DIY Meja Ikea : Linnmon


Salam semua...

Bagi peminat barangan Ikea meja yang saya nak tunjukkan ni mungkin tidak asing dan senang bagi mereka untuk memasangnya. Bagi saya pula, saya berminat dengan meja ini kerana saiz dan warnanya sesuai untuk anak-anak saya. Ya, saya bercadang untuk membeli meja study untuk anak-anak saya. Sebelum ni mereka menggunakan meja banquet yang luas dan panjang. Namun, kali ini saya teringin untuk ubah angin dan mendapatkan sentuhan Ikea. Harap mereka suka pada meja yang ringkas dan comel ini.

Sebelum saya decide untuk keluar dan membeli meja ini, terlebih dahulu saya telah semak stok yang available di ikea cheras kerana ia lebih dekat memandangkan saya tinggal di Putrajaya. Untuk anda yang sudah biasa ke Ikea sudah pasti tau trick ini. Yerlah. Kita taknaklah sampai sana jauh2 tengok2 barang yang kita nak beli tu dah kehabisan stok. Kecewa jangan cakaplah kan.

So saya cek dulu. Nasib baik cek dulu. Rupanya stok di Ikea Cheras telah kehabisan. Nasib kami baik sebab stok meja ini masih ada di Ikea Damansara.  Jadi, berangkatlah kami 4 beranak ke Ikea dengan harapan sambil membeli kami akan singgah makan aiskrim dan karipap Ikea yang sedap itu.

Untuk pembaca yang nak tahu bentuk meja ia kelihatan seperti dalam gambar di bawah. Putih dan cantik.

Untuk set DIY meja ini, anda akan dapat satu table top dan 4 buah kaki meja. Setiap satu dijual dengan harga berasingan taw. 

                          


Langkah-langkah memasang kaki meja :

Pertama : buka satu bungkusan kaki meja. Keluarkan skru dan piring besi bulat dan tekapkan di penjuru bawah meja. Anda perlu selaraskan lubang yang terdapat pada piring besi tersebut dengan lubang yang telah siap ditebuk pada bawah meja.


Kedua : Mulakan dengan memasukkan skru satu persatu dan ketatkan. Saya gunakan pemutar skru biasa dan secara manual.


Ketiga : ulang langkah kedua pada 3 penjuru yang lain. 

Keempat : masukkan hujung kaki meja pada lubang yang terdapat di tengah-tengah piring besi tersebut sehingga ketat. 


Kelima : meja anda telah siap dipasang dan boleh digunakan. Ringkas kan. 

Meja study dah siap. Bila nak start belajar ni...

Baru-baru ni saya terjumpa tips ini dari saudara Khairul Hakimin Muhammad yang dikongsikan di laman FB beliau. Saya kongsikan di sini agar ia dapat dimanfaatkan bersama, insyallah.

10 Tips Kuatkan Ingatan (Memori) Anak-Anak (7-13 tahun)

1. Kanak-kanak mesti ada tidur yang cukup, 8-10 jam sehari. Boleh minta mereka dapatkan masa tidur sekejap pada waktu tengah hari (30-45 minit) kemudian tidur malam seperti biasa pada 9 malam hingga 6 pagi esok. Tidur siang (waktu tengah hari tersebut) akan memberi cas tenaga yang kuat kepada mereka.


2. Makan makanan yang betul. Untuk menguatkan minda dan otak, makanan yang bagus ialah badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan. Dikatakan, sekiranya ia memberikan daya mengunyah kepada anak-anak semasa makan, terutama menjamah buah-buahan, ia akan meningkatkan oksigen ke kepala dan membantu menaikkan fokus dan perhatian.


3. Wajib memberikan waktu mereka bermain di luar setiap hari dengan minima 30 minit per sesi. Sekiranya anak-anak tidak bergerak dan sentiasa duduk atau baring melihat tab atau telefon bimbit, pergerakannya terbatas dan menyebabkan mindanya tidak aktif untuk memproses data untuk diingat.

Dr. Eelco V. Van Dongen dari Radbound University mengatakan pergerakan anak-anak akan menyebabkan sel otak bergerak dan sentiasa menjana dunia kreatif dan aktif. Ia akan membantu otak bekerja untuk membuka kompartment memori dengan lebih banyak.


4. Beri anak-anak masa yang tenang semasa mahu ke sekolah, bersukan, makan, menonton tv, belajar, dan semasa mahu tidur. Tak boleh biarkan anak-anak melalui semua aktiviti itu dengan stress atau dalam keadaan baru dimarahi. Jika tidak, otaknya akan cedera dan mereka akan hilang fokus.


5. Sentiasa duduk dengan anak minima 30 minit sehari untuk buka semua buku yang beliau belajar pada hari tersebut sekadar untuk ulangkaji dan ulang semula apa yang dipelajari di sekolah.


6. Feeding anak-anak dengan pembacaan dan permainan yang ada huruf dan nombor supaya mereka ingat perkataan dan kira-kira. Perbanyakkan game seperti membaca plat kereta apabila di dalam kenderaan dan membuat matematik mudah seperti mengira berapa jumlah orang yang menyeberangi jalan dan sebagainya.


7. Jika anak-anak membuat silap, tegas dan didik supaya dia tidak ulangi. Jika hanya marah dan membebel membabi buta, anak akan lupa dan akan buat lagi dan lagi. Buat simulasi dan beri dia peluang belajar supaya perkara itu jadi pelajaran besar buatnya.


