Lagu Ibu Pertiwiku adalah lagu kebangsaan negeri Sarawak. Lagu ini diperkenalkan serentak dengan pengenalan bendera rasmi negeri pada tahun 1988 sempena hari kemerdekaan Sarawak yang ke 25 tahun. Lagu ini telah dicipta oleh Dato' Haji Wan Othman dan liriknya ditulis oleh Ismail Hassan.
Pada tahun 1988 saya berada di darjah 3. Pada masa tu ingat lagi cikgu muzik mengajar kami lagu ini dan kami mula menyanyikan di waktu assembly (perhimpunan) sekolah. Terasa kekok namun dek kerana lagu ini sedap bunyinya maka boleh layanlah juga. Nak pula menyanyi beramai ramai memang seronok. Pada masa tersebut, kami tidak diperkenalkan dengan sejarah lagu tersebut . Mungkin juga cikgu ada bagitahu tapi saya yang tidak ingat.
Lirik Lagu Sarawak Ibu Pertiwiku
Ibu Pertiwiku
(Bahasa Malaysia)
Sarawak Tanah Airku
- Negeriku Tanah Airku Sarawak
- Engkaulah tanah pusakaku
- Tanah tumpah darahku
- Ibu pertiwiku
- Rakyat hidup mesra dan bahagia
- Damai muhibah sentiasa
- Bersatu, Berusaha, Berbakti
- Untuk Sarawak kucintai
- Sarawak dalam Malaysia
- Aman makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
- Kekallah Sarawak bertuah
- Teras perjuangan rakyat
- Berjaya berdaulat
My Motherland
- Sarawak, my homeland
- My state, my homeland, Sarawak
- You are the Land of my native soil
- The Land where my blood flows
- My Motherland.
- Citizens live happily and in harmony
- Peaceful, always cooperative (with each other)
- United, Striving, Service
- For my beloved Sarawak.
- Sarawak, a part of Malaysia
- Blessed by God with peace and prosperity
- Forever may Sarawak be blessed
- Through the people's effort
- Be successful and free