HIKMAH BERSALAWAT KE ATAS NABI


Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Surah Al-Ahzab :56]

Lafaz-lafaz lain:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhamad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. Dan berkatilah ke atas Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. [HR Bukhari]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدُ مَجِيدٌ

Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri baginda dan zuriatnya seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri baginda dan zuriatnya seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. [HR Bukhari & Muslim]

اللهم صل على محمد عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ وَآلِ إبْرَاهِيمَ
Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, seperti mana Engkau berikan selawat ke atas Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. [HR Bukhari]

اللَّهُمَّ صَلِّ مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صليت عَلَى إبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad, seorang Nabi dan seorang yang ummi, dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad, seorang Nabi dan seorang yang ummi, dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.

 [HR Ibn Hibban, al-Hakim, al-Daruqutni dan al-Baihaqi. Al-Daruqutni berkata hadis ini hasan manakala al-Hakim berkata sahih.]

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

MaksudnyaSesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab (56))

Jika para malaikat boleh berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, apatah lagi kita, manusia hamba Allah SWT yang kerdil ini. Sempena bulan mulia ini, marilah kita meringankan lidah untuk sentiasa memperingati Rasulullah SAW dengan menghantar selawat dan salam kita kepada Baginda.

Rasulullah SAW juga bersabda, 

“Jika orang bershalawat kepadaku, maka malaikat juga akan medoakan keselamatan baginya, untuk itu bershalawatlah, baik sedikit ataupun banyak. “[HR Ibnu Majah dan Thabrani]

Berdasarkan hadis di atas, jelas bahawa bersalawat ke atas dapat memberikan banyak kelebihan  iaitu antaranya :

Diutamakan Pada Hari Kiamat

Seseorang yang menjadikan membaca sholawat itu suatu rutin harian akan mendapat keutamaan di hari kiamat. 

“Sesungguhnya lebih utama bagiku manusia besok pada hari kiamat, adalah mereka yang lebih banyak membaca Shalawat kepadaku.“[HR Tarmidzi dari Ibn' Mas'ud RA] 

Mendatangkan Rahmat dan Kurnia Allah SWT

Doa dan juga permohonan akan memberikan pengaruh baik untuk mendatangkan rahmat serta kurniaan dari Allah SWT. Sholawat sendiri merupakan doa agar keinginan tercapai dan mendapat rahmat dan serta segala nikmat daripada Allah SWT.

Memperoleh Nilai Kebanggaan Tersendiri

Rasulullah SAW sangat menyenangi sholawat sehingga beliau juga bersabda, “Sesungguhnya aku bangga adanya kalian kepada umat-umat yang lainnya.“

Sebagai umat yang sangat dibanggakan oleh Allah SWT, kita juga harus mencintai Rasulullah SAW dengan cara selalu menyebutkan nama beliau setiap kali bersholawat untuk-nya.

Mendekatkan Diri Pada Allah SWT

Allah SWT pernah bertitah pada Nabi Musa As jika apabila beliau ingin Allah lebih dekat pada Nabi Musa, maka Allah SWT memerintahkan beliau untuk banyak bersholawat.

“Wahai Musa, apakah kamu ingin agar Aku lebih dekat kepadamu daripada kedekatan ucapan kepada lidahmu, daripada bisikan hatimu dari hatimu sendiri, daripada ruhmu ke badanmu dan daripada cahaya matamu pada matamu ?“
Musa as. menjawab, “ Ya, wahai Tuhanku. “ Lalu Tuhan berfirman, “ Maka perbanyaklah membacakan shalawat untuk Muhammad SAW. “

Diangkat 10 Darjat dan Dihapus 10 Keburukan

Sholawat yang dilakukan 1 kali saja sudah akan mendatangkan pengangkatan 10 derajat orang tersebut dan juga dihapuskan 10 kali kesalahan. Bisa dibayangkan jika sholawat dilakukan secara terus menerus, maka akan banyak kesalahan yang dihapus dan juga pengangkatan derajat berkali kali lipat.
Abas bin Malik berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, “Barang siapa yang bershalawat kepadaku satu kali, niscaya Allah akan bershalawat kepadanya sepuluh kali da dihapus darinya sepuluh kesalahan, diangkat baginya sepuluh derajat.“ [HR An-Nasa'i No 1296]

Menolak Bencana dan Hajat Ditunaikan

Beberapa sholawat juga mempunyai manfaat khusus yang berbeza untuk setiap pembacanya. Salah satunya adalah sholawat Munjiyat yang sangat berguna untuk menolak segala sesuatu bala bencana, menghadapi musibah dalam Islam sekaligus memenuhi hajat yang terdesak k dengan menggunakan cara tertentu yang telah ditetapkan.

