Ambil Geran Kereta




Minggu ni semua orang di Bahagian kami diminta untuk mengisi borang memohon pelekat kenderaan (sticker). Bagi sesiapa yang telah dapat tu tak perlulah nak memohon semula. Bagi saya pula, setahun yang lepas semasa ditanya oleh staff pejabat sama ada ingin memohon sticker kereta atau tidak saya dengan tegas taknak mohon. Bukan sebab tak ingin tapi sebenarnya saya tak tau dah mane salinan geran kereta. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan geran kereta jadi baiklah tak payah apply. Macam malas pulak nak mencarik. Maklumla, kerap pindah randah ni barang pun banyak terselit di merata tempat.

Tapi, kali ni lain pula. Kali ni kalau tak apply and takde sticker katanya tak boleh masuk dan parking di kawasan Pejabat. Bermakna, tanpa sticker kereta mungkin akan di saman atau kena parking jauh dan menapak atau berbagai implikasi lain yang malas nak pk. Jadinya, terpaksala cari alternatif untuk mendapatkan geran kereta itu.

Oleh kerana kereta saya masih dalam loan dengan Maybank PJ maka saya telah menghubungi no tel Maybank yang saya dapat dari carian google. Seorang wanita telah dengan lemahnya menjawab panggilan saya. Setelah saya bertanya sama ada no yang saya hubungi itu pejabat hire purchase dengan tegasnya beliau menjawab "bukan" dan menyuruh saya menghubungi no 03-79576155. Bila saya try untuk repeat semula, sekali lagi suara lemah lemau macam nak tak nak aje menjawab tu mengiakan nombor yang sebut...Aduhaiii macam orang lapar tak makan tengahari je bunyinya  hehehe...

So saya telah menghubungi nombor tersebut dan disarankan untuk datang sendiri ke Maybank PJ di Jalan Yong Shook Lin untuk mendapatkan geran tersebut. Penerima panggilan,seorang wanita turut memberitahu bahawa proses mengambil geran akan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit kerana perlu mengambil nombor giliran dan menunggu di kaunter. 

Memandangkan suami tengah offday dan anak-anak pun dah ready untuk keluar lunch maka saya mencadangkan agar kami ke PJ untuk dapatkan geran tersebut dahulu. Sebelum keluar pejabat saya telah mengisi borang permohonan untuk keluar pejabat dan terus menghala ke PJ.

Dengan menggunakan kemudahan waze yang mengambilkira traffic dan memberikan anggaran masa sampai, alhamdulillah dimudahkan kami sampai di PJ dari Putrajaya dalam masa 45 minit lebih kurang. Saya terus menuju ke Tingkat 2. Pada masa tersebut pejabat sedang lunch break dan tiada siapa di ruangan menunggu. Saya terus mendapatkan nombor giliran dan kurang seminit nombor saya pun dipanggilan. Saya telah bersedia untuk menunggu memandangkan tiada siapa di kaunter atau di ruangan menunggu. Syukur ada yang keluar dan melayan permohonan saya.

Pegawai Maybank (lelaki) yang bertugas di kaunter rupanya duduk di kawasan dalam pejabat. Mungkin beliau nampak kelibat saya maka beliau terus keluar dan melayan saya. Beliau meminta ic saya dan membuat pengesahan cap jari dan meminta saya mengisi borang memohon geran. Setelah pengesahan, beliau  meminta borang yang telah siap di isi dan kemudiannya keluar sebentar mungkin mencari fail geran saya. Kurang 2 minit beliau hulurkan geran yang mempunyai nama penuh saya dan nombor pendaftaran kereta saya. Alhamdulillah selesai urusan di PJ dan terus balik ke Putrajaya.

Oleh kerana kami semua tak makan tengahari lagi maka  kami sekeluarga terus menuju ke medan selera di Presint 9 dan makan tengahari. Selesai makan, saya terus masuk ke pejabat semula.

Alhamdulillah urusan pada hari ini dimudahkan.

Iswa Tonie
Putrajaya
13.12.2018

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.