Bakal Haji : Debaran Bakal Berakhir Status Haji Akan Diumumkan Jam 4 Petang Hari Ini


Salam 19 Syawal 1441H/ 11 Jun 2020.

Bakal haji Malaysia bakal menarik nafas lega. Keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah haji pada tahun ini akan diumumkan pada Khamis 11 Jun 2020 iaitu hari ini. Pada hari yang sama Kerajaan akan mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan keluasan dan kapasiti bagi solat jemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri selepas melancarkan laman web rasmi Kementeriannya dan Pembentangan Kad Laporan Mei 2020. 
Sebelum ini beberapa buah negara seperti Indonesia dan Singapura telah memutuskan untuk tidak menghantar jemaahnya menunaikan haji tahun ini.
Sumber gambar  : Twitter @drzul_albakri

 

Akhirnya Status Jemaah Haji Akan Diumumkan Minggu Depan




Salam 12 Syawal 1441H/ 4 Jun 2020

Bagi bakal Jemaah haji yang telah menerima tawaran bagi mengerjakan haji pada tahun 1441H sudah pasti berita berkenaan status untuk mengerjakan ibadah itu menjadi berita yang ditunggu-tunggukan. Bayangkan Syawal telahpun memasuki hari yang ke 12 dan sekiranya ibadah haji diteruskan berapa banyak masakah yang ada untuk Jemaah bersiap sedia. Bukan sahaja bakal Jemaah malah kesuntukan masa ini juga merujuk kepada petuga haji dan tabung haji yang akan menguruskan segala keperluan bakal haji. Cukupkah masa untuk bersedia dengan masa yang sangat suntuk ini.
Pada 15 Mei 2020 yang lepas Kerajaan Singapura telah umumkan untuk menangguhkan urusan haji bagi Jemaah daripada negara tersebut. Baru-baru ini pula Kerajaan Indonesia telah turut mengumumkan tidak akan menghantar Jemaah haji disebabkan masa yang sangat suntuk bagi menyediakan segala perkhidmatan yang diperlukan. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Agama pada 2 Jun 2020.

Bagaimana dengan Malaysia?

Kelmarin, 3 Jun 2020 Menteri Agama, Dr Zul telah umumkan bahawa Bahagiannya dan Tabung Haji telahpun mengadakan mensyuarat berkenaan status haji dan perkara tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dan seterusnya di bawa ke hadapan YDPA untuk perkenan.

Kebiasaannya pada hari-hari begini umpamanya di tahun lepas bakal-bakal haji telah bersedia dari segi rohani dan jasmani dan menghadiri kursus intensif bakal haji. Di dalam kursus inilah bakal-bakal haji akan mengulangkaji pengajian dan menimba ilmu baru dalam mengerjakan ibadah haji. Petugas haji bulan mungkin telah mula sibuk dengan pelbagai persiapan. Almaklum musim haji hanya berjarak kurang lebih 2 bulan daripada Tarikh kita menyambut aidilfitri.

Tahun 2020/1441H sangat cepat berlalu dan kita telahpun berada di pertengahan tahun 2020. Kurang lebih 6 bulan lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Begitulah kehidupan ini. Tanpa sedar, Masjid Nabawi yang sudah 3 bulan tidak dibuka untuk kunjungi umum dan akhirnya di buka. Pada hari pertama pembukaan Masjid Nabawi pada 8 Syawal 1441H/31 Mei 2020 seramai 90000 lebih Jemaah solat di Masjid tersebut. Keadaan telah beransur meriah di sana walaupun tidaklah semeriah dan sesesak dahulu.

Apa pun yang berlaku, hanya Allah Yang Mengetahui mengetahui hikmahNya dan sudah pasti kita perlu menanamkan perasaan patuh dan kembali kepada Allah dalam apa keadaan sekalipun.

