah anda bertemu dengan kucing yang istimewa bermata biru hijau atau juling? Atau anda penjaga kucing yang dicipta dengan istimewanya ini? Anda bertuah kerana anda berada bersama haiwan yang istimewa ini.
Situasi kucing juling dalam bidang perubatan dipanggil strabismus. Juling disebabkan trauma, kanser, keradangan saraf atau kecacatan sejak lahir. Juling pada kucing mungkin terjadi pada dua mata sekaligus ataupun hanya pada salah satu bola mata saja. Salah satu penyebabnya adalah luka atau penyakit pada bagian mata yang mencederai sistem vestibular. Kerosakan pada saraf mata atau adanya penyakit yang menyerang bahagian dalam telinga juga menyumbang kepada mata menjadi tidak seimbang, sehingga terjadilah mata juling atau mata bergetar.
Jika terjadi kepada kucing anda, tiada rawatan diperlukan kerana ia tidak mengganggu penglihatan mereka. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan membawa mereka ke veterinar untuk pemeriksaan lanjut. Sebagai penjaga, anda mungkin perlu perhatikan kucing anda tidak mudah jatuh atau melanggar objek lain disebabkan ketidakseimbangan penglihatan mereka.
Jika kucing anda juling sejak lahir, maka anda tidak perlu melakukan apa-apa kerana ia tidak mempengaruhi penglihatannya. Biarlah itu menjadi kelebihannya.
Sepertimana kucing bernama Spangles, dek kerana mata julingnya, ia menjadi kucing yang terkenal di internet. Namun jika keadaan kucing tersebut terjadi kerana pernah cedera atau disebabkan penyakit, sewajarnya bawalah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan anti-inflammatory.
Spangle the Cross Eyed Cat
Di dalam sebuah hadis yang sudah diriwayatkan Musli, Rasulullah SAW bersabda,
“Orang yang penyayang maka juga akan disayangi oleh Allah. Sayangilah makhluk Allah yang ada di muka bumi, maka nescaya akan disayangi penghuni langit juga.”
#cats #catsofinstagram #cat #of #catstagram #instagram #catlover #catlovers #instacat #meow #catlife #pets #kittens #kitten #kitty #catoftheday #cute #love #pet #world #dogs #animals #gatos #gato #adoptdontshop #lovecats #cutecats #petsofinstagram #catsagram #bhfyp #crosseyedca#catlife #pets #kittens #kitten #kitty #catoftheday #cute #love #pet #world #dogs #animals #gatos #gato #adoptdontshop #lovecats #cutecats #petsofinstagram #catsagram #instacats
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.