Salam Semua..
Pada ramadan yang lepas (1140H) saya ada kongsikan hikmah malam2
ramadan yang kita habiskan dengan bertarawih. Jika anda belum baca boleh baca
di link ini : Marhaban
Ya Ramadan 1440H
PKP
masuk hari yang ke-36 hari ini pada 1 Ramadan 1441H yang juga dikenali sebagi Saiyidus Syuhur iaitu
bermaksud Penghulu Sekalian Bulan.
Sabda Rasullullah SAW:
“Seandainya manusia
mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun
itu adalah Ramadan.”
Puasa Menghapuskan Dosa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَقُوْلُ: اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ إَذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ.
-أخرجه مسلم في صحيحه،كتاب الطهارة، باب الصلوات الخمس والجمعة إلى الجمعة ورمضان إلى رمضان مكفرات لما بينهن ما اجتنبت الكبائر، حديث رقم 233.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Solat
lima waktu, dari hari Jumaat ke jumaat (berikutnya) dan Ramadhan ke
Ramadhan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut
apabila menjauhi dosa-dosa besar." (Hadits Riwayat Muslim, no.233, at-Tirmizi, no. 214)
Ramadan tahun 1441H sudah pasti banyak bezanya dengan ramadan
tahun lepas. Dengan adanya proses PKP yang belum selesai, wabak yang masih
belum ketemu vaksinnya, pesakit Covid-19 masih ramai yang berada dalam proses
rawatan dan pemerhatian sehingga menyebabkan projek bazaar ramadhan di seluruh
negara telah dibatalkan. Bukan itu sahaja, malah solat tarawih dan majlis
berbuka puasa di masjid-masjid seperti lazimnya dibuat pada setiap ramadan juga
tidak akan berlangsung pada tahun ini. Pembatalan majlis-majlis tersebut adalah
bagi mengelakkan penularan wabak di kalangan manusia.
Walaupun begitu,
janganlah kita pandang pada ruang yang sempit. Pandanglah pada keindahan dan
hikmah yang Allah turunkan daripada keadaan dan situasi ini. Manfaatkan masa
yang ada untuk melakukan ibadah bersama keluarga umpamanya bersahur dan
berbuka bersama, bertarawih dan bertadarus sambil berkongsi ilmu dan
membetulkan kesalahan bacaan dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijadikan
amalan harian di bulan puasa umpamanya menambahkan ilmu dan kajian tentang
sirah dan hadis nabi. Tajuknya mungkin berat tapi apalah salahnya belajar
sedikit demi sedikit. Jadikan ia satu aktivit mengulangkaji bersama anak-anak
yang sememangnya belajar mengenai sirah nabi di sekolah.
Bagi para suami, inilah
masanya untuk menjalankan tanggungjawab anda sebagai imam kepada keluarga anda
terutamanya bagi suami yang jarang ada di rumah dan mempunyai anak-anak lelaki.
Jadilah contoh mereka agar anak-anak tahu tugas dan beban yang akan mereka
tanggung juga kelak. Bagi suami yang telah biasa menjadi imam kepada
keluargnya, mungkin inilah masanya untuk lebih mengeratkan silaturahim yang
telah terbina, insyallah.
Allah adalah sebaik-baik pemberi. Gunakan dan manfaatkan masa terluang dengan
sebaiknya. SeandaiBulan Ramadan adalah bulan seribu hikmah bagi orang-orang yang
menghargai setiap detiknya.
Jom kita semak semula kelebihan dan
keistimewaan bulan Ramadhan. Namun sebelum itu, saya kongsikan semula niat
puasa di bulan Ramadan.
Niat Puasa
NIAT PUASA SEBULAN
NIAT PUASA HARIAN
Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama
berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Nama-nama tersebut ialah:
1.
Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan)
Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam
Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia
mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa
selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul
al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf
dan lain-lain lagi.
Rasulullah menegaskan bahawa:
"Seandainya manusia mengetahui
keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah
Ramadhan."
2.
Syahrul Syiam (Bulan Puasa)
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah
ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang
yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang
bertaqwa"
Madrasah Ramadhan selama sebulan adalah untuk
mencapai sifat taqwa kepada Allah S.W.T. meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur
syar'ei adalah berdosa dan menjadi kafir apabila menafikan kewajibannya. Nabi
s.a.w telah bersabda:
"Pegangan Islam dan dasar-dasarnya
adalah tiga perkara, sesiapa meninggalkan salah satu daripadanya maka ia adalah
kafir iaitu penyaksian keesaan Allah, mendirikan solat dan puasa Ramadhan"(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan al-Dailami)
"Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa)
satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya
tiadalah dapat diqadha' puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia
melakukannya" (Hadis
Riwayat Bukhari)
3.
Syahrul Quran (Bulan Quran)
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya
al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan
tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil"
Nabi s.a.w telah bersabda:
" Puasa dan al-Quran memberi syafaat
kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku
telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang
hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai
Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan
aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"(Hadis
riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)
4.
Syahrul Sabr (Bulan Kesabaran)
Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan
yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada
orang-orang yang sabar di dalam Al-Qur'an,
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar
akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas." (Surah az-Zumar:10)
Dalam hadis nabi pernah bersabda,
"Seandainya seorang memaki engkau
atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa,
aku sedang berpuasa'. (Sahih
Al-Jami As-Saghir)
5.
Syahrul Rahmah (Bulan Kerahmatan)
6.
Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan)
Malam Lailatul Qadar
Malam Lailatul Qadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an. Malam ini lebih utama dari 1000 bulan. Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Rah.
“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni [‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”].”
— HR. Tirmidzi
7.
Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka)
Nabi bersabda:
"Ramadhan itu awalnya rahmat,
pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan dari api
neraka"
Termasuk dalam kemenangan ialah apabila umat
Islam telah berjaya dan mencapai kemenangan yang besar dalam bulan Ramadhan.
Antaranya ialah terakam dalam sejarah:
a.
Kemenangan di dalam Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17
Ramadhan
b. Dapat
menawan Kota Makkah dari tangan kafir quraisy dan memasuki kota Makkah yang
disebut sebagai Fathu al-Fakkah
8.
Syahrul Jud (Bulan Murah hati)
Nabi telah bersabda dalam hadisnya:
"Orang yang memberikan hidangan berbuka
puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut
tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
9.
Syahrul Barakah (Bulan Keberkatan)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu
bulan Ramadhan ( dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah
memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu
Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W
daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam
itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya".
Sumber :
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.