Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masuk hari ke-11 hari ini (Sabtu, 28.3.2020). Ini bermakna telah 11 hari beliau kerap hadir di media massa memberikan kemas kini data berkenaan wabak Covid-19 yang berbahaya ini. Namun, ini tidaklah bermakna beliau baru menggalas tugas ini. Ingat lagi semasa Kerajaan bertukar dan berada di bawah pemerintahan Perdana Menteri Interim? Pada masa tersebut, Malaysia tidak mempunyai Menteri Kesihatan. Maka beliaulah yang menggalas tugas dengan memberikan suapan maklumat kepada orang awam dan memastikan petugas kesihatan memainkan peranan dengan cekap dan berdiplin.
Beliau adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Setiap kali menemui media beliau tidak akan lupa untuk mengingatkan orang awam agar tidak keluar dan bantu kerajaan dengan duduk di rumah. Dengan wajah sayu dan ton suara yang lemah, manakan mungkin kita mampu untuk engkar pesanan beliau tersebut. Beliau mula memikul tugas sebagai KP Kesihatan pada 1 Mac 2013 bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.
Pada Ogos 2017, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa (ISS) untuk lima tahun iaitu dari tahun 2017 hingga 2019 dan tahun 2019 hingga 2021. Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia.
KELULUSAN
- Medical Doctor M.D (UKM) – 1988
- Master of Surgery M.S (UKM) – 1994
- Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery – 1997
- Academy of Medicine Malaysia (A.M.) – 1998
- Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) – 2004
- Advanced Management Program, Oxford Business School, UK – 2008
LANTIKAN KHAS
- Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong – 2008
- Tetamu khas Sri Lanka College of Surgeon di Colombo – 2010
- British J Surgery Lecture (Birmingham) 2010
- 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan – 2011
- Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India 2011
- 13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore 2012
- Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur – 2012
- General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania 2012
- Fellow of the Royal College of Physicians London, UK 2012
- Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital 2013
PENGALAMAN
- | Ketua Pengarah Kesihatan | 01.03.2013 |
-
| Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) |
29.01.2008
|
-
| Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya |
16.08.2002
|
- | Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur | 16.01.1998 |
-
| Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia | 1997-1998 |
-
| Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia |
1997
|
-
| Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu | 01.07.1994 |
-
| Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur | 1990-1994 |
-
| Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur | 02.10.1989 |
-
| House Officer University Hospital Kuala Lumpur |
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 61 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 320 kes.
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 28 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 159 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes.
Sehingga kini, seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Untuk perkembangan terkini tentang Covid-19 dan paling cepat, boleh follow akaun twitter beliau di pautan di bawah:
Dengan peningkatan kes baru dan kematian, sukar untuk dijangkakan bilakah PKP ini akan berakhir. Walaupun Kerajaan telah mengumumkan perlanjutan tempoh PKP ke 1 April 2020 namun menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dijangkakan kes akan meningkat dengan mendadak di pertengahan April. Dengan itu, bantulah Kerajaan dengan mematuhi PKP dan duduklah dirumah. Keluar membeli barang keperluan hanya bila perlu dan jangan lupa jarakkan diri anda apabila berada di luar. Sama-samalah kita menjaga diri kita dan orang lain.
RUJUKAN
1. Mstar
2.Twitter Account Noor Hisham Abdullah