"Allah mungkin belum bagi apa yang kita nak ta
pi Allah dah bagi apa yang perlu, bersyukurlah.."..🕌🕋
#salamukhuwwahtiljannah
#road2ramadan
Sekadar Renungan Bersama....
JANGAN lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
JANGAN masuk bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar) takut
trbawa keluar najis mengotori seluruh rumah kita.
JANGAN makan dan minum dari bekas yg sumbing- makruh dan membahayakan
JANGAN biarkan pinggan mangkuk yg telah digunakan tak berbasuh makruh dan mewarisi kepapaan
JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat
JANGAN makan tanpa baca "Bismillah... dan doa makan, nanti rezeki dikongsi bersama syaitan
JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk buat kebaikan takut kita mati dalam perjalanan
JANGAN pakai kasut berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan.
JANGAN bergaul bebas di tempat kerja banyak buruk dari baiknya.
JANGAN biarkan mata liar di perjalanan nanti hati gelap diselaput dosa.
JANGAN tangguh taubat bila berbuat dosa krn mati boleh datang bila
JANGAN ego minta maaf drpd ibu bapa & sesama manusia kalau memang kita bersalah
JANGAN mengumpat bersama rakan taulan nanti hilang bahagia rosak persahabatan
JANGAN lupa bergantung kpd Allah dlm setiap kerja kita nanti sombong bila berjaya, klau gagal kecewa pula.
JANGAN bakhil utk bersedekah sedekah memanjangkan umur,rezeki murah
JANGAN banyak ketawa nanti mati jiwa
JANGAN biasakan berbohong ciri2 munfafik dan menghilangkan kasih orang kpd kita
JANGAN suka aniaya manusia juga haiwan,doa makhluk teraniaya cepat dimakbulkan Allah
JANGAN terlalu susah hati dgn urusan dunia Akhirat lebih utama dan disana hidup kekal selama lamanya
JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN sebab semuanya untuk keselamatan kita.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Hidup ini hanya sementara. Selagi nyawa masih ada, selagi diberi pinjam udara, selagi Rahmat Tuhan itu ada, manfaatkan ia sebaiknya
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.