Salam semua..PKP Hari ke 11.
Semoga Allah merahmati kita semua dan menghindarkan wabak yang sedang menular di seluruh dunia ini. Menurut PC terbaru KKM hari ini, terdapat 1 kematian baru dan 159 kes positif yang baru yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia adalah 2,320 orang.
Seperti yang anda semua tahu Covid 19 adalah salah satu daripada virus jenis Coronavirus yang dikesan di Wuhan di penghujung tahun 2019. Sehingga ini para saintis masih mengkaji jenis, identiti dan vaksin yang sesuai bagi wabak ini. Walaupun wabak ini masih dalam kajian namun KKM dan badan kesihatan dunia menasihatkan 3 langkah pencegahan asas yang wajib diamalkan oleh semua orang iaitu :
1. kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun bagi mencegah jangkitan atau menggunakan sanitizer;
Sumber : https://www.who.int/ |
2. Amalkan penjarakan sosial (social distancing)
Sumber : https://www.cdc.gov/ |
3. Gunakan mask bagi yang bergejala ( yang tidak bergejala boleh guna mask sebagai protection)
Sumber : https://www.who.int/ |
Jomlah kita sama2 bantu frontliner dengan stay home dan tidak bergerak ke sana sini tanpa alasan yang kukuh.
Harini saya akan kongsikan resepi Kek Lapis Mashosoyo. Resepi ni saya dapat dari Page di FB : Resepi MamaKent. Kalau korang nak resepi yang Printable boleh Klik RESEPI INI, save dan printkan. Sebelum tu, saya kongsikan kata-kata hikmah ini :
RESEPI KEK LAPIS MASHISOYO
Bahan-Bahan :
1) 500 gram butter
2)100 gram gula
3) 300 gram tepung superfine
4) 600 gram telur
5) 200 gram susu penuh krim cecair dlm kotak
6) 150 gram susu pekat manis
7)100 gram susu tepung full cream
8) 1 sudu besar ovallate
9) 1 tin kecil serikaya
Bahan A
1) 1 sudu koko hitam
2) 1 sdb chocolate emauco
3) 100 gram peanut butter coklat
4) sedikit pewarna hitam(optional)
Bahan B
red velvet emauco
Bahan C
1) setengah tin isi laici beserta stengah tin air laici di blend
2) 10 keping biskut tiger di blend halus
3) 20 gram tepung superfine
4)warna pink
CARA MEMBUAT
1) Pukul gula mentega dan ovallate sampai putih.
2) Masuk susu dan putar hingga sebati.
3) Masukkan telur satu persatu.putar.
4) Masukkan susu tepung,tepung superfine,susu full cream dan putar hingga adunan memutih.
PEMBAHAGIAN ADUNAN
Timbang keseluruhan adunan. Saya dapat 2400 gram.
Bahagi 3 adunan kepada :
1) 700 gram masuk bahan A
- bahagi pada 3
👉233 gram satu
lapisan
2) 700 gram masuk bahan B
- bahagi 3
👉233 gram satu lapisan
3) lebih adunan masuk bahan C
-bahagi 5
👉 lebih kurang 200 gram
satu lapisan
PERSEDIAAN MEMBAKAR
1. Panaskan oven pada suhu 150"C
2. Lapik loyang 9"9"3 dengan kertas minyak.
3. Panaskan loyang sebentar sebelum melapis bahagian pertama .
CARA MELAPIS
- Lapis bahagian A .lapisan pertama bakar pada suhu 150 api atas bawah 4 minit kemudian tukar setting pada api atas sahaja 5 minit.lapis sehingga habis lapisan hitam.
- lapis bahagian B tiga lapisan hingga habis
Diikuti lapisan C hingga habis
(KREDIT RESEPI DARI : FB El Humayra/ Group Resepi Mama Kent)
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.