Marilah kita terus berdoa agar wabak ini segera hilang dan kita dapat menikmati keadaan yang sama seperti dahulu dengan segera. Insyallah, Allah Maha Berkuasa  boleh melakukan apa sahaja hanya dengan Kun Fa Ya Kun.

Wallahu a’lam.
Bacaan Lain :

💛Tanah Suci Akan Di Buka Semula

💛Detik Sejarah Haji Dibatalkan
💛Arab Saudi Larang Umrah Saran Tangguhkan Haji


Sumber :

1. Sinar Harian
2. My Metro 



Salam 1 Syawal 1441H

Salam Aidilfitri,

Alhamdulillah Allah izinkan kita menyambut aidilfitri 2020 dalam keadaan besederhana dari segala sudut sama ada dari segi persediaan raya mahupun fizikal dan jasmani. Ramadan telah berlalu, diharapkan segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah dan semoga hidayah dan amalan yang telah diamalkan itu diteruskan malah ditambah agar pahalanya berkembang dan berkembang insyallah.

Cabaran nak raya time PKPB ni bukan calang2. Kita dah biasa window shopping dulu lepas tu dah ada yang berkenan barulah beli. Nak pula kenalah try2 kat badan dulu. Muat selesa barulah berbaloi membeli. Norma baru PKPB lain. Lain sangat.

Persiapan Raya

Tahun ni kami sekeluarga order online dari AppleCouture butik di Bangi. Order dari nombor whatsapp dan datang butik just utk collect. Oklah kainnya so so aje.Syukur colornya ok untuk buat raya. Cuma material kainnya lain macam sikit keras die. Panas pun panas. Dengan cuaca kita di Malaysia yang panas ni plus saya pulak cepat berpeluh sememangnya kain itu tidaklah sesuai dengan saya. Saya akan cuba untuk memaksimumkan pemakaiannya sekurang-kurangnya 2kali supaya tidaklah ianya nanti dianggap sebagai pembaziran PKP. Ok itu bab baju saya dan anak perempuan pertama saya. Untuk yg kedua pula saya beli dari butik Kids di Alamanjaya. Alhamdulillah kurung kain kapas dengan harga RM159 itu sangat selesa untuk die. Bolehlah daripada tak ada.

Settle bab baju pada Jumaat, 22 Mei 2020 (rekod ini penting untuk semakan di tahun hadapan hehe).

Bab makan pagi raya kami suami isteri dah set order nasi daging dari akak di Presint 9. Kata suami akak  ni masak sedap. Saya pulak bab makanan sedap nak pulak takyah kecoh2 masak di pagi raya memang sedapla. Takdelah kite nak rush sana sini memasak di dapo kan. Bolehlah bangun releks lepaks2 sambil breakfast. Tambahan pulam dah plan nak buat kek lapis start sabtu lepas sahur tu. So, kami tak membeli barang dapur. Tapi... yes ada tapinya. Kami plan nak beli kuah kacang siap dari Sate Samuri di Bangi. Kuah sate ni memang terbaik. Nak masak malas jadi bergeraklah kami di petang sabtu nan indah ke Bangi untuk membeli. 



Sekali sampai kat sana itu die panjang berbaris. Punya ramai nak membeli sate. Kami nak beli kuah aje. Syukur boleh beli kuah. Sape2 yang nak membeli sate dengarnya semua dah sold out. Dasyatnya bile Putrajaya Bangi dah jadi kampung untuk semua orang...semua laku keras.

Itulah gaya2 baru membeli belah di musim PKP nie. Nak pula shoping raya. New norm seperti pemeriksaan suhu badan (bawah 38'), rekod nama dan nombor telefon, berbaris dan ada had kumpulan yang boleh masuk ke mall/kedai adalah soemthing yang harus dijadikan amalan. Pakai mask dan sanitizer adalh kemestian. Sekrang nak keluar membeli belah adalah suatu perbuatan dan pekerjaan yang sangat leceh. Tak taulah apa pandangan kaki2 shoping bab ni.