Ramai yang tersentuh
apabila melihat Mekah dan Madinah sunyi daripada kesesakan manusia. Kawasan
suci umat Islam ini kelihatan tidak seperti biasanya selepas Kerajaan Arab
Saudi mengeluarkan perintah lockdown bagi mengawal penularan wabak Covid19.
6 Ramadan 1441H, Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid
Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter haramain.info mengumumkan kabaran
gembira untuk umat Islam bahawa Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di
Madinah akan dibuka tidak lama lagi iaitu
sebaik sahaja masalah penularan COVID-19 dapat ditangani.
Beliau sebelum itu menyaksikan pelancaran penggunaan kamera
termal di pintu masuk Masjidil Haram.
During the launch of the thermal cameras as a precautionary measure, President of General affairs of The Two Holy Mosques Sheikh Abdul Rahman As Sudais stated that : Modern technology must be used to strengthen preventive measures to address this global pandemic. pic.twitter.com/bo63kBk2hi— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) April 29, 2020
Menurutnya, dua masjid suci itu akan dibuka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Namun, tegasnya, pihaknya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam. "Kami tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci itu kerana semua langkah yang diambil adalah untuk kebaikan kita.
LATEST UPDATE: 29TH APRIL 2020 - 6TH RAMADHAN 1441 pic.twitter.com/nPm1tQan2D— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) April 29, 2020
“Saya membawakan perkabaran gembira untuk keseluruhan umat islam bahawa keadaan akan kembali normal tidak lama lagi di dua Masjid Suci (Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah).Dua Masjid suci tersebut akan di buka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Pada masa yang sama kami tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam.Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.Semoga Allah melindungi mereka,"
Pemasangan termal
adalah salah satu langkah yang dijalankan bagi menambah baik pencegahan
penularan wabak di tanah suci. Sejak awal ramadan, pemeriksaan suhu badan dan penjarakan social telah
diamalkan semasa solat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.