Salam…
Itinerary untuk
hari ni (17.3.2019/Ahad ) kami dah siapkan semalam lagi. So hari ni kami dah
siap2 breakfast dan pkl 9 pagi teksi dah siap menunggu kami di perkarangan
hotel. Kalau dulu semasa mula2 sampai saya hanya membawah satu luggage beg dan
satu beg laptop. Tapi kali ni saya membawa bersama satu lagi beg luggage kecil
yang baru beli semalam di Venice. Sebenarnya barang saya masih lagi tak cukup muatan
walaupun saya dah beli luggage beg tambahan tu. Sebabnya, material yang saya
dapat daripada ekspo boleh tahan banyaknya dan beg yang saya beli tu pula hanya
bersaiz 20 inci. Menyesal pulak beli yang kecil…huhuu…Terus saya berniat untuk
membeli satu lagi luggage di London nanti. Harap2 bertemu yang murah dan besar.
Boleh saya agih2kan barang.
Selepas check in
semua kami masuk ke balai berlepas dan sampai di Terminal 5 lebih kurang jam
12.50 petang (anggaran). Waktu di London awal sejam daripada di Italy. Daripada
Heathrow Airport kami terus bergerak ke Hotel Cumberland, check in dan rehat
sebentar sebelum berkumpul semula pada jam 6.30 petang untuk pergi ke Garrick Theater. Saya ada sediakan sikit perkongsian berkenaan hotel ni. Boleh baca di SINI.
The Souvenir
cantik mug ni [GBP8] Iswa Tonie Putrajaya 23.03.2019 |
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.