BNM UMUM "MORATORIUM" AUTOMATIK 6 BULAN

14 Bank Malaysia Memberi Moratorium Automatik Khas Selama 6 Bulan ...


PKP hari ke-9. Kerajaan umum penangguhan pembayaran bagi segala jenis pembiayaan kecuali pembiayaan kad kredit. Syukur bagi peminjam-peminjam, sekurang-kurangnya peminjam tidak perlu memikirkan baki wang gaji kerana tidak lagi perlu membuat apa-apa pembayaran kepada pihak bank. Ya. Penangguhan ini hanya terpakai sekiranya pinjaman tersebut di buat dengan pihak bank. Pinjaman dengan pihak lain seperti Aeon Kredit, LPPSA atau Koperasi masih berkuatkuasa seperti lazimnya. 



Moratium adalah terma yang digunakan bagi maksud penangguhan pembayaran. Ramai yang masih keliru sama perlu membuat permohonan dengan pihak bank dan sama ada kelayakan ditentukan oleh pihak bank. Ditegaskan, pihak bank akan menangguhkan pembayaran bulanan pinjaman anda semua bermula April hingga September 2020 secara AUTOMATIK dan tidak perlu mohon kerana kita semua layak dengan syarat tiada tunggakan selama 3 bulanan dengan pihak bank. Secara ringkas, untuk pemahaman dan rujukan bersama, ini adalah ringkasan MORATORIUM 6 bulan (1 April 2020 hingga 30 Sept 2020) :

Bank Yang Terlibat :
CIMB - Automatik
Ambank - Automatik
Bank Rakyat - Automatik
MBB - Automatik
Public Bank - Automatik
MBSB - Automatik
Agro Bank - Automatik
BSN - Automatik
Bank Islam - Automatik
Bank Mualamat - Automatik
Affin Bank - Automatik
UOB - Automatik
Hong Leong Bank - Automatik
OCBC - Automatik
RHB - Automatik
AKPK - Automatik
HSBC - Automatik
KFH - Automatik
Citibank - Automatik
Alliance Bank - Automatik
Al Rajhi Bank - Automatik
Public Bank - Automatik


Maklumat Tambahan :

Toyota Capital - Automatik
Tan Chong Capital - Automatik
LPPSA - No Info
Aeon Credit - Bukan Institusi Kewangan
Angkasa - Masih Dalam Perbincangan
Parkson Credit - Bayar Seperti Biasa
Sabah Credit - No Info
Chailease Berjaya Credit - No Info
Yayasan Ihsan Rakyat - No Info
Kowaja - No Info
Kowamas - No Info
Petronas - No Info

Amanah Ikhtiar - Tangguh 6 Bulan
Tekun - Automatik Tangguh 6 Bulan Bermula 1 Mac 2020
KOOP - Tangguh 6 Bulan

Coway - No Info
Singer - No Info

Ringkasan berkenaan Auto Loan Moratorium supaya lebih ramai faham dan tidak keliru.

1. Bila ianya bermula?
- 1 April 2020 hingga 1 September 2020 (6 bulan).

2. Jenis loan yang dapat moratorium?
- Pinjaman Perumahan.
- Pinjaman Kenderaan.
- Pinjaman Peribadi.
- Pinjaman Perniagaan.
- Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan selama 90 hari.

3. Macam mana nak mohon?
- Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar borang, tak perlu telefon bank dan sebagainya.

4. Siapa yang layak?
- Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja Kerajaan atas Swasta.
- Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat ke atau gaji tak jalan je boleh dapat ke. Semua layak.

5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?
- Tidak.
- Bank boleh convert baki hutang kepada pinjaman tetap.
- Faedah maksimum akan menjadi 13% setahun berbanding 18% sebelum ini.

6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?
- Tidak akan bertambah.
- Cuma akan bertambah faedah sebanyak 6 bulan
 (kerana penangguhan 6 bulan).
- Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah 6 bulan.
- Jika sebelum ini pinjaman adalah selama 7 tahun, dia akan jadi
 7 tahun DAN 6 bulan.

7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank contohnya AEON Kredit, pinjaman kenderaan dengan Kedai dan sebagainya?
- Sila berurusan terus dengan pemberi pinjaman kerana mereka bukan institusi Perbankan.
-AEON Kredit memberikan penangguhan pembayaran bagi bulan April sahaja. Pembayaran seperti biasa pada bulan Mei (untuk pinjaman selain kredit kad). 



8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?
- Tiada, ia tidak terkesan langsung.

9. Rumah sewa dapat tangguh secara automatik tak?
- Tidak. Tetapi boleh berbincang dengan pemilik untuk diskaun dan kelonggaran kerana secara dasarnya, pemilik pun dapat penangguhan bayaran pinjaman.

10. Bagaimana kalau tak mahu buat penangguhan dan nak bayar macam biasa?
- Hubungi bank dan beritahu mereka.

11. Penangguhan akan kena faedah atau penalti tak?
- Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni satu anjakkan ke depan dan 6 bulan ini hanya satu ruang kosong yang anda tak perlu bayar dan tak memberi kesan.

12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?
- Bayar pinjaman seperti biasa.

13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat penangguhan juga tak?
- Tidak termasuk dalam Moratorium.
- Kalau tak bayar, takde perlindungan.

Kerajaan dah bagi kelonggaran eloklah dimanfaatkan. Namun, terpulang juga kepada budi bicara masing-masing. Kalau diikutkan banyak faedahnya kalau kita terima cadangan Kerajaan ni. Paling tidakpun kita dah tak payah pening2 kepala tak cukup duit belanja sepanjang tempoh PKP atau, sekurang-kurang 6 bln akan datang. Dan, percaya atau tidak  belanja kat rumah (semasa PKP) lebih tinggi daripada belanja hari biasa. Bayangkan anak2 makan 6 kali sehari -  breakfast pastu nak brunch pulak, nak lunch pastu nak minum petang, lepas makan malam nak ade supper sekali. Mana yang boleh sekat tu kite sekat dan berjimatlah kan. Mak pun tak mampu nak masak banyak kali sebenarnya..


Inilah juga masanya untuk kita menyimpan sedikit untuk kegunaan masa akan datang. Kita pun tahu keadaan begini memberikan kesan kepada ekonomi. Tak terjangkau dek akal bilakah ekonomi akan pulih semula. Dalam pada masa itu eloklah kita menyimpan aliran tunai. Paling tidak pun, sekiranya negara menghadapi kegawatan ekonomi telah ada simpanan yang boleh digunakan kelak.

Harap ni boleh membantu semua, semoga dapat memberi pencerahan, kongsikan supaya orang tidak lagi tertanya-tanya.

#silaambiltahu
#sharingiscaring
#kerajaanprihatin
#copydaneditdariwhatsappnote


Untuk bacaan lanjut boleh jenguk ke FAQ BNM di SINI.

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.