8. Sesekali (2 kali seminggu), minta anak-anak kita membaca dengan mendengar suara sendiri. Ia akan mengasah otak supaya bekerja dengan relaks dan kool. Apabila kita sendiri mendengar apa yang kita baca, ia akan lebih mudah diingati.


9. Sekiranya anak-anak penat, minta dia tidur. Tak perlu paksa untuk dia lawan. Biasanya melawan arus akan menjadikan memorinya terjejas dan dia akan berterusan penat hingga akhirnya merosakkan keupayaan dia untuk berfikir kreatif.


10. Bercakap dengan bahasa yang dia faham, dan biasanya mereka ini perlu diberi gambaran. Sekiranya dia tidak faham, maka penjelasan kepadanya perlu visual, ringkas dan padat. Tak perlu guna perkataan bombastik untuk beri anak-anak daya fikir yang luar biasa. Anak-anak adalah sama sahaja, yang membezakannya ialah bagaimana kita layan, kita berkawan dan cara kita menjawab soalannya.


Semua yang di atas adalah dari:
- Jennifer Heisz, McMaster University.
- BrainLab.
- Amanda Morin, Understood.org. dan 
- Khairul Hakimin Muhammad


Selamat belajar... Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat insyallah.



Iswa Tonie
Putrajaya
Sabtu, 05.01.2019

Tahun Baru Azam Baru



Assalamualaikum Tahun Baru 2019!





Alhamdulillah Allah panjangkan usia saya dan kita semua untuk melangkah ke tahun baru 2019. 

Tahun baru azam baru. Begitulah setiap permulaan mestilah dengan doa dan harapan. Itulah yang dinamakan azam tahun baru. Ada juga yang kata tahun baru azam lama. Terpulangla. Yang pentingnya ada something yang kita looking forward di tahun baru ni.

Kami sekeluarga tidak ke mana-mana di malam ambang tahun baru kali ni. Countdown depan tv je. Itupun hanya berdua sebab Akak dan Ki masing-masing dah tidur.  Tahun lepas kami sekeluarga berjalan kaki dari rumah di Tamara Residence ke Ayer8 dan untuk melihat pancaran bunga api. Nasib kami baik sebab jarak rumah dengan Ayer8 walking distance sahaja. Tambahan, pada masa tu jalan memang crowded dan kereta banyak masuk ke arah pusat Putrajaya di kawasan are Mcd dan ke arah POJ. Ada juga plan untuk nait motor ke POJ untuk tengok real kejadian di sana. Tetapi memandangkan kami semua sebenarnya pun mengantuk dan tak larat nak bergerak jauh jadi kami rasa cukuplah kami sekadar menonton dari arah seberang Masjid Besi. Not bad pemandangannya boleh tahan clearlah jugak dan sebenarnya Ayer8 pun port pilihan ramai. Kira almost crowded jugak pada masa tu. Semua kerusi dan port tepi tasik kebanyakan telah berisi. Malah cameraman ramai jugak yang pasang kamera masing2 di tepi tasik dan standby untuk snap.

Pahit manis di tahun 2018 (Flashback) :

Januari



- Ki 1st day at school

 - Lawatan Kerja ke Genting H.




Februari







Mac 




 
-projek EKSA


April






Mei
- balik kampung sempena musim mengundi.





Jun
- balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Julai




-birthday ki ke 7 tahun 



Ogos

- berjalan kaki dari rumah ke hadapan MOF untuk menyaksikan perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61. Kenangan pertama bagi kami sekeluarga sebenarnya. Sebelum ini pernah juga kami memasang niat untuk menyaksikan perarakan di KL. Tapi memikirkan kesesakan etc kami terpaksa batalkan hasrat tersebut. Namun, kali ni kami telah merancang dari awal sebab kejadiannya di area rumah dan sangat dekat. 
















September

 - Singapore bersama Akak, Ki, Sum dan Nazurah. Pengalaman pertama berjalan di negara orang bersama-sama anak-anak tanpa ditemani ayahnya. Syukur kedua-duanya senang dan mudah untuk dikawal. Mungkin sebab kedua-duanya dah besar jadi senang untuk berkomunikasi. Remind siap2 the do & dont di negara orang dan of course saya selalu bagitahau bajet dulu sebelum pergi kemana-mana supaya mereka tidak meminta-minta. Syukur kedua-duanya bertimbangrasa malah mengingatkan saya sendiri agar tidak berbelanja lebih dan membazir.

-tolong preparekan rangka wau untuk hiasan ofis sempena pertandingan hiasan Kemerdekaan.  Luckily kami dapat tempat pertama. Dapatlah merasa menang RM1500.Happyyy!!!!


Oktober - Las Vegas (trip cancel)

November

       
- menang hadiah pertama bagi pertandingan menulis sajak






- trip gegirl ke Hadyai-Songkhla.



Disember 










- misscarriage di bulan kedua  huhuhu...

- bawak anak-anak check in di The Everly Hotel, Putrajaya.





- lunch di hari terakhir tahun 2018

















Banyak kenangan pahit manis duka di tahun 2018. Banyak juga pengajaran yang menambahkan kematangan fikiran malah memberi kekuatan rohani dan jasmani. Yang baik datang daripadaNya dan yang buruk adalah atas kesilapan diriku sendiri. Allah memberi mungkin hanya sebagai ujian untuk melihat sama ada hambaNya bersyukur atau tidak dan Allah juga boleh menarik balik pemberianNya untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Alhamdulillah 2018 memberi banyak peluang dan kegembiraan walaupun tidak kepenghujungnya. 2019, harap semua yang terbaik and beyond expectation insyallah. Amin.