Kek Lapis Malim Kundang


Sumber : fb Khairza Zara

Bahan-bahan :

10 biji telur
450g mentega
300g tepung hong kong atau tepung gandum
180g gula kastor (+/-)
300g susu pekat manis
150g horlicks
190g jem strawberi
100g kelapa parut kering (saya guna 50g santan serbuk)
Coklat Crispy secukupnya
1 sudu besar ovallete
pewarna merah, kuning dan coklat

Cara-cara  Membuat:

1. Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan.

3. Dalam bekas yang lain, mentega dan susu pekat diputar sampai putih.

4. Kemudian satukan adunan mentega dengan tepung tadi. Sebatikan.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan coklat.

6. Untuk adunan merah, masukkan jem strawberri dan kacau rata-rata.

7. Adunan kuning dimasukkan serbuk horlick. Kacau sampai sebati.

8. Manakala adunan coklat dimasukkan kelapa parut kering.

9. Sediakan loyang 8″ x 8″. Griskan dengan mentega. Ambil sedikit adunan kuning dan ratakan. Kemudian bakar/grill hingga masak (guna api atas sahaja) lebih kurang 5 minit.

20. Kemudian, masukkan adunan coklat dan susunkan coklat Crispy tadi di atasnya (atau boleh juga bakar lapisan coklat terlebih dahulu lepas tu barulah disusunkan coklat Crispy di atasnya seperti dalam gambar). Bakar hingga masak.

11. Kemudian, masukkan pula sedikit adunan merah dan bakar. Ulangi proses hingga habis.

12. Untuk lapisan terakhir, bakar selama 5-6 minit atau hingga kek keperangan. Dan bakar lagi selama 10-15 minit dengan menggunakan api bawah supaya kek masak sempurna.

13. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.