Singgah sebentar ke A Famosa, Melaka



Salam...

Macam tak kene aje bile berjalan ke Melaka Bandar Bersejarah tanpa mengetahui sejarahnya. Kami sekeluarga telah sempat singgah sebentar ke A Famosa dan mengambil gambar. Dalam mengambil gambar tu anak2 bertanya apakah tempat tersebut. Meh nak share sikit sejarah kota A Famosa ni.

Lokasi : Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka06-231 4343



Kota A Famosa ("The Famous" ) asalnya adalah tugu Portugis a former. Ia adalah senibina yang dikatakan antara yang paling tua yang masih ada di Asia. Jika pembaca tengok gambar2 kami sekeluarga di sini, sebenarnya kami bergambar di hadapan Porta de Santiago iaitu pagar rumah kecil yang masih ada sehingga hari ini.






Pada tahun 1511, sekumpulan rakyat Portugis yang diketuai oleh Afonso de Albuquerque menyerang Sultan Melaka. Mereka menakluki Melaka dan membina tugu di sekeliling laut dan percaya Melaka akan menjadi hub perdagangan Portugal dan China. Pada asalnya bangunan A Famosa ni ade 4 penjuru namun disebabkan peperangan dengan Belanda dan akhirnya British maka akhirnya tinggallah tugu seperti adanya sekarang.

So kalau sampai ke Melaka jangan lupa singgah dan bergambar di sini. 


Reference :
Pix : Personal
Facts : Wikipedia



Iswa Tonie
Malacca, Malaysia




No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.