Pengalaman Bermalam di The Cumberland Hotel, London



Salam…



Salam…

Ini adalah sambungan kepada trip lawatan saya ke Italy (transit di London). Jika sebelum ini saya bermalam di Malaysia Hall sebelum esoknya bertolak ke Italy, kali ini semasa transit di London sebelum balik ke Malaysia, saya bermalam di Hotel Cumberland yang terletak di Jalan Oxford.


Lokasi Hotel ini sebenarnya senang untuk ditemui. Cuma semasa kami sampai, hotel ini dalam proses renovation. Penduduk di sana memberitahu bahawa hotel tersebut telah bertukar management dan akan dijenamakan semula kepada Hard Rock Hotel. Jadi, apabila kami sampai, lokasi untuk check in adalah special di mana kami perlu pergi ke basement dan berjalan kaki selama lebih kurang 3-5 minit untuk ke kaunter reception. Dari kaunter reception kami perlu naik lif ke tkt 2 untuk sampai ke bilik kami. Kebetulan, kami diletakkan di tingkat yang sama jadi senang untuk kami bergerak bersama. 


Walaupun  begitu, its worth the walk. Bagi saya yang membawa 2 luggage back dan 1 beg laptop yang agak padat boleh tahan jugalah jauhnya mengheret beg-beg hahhaa. Tapi apakan daya dah itulah tempatnya saya nak tidur malam tu. Hotel ini dicadangkan oleh seorang kawan. Dan saya berterima kasih sebab mencadangkan hotel yang ohsem sangat. Saya sampai kat bilik ni saya rasa jiwa saya terus harmonize dengan aura yang ada dalam bilik ni (sampai macam tu sekali statement aku kan hahahha).. Dah memang bilik ni sangat peaceful. Selak sikit langsir dah boleh tengok bangunan sebelah dan pejalan kaki. Kebetulan bilik saya ni mengadap jalan so memang bestlah kan. Walau hanya dapat tengok orang lalu lalang dan kenderaan keluar masuk...hahhaha.


Biliknya kecil je. Memang berbaloi dengan harganya GBP133. Kalau convert duit kite memang makan ratus ratus jugakla harganya tu.. Tapi ini bukan pasal harga semata-mata. Jika dilihat kepada fasiliti yang disediakan, memang worth it duduk sini. Kalau saya bagi tau attraction paling dekat adalah The Marble Arch, jalan kaki ke Primak dan stesen tube memang seriously suggest nak duduk hotel ni semula kalau ke London (repeat).

Jum tengok gambar-gambar dalam bilik yang saya sempat rakamkan...thumb up!


Iswa Tonie
Putrajaya, Malaysia
31.03.2019




No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.