Salam Aidilfitri,
Alhamdulillah Allah izinkan kita menyambut aidilfitri 2020 dalam keadaan besederhana dari segala sudut sama ada dari segi persediaan raya mahupun fizikal dan jasmani. Ramadan telah berlalu, diharapkan segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah dan semoga hidayah dan amalan yang telah diamalkan itu diteruskan malah ditambah agar pahalanya berkembang dan berkembang insyallah.
Cabaran nak raya time PKPB ni bukan calang2. Kita dah biasa window shopping dulu lepas tu dah ada yang berkenan barulah beli. Nak pula kenalah try2 kat badan dulu. Muat selesa barulah berbaloi membeli. Norma baru PKPB lain. Lain sangat.
Persiapan Raya
Tahun ni kami sekeluarga order online dari AppleCouture butik di Bangi. Order dari nombor whatsapp dan datang butik just utk collect. Oklah kainnya so so aje.Syukur colornya ok untuk buat raya. Cuma material kainnya lain macam sikit keras die. Panas pun panas. Dengan cuaca kita di Malaysia yang panas ni plus saya pulak cepat berpeluh sememangnya kain itu tidaklah sesuai dengan saya. Saya akan cuba untuk memaksimumkan pemakaiannya sekurang-kurangnya 2kali supaya tidaklah ianya nanti dianggap sebagai pembaziran PKP. Ok itu bab baju saya dan anak perempuan pertama saya. Untuk yg kedua pula saya beli dari butik Kids di Alamanjaya. Alhamdulillah kurung kain kapas dengan harga RM159 itu sangat selesa untuk die. Bolehlah daripada tak ada.
Settle bab baju pada Jumaat, 22 Mei 2020 (rekod ini penting untuk semakan di tahun hadapan hehe).
Bab makan pagi raya kami suami isteri dah set order nasi daging
dari akak di Presint 9. Kata suami akak ni masak sedap. Saya pulak bab
makanan sedap nak pulak takyah kecoh2 masak di pagi raya memang sedapla.
Takdelah kite nak rush sana sini memasak di dapo kan. Bolehlah bangun releks
lepaks2 sambil breakfast. Tambahan pulam dah plan nak buat kek lapis start
sabtu lepas sahur tu. So, kami tak membeli barang dapur. Tapi... yes ada
tapinya. Kami plan nak beli kuah kacang siap dari Sate Samuri di Bangi. Kuah
sate ni memang terbaik. Nak masak malas jadi bergeraklah kami di petang sabtu
nan indah ke Bangi untuk membeli.
Sekali sampai kat sana itu die panjang berbaris. Punya ramai nak membeli sate.
Kami nak beli kuah aje. Syukur boleh beli kuah. Sape2 yang nak membeli sate
dengarnya semua dah sold out. Dasyatnya bile Putrajaya Bangi dah jadi kampung
untuk semua orang...semua laku keras.
Itulah gaya2 baru membeli belah di musim PKP nie. Nak pula shoping
raya. New norm seperti pemeriksaan suhu badan (bawah 38'), rekod nama dan
nombor telefon, berbaris dan ada had kumpulan yang boleh masuk ke mall/kedai
adalah soemthing yang harus dijadikan amalan. Pakai mask dan sanitizer adalh
kemestian. Sekrang nak keluar membeli belah adalah suatu perbuatan dan
pekerjaan yang sangat leceh. Tak taulah apa pandangan kaki2 shoping bab ni.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.