Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia dan
memberi seribu makna buat umat islam di seluruh dunia. Pada bulan ini, umat
Islam wajib berpuasa menahan segala yang membatalkan puasa seperti menahan
makan dan minum, tidak menuruti hawa nafsu dan menjaga perbuatan yang tidak
baik selama berpuasa. Ini bererti, maksiat dan kemungkaran berlaku
sebenarnya adalah disebabkan dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan
terbiasa dengan ajakan Syaitan. Tahukah anda UMAR AL-KHATTAB R.A berkata,
terdapat 9 jenis Syaitan yang merupakan
sekutu Iblis Laknatullah dengan tugas2 khas mereka untuk merosakkan iman dan
amal manusia serta cuba untuk menyesatkan kita agar menjadi teman mereka di
dalam Neraka…na’uzubillah!!
JENIS-JENIS SYAITAN
1. Zalituun
- Duduk di pasar-pasar dan kedai-kedai supaya manusia holang sifat jimat cermat dan menjadi boros, menggoda manusia supaya berbelanja lebih, membazir dan memberli barangan yang tidak perlu serta kedekut untuk bersedekah.
2. Wathiin
- Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan yang sedang berdukacita supaya bersangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmat Allah SWT.
Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia dan
memberi seribu makna buat umat islam di seluruh dunia. Pada bulan ini, umat
Islam wajib berpuasa menahan segala yang membatalkan puasa seperti menahan
makan dan minum, tidak menuruti hawa nafsu dan menjaga perbuatan yang tidak
baik selama berpuasa. Ini bererti, maksiat dan kemungkaran berlaku
sebenarnya adalah disebabkan dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan
terbiasa dengan ajakan Syaitan. Tahukah anda UMAR AL-KHATTAB R.A berkata,
terdapat 9 jenis Syaitan yang merupakan
sekutu Iblis Laknatullah dengan tugas2 khas mereka untuk merosakkan iman dan
amal manusia serta cuba untuk menyesatkan kita agar menjadi teman mereka di
dalam Neraka…na’uzubillah!!
JENIS-JENIS SYAITAN
1. Zalituun
- Duduk di pasar-pasar dan kedai-kedai supaya manusia holang sifat jimat cermat dan menjadi boros, menggoda manusia supaya berbelanja lebih, membazir dan memberli barangan yang tidak perlu serta kedekut untuk bersedekah.
2. Wathiin
- Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan yang sedang berdukacita supaya bersangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmat Allah SWT.
3. A'awan
- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan dan kemewahan sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para alim ulama'.
4. Haffaf
- Berkawan dengan kaki botol (pemabuk). Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat dan pesta-pesta yang melalaikan. Contohnya konsert-konsert, disko, kelab malam dan tempat yang ada wanita penghibur dan minuman keras.
5. Murrah
- Merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik, nyanyian dan tarian sehingga lupa untuk mengingati Allah, termasuklah komposer, penulis lirik dan artis. Mereka ini diusahakan oleh syaitan-syaitan ini agar tenggelam dalam keseronokan, glamour, kemegahan, kemewahan hasil rezeki yang tidak halal dan lain-lain.
6. Masuud
- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan kata-kata tidak elok, lucah dan cabul, menipu, fitnah, gosip, kejian, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
- Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, syaitan ini berusaha agar berlaku suasana tidak aman dan keruntuhan rumah tangga, anak-anak bergaduh, suami isteri berkelahi, suami bertindak ganas dengan ahli keluarganya, isteri menuntut cerai, suami isteri jadi bercerai berai, anak-anak didera dan terabai serta pelbagai bentuk kerosakan dalam institusi keluarga.
8. Walahaan
- Menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk, mandi junub, solat dan lain-lain ibadan sehingga menjejaskan amal soleh yang kita lakukan.
9. Lakhuus
- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
Ada
persoalan berkenaan keberadaan syaitan di bulan Ramadan. Persoalan ini timbul
dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA , bahawa Nabi Muhammas SAW
bersabada :
Berkenaan perkara ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengulas bahawa :
Dalam riwayat Muslim, no. 1079, disebutkan (وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ)
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: “...Berdasarkan sebahagian pandangan, yang dimaksudkan syaitan dalam hadith ini merujuk kepada sebahagiannya, iaitu mereka yang ganas lagi menentang (bukan semua syaitan). Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Sahihnya untuk hadis berkaitan, lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim... (sebagaimana di atas).” (Lihat Fath al-Bari, 4/114)
Jika diteliti, terdapat satu bab dalam Sahih Ibn Khuzaimah yang dinamakan:
بَابُ ذِكْرِ الْبَيَانِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا أَرَادَ بِقَوْلِهِ: «وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ» مَرَدَةُ الْجِنِّ مِنْهُمْ، لَا جَمِيعَ الشَّيَاطِينِ «إِذِ اسْمُ الشَّيَاطِينِ قَدْ يَقَعُ عَلَى بَعْضِهِمْ
Maksudnya: “Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi SAW: ‘Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.” (Lihat Sahih Ibn Khuzaimah, 1/188)
Syeikh Anwar al-Kashmiri menyebut: “(Dibelenggu syaitan-syaitan) di sisi riwayat Tirmidzi: Jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.” (Lihat Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari, 3/327)
Menurut Imam al-Qurtubi sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani,
“Sesungguhnya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu yang ganas dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya…” (Lihat Fath Al-Bari 4/114)
Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cenderung bahawa maksud syaitan yang dibelenggu itu adalah:
- Hanya sebahagian syaitan sahaja yang dibelenggu iaitu yang besar atau ganas (مَرَدَةُ الْجِنِّ) manakala selebihnya masih ada.
- Ia juga membawa maksud syaitan tidak bebas menggoda orang-orang yang beriman berbanding bulan-bulan yang lain.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.