MAS Business Class Cabin- The Souvenir

Salam ...


berus gigi, sikat, stokin panjang, penutup mata dan set freshner


selipar pakai buang (nama reka sendiri)


Posting ini pendek aje. Just nak share beberapa barang yang MAS Airlines offer kat passenger di Business Class Cabin. Posting ni untuk sharing dan rujukan saya masa hadapan. Tak taula bile lagi boleh enjoy Business Class..huhuhu

Yang saya share kat atas adalah selipar pakai buang. Saya namakan begitu sebab lepas pakai korang mesti dah tak nak bawak dah kan. Dan MAS akan buang (takkan nak simpan recycle pulak aiehh). Jenis selipar ni nipis aje memang sesuai untuk guna dalam flight aje. Sebabnya saya pakai masa keluar masuk tandas saya perasan lama-lame selipar jadi lembik. Memang tempah khas untuk beberapa jam aje agaknya...Tapi apa-apa pun tq for this experince. Selipar ni MAS akan kasi sebaik sahaja kite dah stable selepas boarding. Nak tulis ni pun teringat teringat aje keadaan masa tu. I miss the feeling so much. Seriously rasa seronok memikirkan jalan-jalan dan makan angin hhehhe...

Selain daripada selipar korang juga akan satu beg toiletteries. Actually dalam tu ade pelbagai barangan serbaguna. For example stokin panjang. Saya masa dapat tu terus bukak. Saja nak tengok apa barang yang ada kat dalam. Tengah belek-belek barang ternampak omputih kat kerusi sebelah sarungkan stokin panjang. Pada masa tu saya rasa ekon takdela sejuk sangat. Tapi sebab jakun nak try saya sarungla jugak. Memang best rasanya sebab stokin tu takde la tebal mane. Cuma masa saya pergi ni saya guna boot dah memang ade stokin. Nasib baikla stoking baru dan boot baru jadi bau masam takde lagila masa ni hehhe.. So pakaila berlapis lapis. Sedap gaklah tdo masa tu sebab badan rasa warm...hahha..jakun...

Nak sampai London saya bukak stokin tu dan pakai balit boot. Barang-lain saya tak pakai pun simpan aje jadi kenangan. Sekarang beg dan barang-barang ade kat tergantung kat ofis buat standby in case nak gune.
Dapat satu lagi beg masa nak balik ke Malaysia. Sebab flight masa tu malam jadi cuaca boleh tahan sejuknya. Jadi saya pun bukakla kasut (masa balik pakai kasut sukan je). Nak dijadikan cerita bau masam stokin ya ampun hahhah. Bayangkanlah berjalan 7 hari dengan stoking yang sama sebab nak kasi tebal dan kaki masa menapak tu selesa. Bezanya cuma 3 lapisan tu mungkin dipakai cara berbeza. Hari ni mungkin lapis atas kat bawah. Esoknya mungkin lapis bawah kat atas pulak. Begitula recycle dalam 7 hari. hahhaa... Nasib baik ade spray freshner dalam beg ni. So saya cepat2 keluarkan dan spray kat stoking sebelum nak letak stokin kelabu kat lapis luar. Alhamdulillah hilang bau sampaila balik rumah takde bau masam langsung..hehhe

Kalau korang tengak gambar bawah ni ade baju jaket jeans yang saya sangkut kat penyangkut yang memang stick dekat situ. Sebelum saya sangkut jaket ni saya sebenarnya dah tengok ade mat salleh selang 2 kerusi dari saya yang sangkut jaket die dekat situ. So saya followla jugak.. hebat kan heheh...


Ok itu saje nak share hari ni. Kalau nak baca posting lain pasal trip saya ke London-Italy boleh klik link di bawah yeh...Selamat Membaca..


Iswa Tonie
Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.