Salam 9 Ramadan
1441H/Sabtu/2 Mei 2020/ PKP Hari ke-44.
Pejam celik pejam celik ramadan sudah masuk hari ke-10. Rasanya baru semalam berpuasa. Dalam keadaan kita berPKP ini masa cepat betul berlalu. Benarlah orang kata masa itu emas. Malah Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran sememangnya terlebih dahulu mengingatkan kita tentang masa :
”Demi masa. Sesungguhnya
manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah 103:Al ‘Asr “Time”)
Imam Asy Syafi’i rahimahullah akhirnya
mengungkapkan pendapatnya :
”Seandainya setiap manusia merenungkan surat ini, niscaya hal itu akan
mencukupi untuk mereka.” (Tafsir Ibnu
Katsir 8/499)
Selanjutnya dari pendapat Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin
rahimahullah berkata:
”Maksud perkataan Imam Syafi’i adalah surat ini telah cukup bagi
manusia untuk mendorong mereka agar memegang teguh agama Allah dengan beriman,
beramal sholih, berdakwah kepada Allah, dan bersabar atas semua itu. Beliau
tidak bermaksud bahwa manusia cukup merenungkan surat ini tanpa mengamalkan
seluruh syari’at. Karena seorang yang berakal apabila mendengar atau membaca
surat ini, maka ia pasti akan berusaha untuk membebaskan dirinya dari kerugian
dengan cara menghiasi diri dengan empat kriteria yang tersebut dalam surat ini,
yaitu beriman, beramal shalih, saling menasehati agar menegakkan kebenaran
(berdakwah) dan saling menasehati agar bersabar.” (Syarh
Tsalatsatul Ushul)
Jomlah kita sama-sama memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik
mungkin dengan mengamalkan prinsip 5 perkara sebelum 5 perkara.
Dari Ibnu Abbas,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima
perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit
(miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa
tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Semoga
kita tergolong di dalam golongan yang selalu menghargai masa. Insyaallah.
Saya akan
teruskan dengan perkongsian resepi Biskut Florentine.
Biskut ni sangat crunchy dan sedap ada rasa manis
dan bahan2nya pulak memang jajan kekacang semua memang best untuk kunyah2. Kalau
beli sebalang memang tak cukup. Nak pulak harganya mahal di luar. So apa kata
kita buat sendiri dan makan puas2 di
waktu PKP ni. Boleh juga buat untuk persediaan raya.
Cara membuatnya senang sahaja. Bagi adik2 yang baru
nak belaja membiskut dan nak buat biskut yang paling mudah dan ringkas tapi
sedap guling2 inilah biskutnya dik. Salin dan jangan lupe share selepas
membuatnya ok. Kita share pengalaman.
Bahan-Bahan :
1. 250gm Tepung florentine
2. 250gm almond flakes
3. 100gm kuaci labu
4. 100gm sunflower seed
5. 2 sudu besar black sesame
Cara Membuat :
1. Bakar semua bahan bil 2,3,4 selama 3minit suhu 160/3mt
2. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas dan gaul rata.
3. Masukkan 1 sudu rata bahan yang telah digaul td dalam setiap paper cup.
4. Jangan letak banyak kalau x nanti biskut akan jadi tebal dan agak keras bila nak kunyah.
5. Bakar dalam AF (Airfyer) suhu 160/7mt.
6. Sejukkan dulu sebelum keluarkan
dari paper cup dgn cara tolak perlahan2 dari bawah paper cup tadi.
FB : Renie Kasriana Kaman Bagi pembaca atau adik2 yang tak ada airfryer di rumah janganlah risau. Boleh guna oven dengan cara masukkan semua bahan ke dalam loyang (nipis2) dan bakar di dalam oven pada suhu 160c. Kalau takada oven pulak, pembaca dan adik2 semua boleh guna magic pan. Masukkan semua bahan ke dalam loyang. Ratakan nipis supaya senang makan dan cepat masak. Masukkan loyang ke dalam magic pan dan tunggu masak. Magic pan lagi senang sebenarnya sebab just guna dapur gas. Mana2 yang sesuai dan convenient untuk semua. Saya kongsikan di sini cara masak menggunakan magic pan yang dikongsikan oleh Pn Azlita Aziz di blog beliau : norazlitaaziz.blogspot.com. https://norazlitaaziz.blogspot.com/2013/05/florentine-cookies-krunchy-karamel.html Selamat mencuba semua. Jangan lupa kongsikan hasil masakan di ruangan komen di bawah ya. Dan Selamat berpuasa… |
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.