Perjalanan ke daerah Songkhla sebenarnya tiada dalam Bucket List kami. Namun memandangkan kami menggunakan khidmat tuk-tuk secara pakej satu hari maka kami memilih untuk terus ke Songkhla. Terdapat beberapa tempat yang kami pilih secara random dan atas cadangan pemandu. Walaupun pemandu faham Bahasa dengan sangat minimum namun alhamdulillah kesemua tempat yang kami nak lawati serta proses lawatan berjalan dengan lancar.
Perjalanan dari Hadyai ke SOngkhla memakan masa lebih kurang 50 minit kalau tak silap. Jauh jugakla dari Hadyai. Walaupun cuaca sangat panas pada masa tu tp dengan angin dari tuk tuk yang terbukak luas sedikit sebanyak kami kurang berpeluh. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan kampung dan juga rumah-rumah kedai dengan bangunan lama dan wayar yang sama berselirat seperti di Hadyai. Ada juga yang sudah terjuntai ke tanah. Malah ada tiang elektrik yang digenangi air hujan. Syukur kita di Malaysia tiada pemandangan seperti ini. Naik takut nak lalu. Dalam keadaan hujan bagaimana agaknya tempat ni kan..
Dan akhirnya kami sampai di daerah dituju. Alhamdulillah...
Tuk-tuk yang kami charter telah berhenti dan park betul-betul di tepi jalan di hadapan landmark ni. Kami terus keluar dan bergambar sebagai kenang-kenangan. Seperti biasa, gambar 2 muka yang sarat di dalam satu gambar...hahaha
Kami meneruskan perjalanan ke arah pantai. Cuasa panas pada ketika itu seolah-olah diimbangi oleh angin pantai yang boleh tahan kuatnya dan secara tidak langsung menyejukkan badan kami yang seolah-olah terbakar dek kepanasan dipantai.
1. Samila Beach
Menyelusuri pesisiran pantai sambil di hidang dengan pemandangan yang cantik, bersih dan menarik dengan jualan dan air dan mainan seolah-olah berada di tepian pantai di tempat kita. Cuma bezanya di sini ada penjual yang bergerak secara solo dan menjual air teh (ais) dengan berjalan kaki sambil bertanya di kiri dan kanan. Bagi kami, pemandangan sebegini jarang dilihat di tempat kita.
2. The Golden Mermaid
Berkenaan makanan pula, ada banyak gerai makanan kat sini. Meriah sangat sebab ada macam-macam makanan di jual. Terpulangla nak pilih yang mana. Bagi kami berdua, memandangkan kami makan heacy breakfast pagi ni jadi kami pilih untuk minum air kelapa dan merasa cucur udang yang di jual di gerai tidak jauh dari deretan kedai-kedai dan gerai. Kat sini, keadaan lengang sikit dan senang untuk bertanya serta berbual dengan penjual. Semasa kami sampai di gerai ini, seperti biasa kami di sapa ramah oleh penjual dan kami pun membeli seadanya. Cukup untuk alas perut sahaja.
air kelapa 40 baht |
cucur udang 50 baht |
Selesai makan, minum dan lepak sekejab kami pun meneruskan perjalanan untuk bergambar dengan kepala naga dan sleeping buddha.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.