Bakal Haji : Debaran Bakal Berakhir Status Haji Akan Diumumkan Jam 4 Petang Hari Ini


Salam 19 Syawal 1441H/ 11 Jun 2020.

Bakal haji Malaysia bakal menarik nafas lega. Keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah haji pada tahun ini akan diumumkan pada Khamis 11 Jun 2020 iaitu hari ini. Pada hari yang sama Kerajaan akan mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan keluasan dan kapasiti bagi solat jemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri selepas melancarkan laman web rasmi Kementeriannya dan Pembentangan Kad Laporan Mei 2020. 
Sebelum ini beberapa buah negara seperti Indonesia dan Singapura telah memutuskan untuk tidak menghantar jemaahnya menunaikan haji tahun ini.
Sumber gambar  : Twitter @drzul_albakri

 

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.