DIDIK ANAK SESUAI DENGAN ZAMANNYA



Salam semua....


Syawal dah habis baru akak muncul kembali kan...ha.... ni semua sebab bulan puasa dan syawal tahun ni jadual dah berbeza daripada jadual tahun lepas. Jika tahun lepas kami sekeluarga - anak beranak aje di rumah, tahun ni berlainan pula. Sejak April lepas mak tiri (mentua) dan bapak mentua pindah tinggal bersama kami. Jadi meriah rumah kami. Yalah ....kami anak beranak cuma 4 orang.. nak meriah macam mana kalau anaknya cuma 2...bising2 sekalipun kami tak sebising orang yang berkeluarga ramai. Umpamanya seperti kami adik beradik jika bertemu di kampung berkumpul semuanya waktu raya aduhaiii meriah betul....Usik2 marah2 sindir2 hahah biasalah adik beradik kan...Begitulah baru meriah ye tak... Now rumah kami meriah sikit bukan sebab kami berborak banyak atau kami bersembang lebat tapi sebab dah ramai sikit bilangan orang di meja makan dan ruang tamu. Sambil nonton kite borak minum kopi...besttt...

Hari ni nak menulis sambil memuji diri sendiri hahaha..yerlah korang sape antara korang kat sini suke tinggal dengan mentua...dalam kes akak ni akak bawak mentua lelaki dan isteri (mak tiri suami) datang tinggal dengan kami. Kalau korang pk kami suami isteri ajak diorang datang ke rumah kami untuk diperhambakan..jaga makan minum pakai kami...korang boleh istigfar banyak2...sesungguhnya apa yang bermain di minda korang tu semuanya salah belaka...

Sebelum kami suami isteri decide nak bawak dioerang tinggal bersama kami dah pk dan bincang terlebih dahulu pro and contra. Bawak masuk bapak mentua bermakna kebebasan akak dalam berpakaian sudah terbatas. kalau sebelum ni akak bebas berbaju singlet atau berseluar pendek di rumah takkan nak maintain begitu kot...bayangkanlah mentua tengok kaki akak nan chubby ni hahha... plus baju sempit dan singlet tak seronok di pakai bile yang menonjolnya lemakss lemakss dan bukan pinggangmu yang ramping hahhaa..itulah antara perubahan yang akan berlaku apabila tinggal bersama orang tua kita...

Jangan pk bila tgal bersama mentua lelaki makanya suami tidak terkesan yeh. dalam kes akak ni mak tiri tetap mak tiri makanya aurat dan pergaulan tetap perlu diutamakan. Suami perlu pakai baju yang sopan dan seluar yang sopan. Seperti akak juga, makanya kami berdua lebih beradab dan sopan santu tatasusila setelah mentua tgal bersama kami. Itu perubahan di luar bilik aje. dalam bilik kami maintain dengan pakaian rasmi kami, short and singlet hahheh...

Teringat akak dengan orang tua akak di kampung. Syukur Allah panjangkan usia mereka. Dapat mereka beraya bersama dan melihat cucu2nya yang semakin dewasa. Pejam celik pejam celik ramai anak sedara yang dah besar2. Tahun lepas masa balik nampak masih menangis mcam budak kecik. Balik tahun ni tengok dah macam anak dara kemaluan sungguh haha..Nampaknya akak sudah semakin tua..anak sedara ramai dah makin tinggi. Anak sendiri pun dah taklayan kasut flat nak heel utk raya so faham2 ajelaa...dunia berubah dengan cepat...tanpa angin dan ribut hujan kan turun juga...eh hahahha

sedikit perkongsian berkenaan hikmah dan pahalanya berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa...

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah": dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS. Al-Isra [17]:23)



Image result for pahala berbakti kepada ibu bapa


Siapalah kita tanpa didikan ibu bapa. Selagi mereka masih ada berbaktila. Setidak2 tidaknya gembirakan mereka. Itu sudah lebih bagi mereka daripada segala harta benda yang berharga di dunia...

Akak tahu ada anak2 yang terasa hati dengan perbuatan ibu bapa mereka. Ada yang dilayan seolah olah anak tiri semasa kecil dan kenangan itu melekat sehingga ke tua. Ada yang merasa layana ibu bapa yang serba tidak cukup. Sudahnya mereka melayan ibu bapa setimpal dengan layanan yang mereka terima semasa kecil. Ada juga yang melihat ibu bapa sebagai suatu beban dan merasa cukup dengan menghulur wang ringgit setiap bulan. Malah ada yang melupakan terus kewujudan ibu bapa tanpa memikirkan ibu bapa amat merindui mereka...

Orang kata kalau kita sudah  ada keluarga ..ada suami dan anak2 kita akan lebih memahami perasaan sebagai seorang ibu atau bapa. Akak tidak rasa begitu. Bagi akak tidak kisahlah kita sudah ada keluarga atau belum bekeluarga kalau kita sememangnya mempunyai perasaan sayang kepada ibu bapa insyallah akan sentiasa  ada tempat di hati kita untuk mereka. Akak tetap dahulukan ibu bapa sebelum akak berkahwin dan masih menjalankan tanggungjawab akak walaupun setelah bekeluarga.Apabila kita sudah punyai keluarga dan bebanan mendidik sedikit sebanyak perasaan sayang kepada ibu bapa membesar dan membesar. Akak rasa itulah yang sepatutnya berlaku. Sebab apa, apabila kita sudah anak dan kita belajar mendidik dengan didikan dan cara kita, sedikit sebanyak pengaruh didikan daripada ibu bapa kita menjadi panduan dan rujukan. Sekiranya perlu improve, kita bolehlah ubah dan improve di mana yang patut sesuai dengan keadaan semasa dan pembelajaran anak2.

Nabi saw kita pernah bersabda:

 "Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, karena mereka hidup di zaman mereka bukan pada zamanmu. Sesungguhnya mereka diciptakan untuk zamannya, sedangkan kalian diciptakan untuk zaman kalian".

Zaman berubah. Allah telah memberikan petunjuk melalui nabi kita yang teragung bahawa teknik pembelajaran tidak akan pernah sama dan perlu disesuaikan dengan zaman dan keadaan semasa. Kalau dulu akak dibesarkan tanpa teknologi dan kemahiran IT makanya akak kurang terdedah dengan budaya2 luar yang sangat mengganggu iman kita yang sangat nipis ini. Ibu bapa akak tak perlulah nak peratikan akak selalu. Berbeza dengan zaman sekarang, jangan ingat larangan bermain hp boleh menjauhkan anak2 daripada meminati Black Pink atau kumpulan2 yang sewaktu dengannya yeh.. Dieorang lebih expose dengan kawan2 dan media sosial yang boleh di akses di mana2...so ape mekanisme yang patt korang gune dalam keadaan ini...ceh mcm berhujah pulak kan....ha....

Kesimpulannya....akak akur bahawa Nabi kita telah terlebih dahulu memberikan panduan yang  berguna dan hint kepada kita untuk memandu arah didikan kepada anak2...so ikutlah..pandulah anak2 ke jalan yang lurus dan benar...peace.


Iswa Tonie
Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.