Salam 12 Syawal 1441H/ 4 Jun 2020
Bagi
bakal Jemaah haji yang telah menerima tawaran bagi mengerjakan haji pada tahun
1441H sudah pasti berita berkenaan status untuk mengerjakan ibadah itu menjadi
berita yang ditunggu-tunggukan. Bayangkan Syawal telahpun memasuki hari yang ke
12 dan sekiranya ibadah haji diteruskan berapa banyak masakah yang ada untuk Jemaah
bersiap sedia. Bukan sahaja bakal Jemaah malah kesuntukan masa ini juga merujuk
kepada petuga haji dan tabung haji yang akan menguruskan segala keperluan bakal
haji. Cukupkah masa untuk bersedia dengan masa yang sangat suntuk ini.
Pada
15 Mei 2020 yang lepas Kerajaan Singapura telah umumkan untuk menangguhkan
urusan haji bagi Jemaah daripada negara tersebut. Baru-baru ini pula Kerajaan
Indonesia telah turut mengumumkan tidak akan menghantar Jemaah haji disebabkan
masa yang sangat suntuk bagi menyediakan segala perkhidmatan yang diperlukan. Perkara
ini diumumkan oleh Menteri Agama pada 2 Jun 2020.
Bagaimana
dengan Malaysia?
Kelmarin,
3 Jun 2020 Menteri Agama, Dr Zul telah umumkan bahawa Bahagiannya dan Tabung
Haji telahpun mengadakan mensyuarat berkenaan status haji dan perkara tersebut
akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dan seterusnya di bawa ke hadapan YDPA
untuk perkenan.
Kebiasaannya
pada hari-hari begini umpamanya di tahun lepas bakal-bakal haji telah bersedia
dari segi rohani dan jasmani dan menghadiri kursus intensif bakal haji. Di dalam
kursus inilah bakal-bakal haji akan mengulangkaji pengajian dan menimba ilmu
baru dalam mengerjakan ibadah haji. Petugas haji bulan mungkin telah mula sibuk
dengan pelbagai persiapan. Almaklum musim haji hanya berjarak kurang lebih 2
bulan daripada Tarikh kita menyambut aidilfitri.
Tahun
2020/1441H sangat cepat berlalu dan kita telahpun berada di pertengahan tahun
2020. Kurang lebih 6 bulan lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Begitulah
kehidupan ini. Tanpa sedar, Masjid Nabawi yang sudah 3 bulan tidak dibuka untuk
kunjungi umum dan akhirnya di buka. Pada hari pertama pembukaan Masjid Nabawi
pada 8 Syawal 1441H/31 Mei 2020 seramai 90000 lebih Jemaah solat di Masjid
tersebut. Keadaan telah beransur meriah di sana walaupun tidaklah semeriah dan
sesesak dahulu.
Apa
pun yang berlaku, hanya Allah Yang Mengetahui mengetahui hikmahNya dan sudah
pasti kita perlu menanamkan perasaan patuh dan kembali kepada Allah dalam apa
keadaan sekalipun.
Marilah
kita terus berdoa agar wabak ini segera hilang dan kita dapat menikmati keadaan
yang sama seperti dahulu dengan segera. Insyallah, Allah Maha Berkuasa boleh melakukan apa sahaja hanya dengan Kun Fa
Ya Kun.
Wallahu
a’lam.
Bacaan Lain :💛Tanah Suci Akan Di Buka Semula
💛Detik Sejarah Haji Dibatalkan
💛Arab Saudi Larang Umrah Saran Tangguhkan Haji
Sumber :
1. Sinar Harian
2. My Metro
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.