“Setakat Ini Sahaja” | Ebit Lew



“Setakat Ini Sahaja” | Ebit Lew

Salam 5 Ramadhan 1441H. Semoga Allah rahmati saya dan pembaca semua di bulan yang mulia ini. Semoga Allah juga berikan kemudahan bagi kita semua menunaikan ibadah puasa dan memudahkan kita dalam menjalani ibadah2 lainnya, insyallah.

 Saya pernah berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew di sebuah Shopping Mall di KL tahun lepas. Pada masa tu kita masih bercuti Tahun Baru Cina dan ramai orang kat Mall pada masa tu. Saya tak tahu dalam ramai2 orang tu saya terperasan ade seseorang sedang melihat ke arah saya. Bila ditoleh rupanya ustaz Ebit Lew.

Saya kenal ustaz ni sebab beliau lantang berkenaan isu LGBT. Pendekatan/approach yang beliau gunakan berbeza dari ustaz2 yang lain. Jangan salah tafsir ye. Saya bukan maksudkan berbeza maka pendekatan beliau bagus. Tidak. Yang saya maksudkan adalah pendekatan beliau lain dari kebiasaan. Beliau beri ceramah dan pada masa yang sama turut turun padang dan berjumpa dengan “masalah”.

 Suatu masa dulu beliau pernah interview Shafiey Alias selepas insaf kali pertama. Beliau juga turun padang dan berjumpa dengan anak2 muda yang banyak menghabiskam masa di luar. Terkini, beliau di lihat aktif semasa tempoh PKP ini dengan program bantuan kemasyarakatan. 

Menerusi laman FB dan Youtube beliau dilihat kerap muat turun (upload) aktiviti yang beliau lakukan bersama team beliau. Bagi pembaca yang mengikuti perkembangan program beliau sudah pasti tahu dari awal PKP lagi beliau sudah mulakan langkah menghantar bantuan kemasyarakatan sama ada kepada frontliner mahupun masyarakat yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan tatkala negara di ambang PKP ini.

Terbaru telah viral kisah Ustaz Ebit ini membantu sebuah keluarga daif di Alor Setar yang dikatakan duduk bersama anak dan cucu-cucunya yang tidak bersekolah di sebuah rumah yang sangat daif. Walaupun bentuknya seperti rumah namun keadaan dalam dan luarnya lebih mirip kepada tempat permbuangan sampah,  tempatnya kotor dan busuk, kata Ustaz Ebit Lew.

Keluarga ini telah menetap di rumah tersebut sejak 15 tahun yang lepas di atas tanah orang lain. Namun apa yang ingin saya kongsikan bukanlah fakta tentang keluarga berkenaan. Syukur isu berkenaan keluarga ini telahpun semakin padam di social media. Ini mungkin disebabkan keputusan yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew setelah dipanggil ke Bukit Aman.

 

                 

 Keputusan ini dipaparkan di FB milik ustaz kesayangan ramai ini. Kata-kata luahan daripada beliau :

“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat. 

Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.

Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

 Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. 

Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.”

Semua orang terkesan dengan Covid19 baik pekebun, petani, nelayan, pelajar, penjawat awam, pekerja swasta sehinggalah kepada setinggi-tinggi jawatan yang dipegang. Malahan kesan kepada wabak ini merebak kepada hamper seluruh negara di dunia ini. Ramai yang meratapi nasib, terutamanya pekerja swasta yang kehilangan kerja dan ada yang dikurangkan gajinya. Namun apa daya kita, yang baik adalah daripada Allah swt, yang buruk adalah daripada kekurangan diri kita sendiri. WALLAHU A'LAM. 


Semoga Allah berikan kekuatan kepada Ustaz Ebit Lew untuk teruskan usaha beliau. Kita perlukan someone seperti beliau. Seorang yang sanggup mengeluarkan wang sendiri demi membantu umat yang lain, yang sanggup tinggalkan keluarga demi memastikan saudaranya tidak kelaparan, juga sanggup merendahkan diri dengan turun di jalanan untuk memanggil saudara islam kembali kepadaNya. Hanya orang yang terpilih sahaja mampu dan mempunyai kekuatan seperti beliau. 



No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.