Pengalaman Bermalam di The Malaysian Hall




Salam...

Malaysia Hall tak susah nak carik. especially kalau korang ade internet line boleh terus waze. Macam saya hari tu takde internet terpaksala tanya someone yang lalu kat tepi kiri kanan. Lepasa sesat ke depan ke belakang saya dan rakan sampai juga akhirnya. Alhamdullillah...

Selepas check in dan bayar harga bilik untuk semalam GBP50 dan deposit kunci GBP20, saya diberikan kunci dan terus menaiki lif yang berada tidak jauh dari situ terus ke tingkat 3. Tingkat 3 adalah dorm (bilik-bilik) untuk wanita sementara tingkat 4 adalah dorm lelaki. Kat sini tak boleh bawak anak-anak kecil ye. 

Seperti yang anda boleh tengok dekat gambar bawah ni, biliknya sedang elok aje untuk seorang. Ada katil yang telah dikemas rapi bersama satu towel. Di atas meja disediakan satu al-quran dan ada penunjuk kiblat. Jadi tidak susah nak keluarkan kompas dan carik arah kiblat. Alhamdulillah semasa saya sampai saya sempat jamak zohor pada waktu asar. Itu dah nyawa nyawa ikan sebenarnya. Kami sampai dalam 5-6 petang dan maghrib masuk waktu awal di sana. Jadi saya solat cepat2 sebelum terlajak dan terus mengerjakan solat jamak isyak pada waktu maghrib sebelum keluar semula berjalan jalan disekitarnya. Boleh baca di SINI untuk tengok gambar dan baca posting saya pasal kawasan dan kedai-kedai yang terdapat di sekitar Malaysia Hall ini. 

Balik daripada jalan-jalan tu saya dan rakan turun ke basement dan makan nasik campo.

daging masak lemak dan sayur bendi. Pedas ya ampun hahhaha...
                                      



Permandangan dari tingkap bilik 

Di London anda jangan risau pasal plug untuk caj telefon atau laptop sebab kat sini plugnya sama seperti di negara kita.


Esoknya saya bangun awal.  Selesai solat subuh saya dan rakan bercadang untuk ke Westminster Bridge dan ambil gambar. Posting saya tak sempat siapkan lagi. Boleh tengok dalam minggu depan insyallah saya siapkan hjg mgu ni. Kami naik uber je dari Hall ke sana dan return semula dengan uber jugak. Kat London Uber masih relevant tau dan sgt convenient tapi mahalla kalau dah convert duit kite..huuhh

so balik daripada lawatan ringkas tu saya dan rakan turun ke basement dan makan nasik lemak di kantin. Harga lebih kurang aje dengan duit kite tp kantin letak dalam poundla tapi. Apa boleh buat kite teruskan ajela asalkan dapat makan.hahhaa..sori gambar nasik lemak takde..hehe

canteen di basement Malaysian Hall. 





sempat bergambar di luar bilik sebelum balik
                                      
rules yang ditampal di tepi lif



Iswa Tonie
Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.