RAYUAN HAJI



Salam...

Semalam semasa dalam meeting Kak Maria (kakak kandung) whatsapp bgtau Buknyah (makcik saya/ adik bapa) dapat panggilan haji. Rasa macam tak percaya yang Buknyah dapat peluang ke Mekah. Sepatutnya, Buknyah pergi bersama kak Maria dan abang ipar. Dieorang dah hantar surat rayuan untuk pergi bersama bulan 2 yang lepas. Tapi nampak gayanya, rezeki hanya berpihak kepada Buknyah. Hanya Buknyah terpilih sementara Kak Maria dan abang ipar telahpun dapat makluman daripada Tabung Haji bahawa rayuan dieorang tidak diluluskan..

Sebaik mendapat kabaran ini saya terus menelefon mak di kampung. Nak telefon Buknyah untuk ucap tahniah tak boleh pulak sebab Buknyah tak gune telefon. Semasa bercakap dengan mak mak pesan suruh call TH untuk semak giliran Akak. Kata Mak, mungkin Buknyah dapat sebab dah memang giliran die tahun ni. Itu sebab Kak Maria dan abang ipar tak terpilih. Mak pesan suruh cek kat TH mana tahu giliran Akak pun tahun ni sebab Buknyah mendaftar Haji dengan Akak dulu. Sekali lagi Akak rasa mcam tak percaya giliran Akak dah dekat. DUlu masa daftar (2008) lepas calculate tahun Akak rasa giliran Akak semasa Rina (no.1) dah besar..aishh tak boleh jadi kene call TH dan cek.

Habis je sembang dengan Mak Akakpun call TH. Semak punya semak memang betullah giliran Akak dah dekat tapi bukannya tahun ni tapi tahun 2021. Masyallah dah dekat rupanya giliran Akak. Nasib baik tak lepas lagi. Bayangkanlah selama ni Akak ingat giliran Akak adalah masa Rina dah masuk sekolah menengah. Itu sebabnya tak layan sangat menyimpan di TH ...hmmmm

Berkenaan pemergian Buknyah pun Akak ceklah jugak. TH cakap Buknyah terpilih atas sebab rayuan. Kalau ikutkan giliran tak sampai lagi. Dan apabila Buknyah merayu bermakna Buknyah telahpun bersedia untuk berangkat pergi ke Mekah. Sekiranya Buknyah menolak, ia adalah satu kerugian. Melainkan terdapat sebab2 lain atau sebab keuzuran yang tidak dielakkan maka bolehlah menolaknya. Pegawai TH sempat berpesan, kalau Akak merayu bersama Buknyah besar kemungkinan Akak pun terpilih bersama kerana TH akan memberikan keutamaan kepada bakal haji yang telah hampir gilirannya untuk pergi terlebih dahulu... Rasa menyesal pulak sebab tak hantar rayuan....Namun, itulah rahsia Allah. Peluang untuk Akak mungkin bukan masa ini...Jauh di sudut hati Akak teringin untuk pergi bersama Buknyah dan sama2 beribadah di bumi pilihan Allah swt.

 Akak kemudiannya kol Mak semula dan bagitahu hasil percakapan bersama pegawai dari TH. Mak pesan untuk sediakan surat rayuan. Sebenarnya Akak dah tanya dah kat pegawai TH sama ada Akak boleh menghantar surat rayuan. Pegawai tu bagitahu rayuan telahpun ditutup dan tarikh akhir adalah sebelum syawal. Ruginya...alangkah bagusnya kalau tahu dari awal...huhuu

 Malam tu suami balik aku ceritakan semua dari a to z. Akak tanya kat suami sama ada perlu untuk Akak hantar surat rayuan. Kalau Akak dapat sekalipun Akak tidak akan dapat pergi. Peraturan TH mewajibkan wanita yang berumur 44 tahun ke bawah menunaikan haji dengan ditemani mahram. Sekiranya Akak terpilih maka secara automatik suami akan pergi bersama. Suami serahkan Akak untuk buat keputusan. Katanya sekarang peak season dan keja banyak masuk. Beliau bekerja sendiri (freelance) namun sekiranya peluang ada di depan mata masakan ditolak kan... ok jawapan itu seolah olah green light bagi Akak... 

Jumaat. 21 Jun 2019..

Hari ini sibuk sikit di ofis. Keja hari ni macam perlukan badan ni untuk bergerak ke sana sini dan membuat follow up. Dalam hati masih berkira kira sama ada untuk menghantar surat rayuan atau tidak. Knowing yang tarikh rayuan telah ditutup, sebelah hati memang malaslah rasanya nak draf surat rayuan. Sebelah hati pulak kata kenapa tidak mencuba. Yang penting niat. Allah Maha Berkuasa, Kun Fa Ya Kun. Kalau Allah inginkan maka jadilah... so Akak buat keputusan untuk draf surat rayuan dengan pantas. Masa rehat tengahari Jumaat Akak tak keluar siapkan surat rayuan dan terus shot email kepada TH. Masa nak tekan send tu terasa macam gementar sikit. Dalam hati berdebar debar. Macam2 persoalan ade...termasuklah soalan yang mencabar diri untuk menilai kemampuan diri mengharung dugaan di tanah suci..Mampukah aku...Telah bersediakah aku.....huhuhu....

Sabtu, 22 Jun 2019..

Lebih kurang pukul 10 pagi Akak telah menerima emel balasan daripada TH yang menyatakan bahawa proses rayuan bagi Haji 1440H telahpun ditutup sebelum syawal dan tiada rayuan akan dipertimbangkan di peringkat itu. Akak tawakal... 

Namun, sehingga hari ini Akak masih panjatkan doa semoga Allah berikan peluang untuk Akak ke sana... Hati Akak seolah olah ditarik tarik untuk berada di tanah Haram...Semoga peluang itu ada untuk Akak diselitkan bersama jemaah lain di tahun 1440H ini insyaallah...


Allahumma ballighna Makkata wal Madiinata wal 'Arafata wa Rzuqnal hajjal mabruuro wardha 'anna wahgfirlanaa warhamnaa Anta Maulaana fanshurnaa 'Alal qoumil Kaafiriina


Maksudnya:

Ya Allah perkenankanlah kami untuk sampai/hadir ke Mekkah, Madinah, dan Arafah, dan berikanlah kami rezeki menjadi Haji Mabrur, dan redhailah kami, dan ampunilah kami, dan sayangilah kami. Engkaulah kekasih kami, maka tolonglah kami atas golongan orang orang kafir. Aamiin

Update :


 Alhamdulillah Buknyah selamat berlepas ke tanah suci pada 31 Julai 2019 jam 5.15 pagi KLIA. Semoga mendapat haji yang mabrur. Insyallah.





No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.