Hello London - I'm Here!

Sempat bergambar di Stetsen Paddington. Mate sembap sebab banyak tidur. hahaha

Salam ceria semua. Terima kasih kerana sudi singgah dan meneruskan pembacaan anda. Saya suka kata ganti nama “anda” sebab ianya jika disebut banyak kali sangat sesuai untuk anak-anak juga, dan tidak terlalu kasar jika yang membaca blog ini berjawatan tinggi etc. Harap anda semua tidak kisah ye dalam blog ini saya cuba untuk selaraskan semua kata ganti nama “anda”.

Sebagai sambungan kepada posting saya sebelum ini, pada 11.3.2019 yang juga merupakan hari lahir husband tersayang, maka sampailah saya di bumi London, bumi yang menjadi idaman saya sekian lamanya. Pada kali ini saya berkelana seorang tanpa keluarga, hanya rakan-rakan satu Kementerian yang membawa bersama dasar dan keinginan untuk mengkaji pandangan luar dan pengetahuan lain daripada kebiasaan.

Sebaik landed di Terminal 4, Lapangan Heathrow, saya dan rakan terus bergerak mencari alternative ke Malaysian Hall. Cadangan untuk stay semalam di Malaysian Hall adalah idea saya kerana  saya. Yalah, tak jadi student sekalipun, sekurang-kurangnya saya ada pengalaman menetap di kawasan student.

Untuk booking bilik di Malaysian Hall, anda boleh terus isi  borang dalam talian di https://educationmalaysia.co.uk/index.php/tempahan-hall-online. Warden akan reply dan maklumkan sekiranya permohonan tersebut diluluskan. Tiada apa-apa bayaran diperlukan semasa booking. Segala pembayaran boleh dibuat semasa check ini. Bayaran untuk semalam adalah GBP50 dan deposit GBP20. Bagi saya yang hanya transit semalam saya rasa harga yang ditawarkan adalah murah berbanding hotel lain yang lebih mahal sikit daripada harga tersebut. Harga bagi student adalah lebih daripada itu. Jika anda bercadang untuk ke London, bolehla cuba mohon. Saya dimaklumkan oleh warden (kebetulan berjumpa di kantin semasa sarapan pagi), hostel di sini kebiasaannya lengang di waktu bkn musim student mendaftar masuk. Satu perkara yang anda perlu ambil tahu adalah ianya berkonsepkan hostel. Kanak-kanak tidak dibenarkan menginap di sini dan dorm lelaki dan perempuan adalah berasingan.

Berbalik kepada saya dan rakan, pada mulanya kami try untuk dapatkan taxi tetapi harga yang ditawarkan dalam GBP 70++ iaitu agak tinggi. Jadi kami memilih untuk menaiki express ke Paddington dan kemudiannya bertukar menaiki tube dari Paddington ke station Bayswater. Harga bagi express dari Heathrow ke Paddington (return) adalah GBP37 sahaja. Harga tube satu hala Paddington ke Bayswater pula saya dah lupe berapa pound…rasanya kurang daripada GBP5.

Pengalaman menaiki express dan tube memang best. Yalah 1st time kan kat tempat orang. Yang tak berapa nak bestnya adalah terpaksa naik turun tangga dengan membawa 1 luggage beg yang besar dan backpack yang agak padat. Ini adalah satu pengajaran sebenarnya. Sebab apa…selepas 14 jam duduk tidur makan, badan akan berasa penat yang amat walaupun mata agak segar sebab dah tidur banyak. Tambahan, cuaca yang agak sejuk di kota London akan memberikan badan anda sebab untuk berasa agak penat membawa apa-apa barang. Yang paling best adalah berjalan tanpa membawa apa-apa barang. Cuma kaki dan mata yang bergerak. Ha itu paling best hahha.

Apa-apun, saya dan rakan (yang membawa 1 luggage bag dan 2 beg hand carry) dengan tangan penuh sarat akhirnya sampai juga di station Bayswater. Dengan keadaan penat, sejuk dan tiada internet connection kami ambik sedikit masa juga untuk mencari Malaysian Hall. Semasa kami sampai dalam jam 5pm lebih, keadaan sejuk bertambah sejuk dan sudah mulai gelap.  Setelah berjalan sedikit dan bertanya, sesat ke depan dan mundur ke belakang hahahha akhirnya kami sampai juga di satu bangunan yang mengibarkan bendera kebanggan kita Jalur Gemilang. Tiba-tiba terasa ada perasaan patriotic hehhe…

Kami disambut oleh pekerja di sana (lupa nama) dengan senyuman. Kami check ini, masuk bilik dan berjanji untuk keluar semula untuk berjalan di tepian station untuk mencarik souvenir dan makanan. Sebenarnya semasa kami sampai dan sesat tadi kami dah aim kedai yang kami nak pergi. Terdapat banyak kedai di luar station termasuklah kedai-kedai souvenir. Baru sampai dah nak carik souvenir. Hahhahah..

saya ada sediakan posting berkenaan jalan-jalan petang/malam di sekitar Bayswater station. Boleh baca di SINI.

Untuk baca posting berkenaan Malaysian Hall boleh baca di SINI.

Iswa Tonie
Malaysia Hall, London
11 Mac 2019


No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.