Ada Disisi Nabi Pada Waktu Sakratul Maut

Seseorang yang secara teratur membacakan sholawat juga memiliki keutamaan berupa penghargaan yang sangat besar dimana Nabi Muhammad akan hadir di sisi orang tersebut saat sedang menghadapi sakratul maut.

Diberikan Pengampunan Dosa

Membaca sholawat juga akan diberikan pengampunan dosa besar yang perlu dilakukakn dengan keimanan, kecintaan dan juga keikhlasan di saat membacakan sholawat tersebut.

“Wahai Abu Kahil, barang siapa membaca shalawat untukku setiap hari sebanyak tiga kali dan setiap malam sebanyak tiga kali, karena cinta dan rindu kepadaku, maka Allah SWT mewajibkan atas diri-Nya untuk mengampuni dosa-dosanya pada malam dan hari tersebut.” [HR Ibnu Abi Ashim dan ATh Thabrani]

Menjauhkan Kefakiran dan Mendekatkan Keberkahan

Seseorang yang membacakan sholawat juga akan mendapatkan keutamaan berupa dijauhkan dari kefakiran dan juga mendapatkan kelimpahan keberkahan dan juga kebaikan.

 Mendapatkan Keberkahan Turun Temurun

Bagi mereka yang sering membacakan sholawat juga akan mendapatkan kebaikan serta keberkahan yang melimpah bahkan sampai ke anak dan cucu mereka.
“Membaca shalawat untuk Rasulullah akan melimpahkan keberkahan pada orang yang membaca shalawat, anak-anaknya dan cucu-cucunya.”  


Jenis-Jenis Salawat

Menurut Prof Emeritus Datuk Zakaria Stapa dalam penulisannya di akhbar Berita Harian, selawat terbahagi kepada dua, iaitu selawat ma’thur yang berdasarkan hadis dan ghaira ma’thur yang biasanya disusun oleh sahabat Nabi SAW, tabiin, ulama dan aulia.

Beliau mencadangkan antara selawat yang boleh kita amalkan adalah:

Selawat Ibrahimiyah: Ini merupakan selawat yang dibaca semasa tahiyat akhir setiap solat, dan ia adalah selawat yang paling afdal.

Selawat Tafrijiah/Nariyah: Selawat ini dibaca apabila seseorang mempunyai hajat, tak kiralah kecil ataupun besar. Setiap permintaan dalam selawat itu mempunyai asas daripada sunnah dan sirah Nabi SAW.

Selawat Munjiyat: Antara selawat yang biasa diamalkan khususnya di alam Melayu kerana ia sering dibacakan dalam doa majlis tahlil dan bacaan surah Yasin.

Selawat Syifa: Seperti namanya, selawat ini sering dibaca untuk memohon kesihatan dan kesembuhan daripada penyakit kepada Allah SWT.   

Selawat Imam Shafie: Antara selawat yang popular kerana dibacakan dalam majlis tahlil. Menariknya, teks selawat ini mengungkapkan semoga Allah SWT menganugerahkan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW sebanyak bilangan segala yang Dia ketahui dan tinta yang mencatat kalimah-Nya selama masih ada orang yang mengingati atau terlupa kepada Tuhan.

Sabda Rasulullah SAW: Orang yang benar-benar bakhil ialah orang disebut namaku di hadapannya, dia tidak mengucap selawat kepadaku. (HR Ahmad dan Tirmizi)

Baginda bersabda lagi: Semoga terkena debu hidung orang yang pada saat namaku disebut dekat dengannya, dia tidak berselawat untukku. (HR Tirmizi)

Sumber : 
1. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3457-al-kafi-1274-maksud-selawat-dan-salam-kepada-rasulullah-saw?highlight=WyJzZWxhd2F0Il0=
2. https://dalamislam.com/doa-dan-dzikir/keutamaan-membaca-sholawat
3. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/05/565240/selawat-bukti-balas-jasa-nabi-laksana-amanah-sampaikan-islam




No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.