Till We Meet Again Tamara Residence





Tanggal 31.10.2018 genap setahun dan sebulan kami sekeluarga bermukim di Tamara Residence. Tempat kami sekeluarga berlindung daripada hujan dan panas. Tempat kami 3 bernak berteduh semasa ayahnya outstation. Jujurnya saya lebih gemar tinggal di rumah apartment berbanding teres. Pertamanya saya sukakan pemandangan. Di Tamara pemandangan indah di waktu malam ataupun siang sememangnya adalah bonus. Selain dekat dengan faciliti dan kawasan tumpuan untuk makan-makan di Ayer 8, Tamara juga menawarkan pakej lengkap yang menarik minat saya untuk menyewa di sini.



Dengan kadar sewaan RM1750 sebulan kami sekeluarga mendapat pemandangan yang cantik, 2 parking, rumah yang dilengkapan oven, microwave dan gas serta kitechen kabinet yang sesuai dengan keluasa rumah. Tidak lupa shower yang lengkap dengan air panas dan 2 biji air conditioner (di ruang tamu dan bilik utama). Bagi saya Tamara adalah satu penempatan yang lengkap. Tinggal di Tingkat 16 tidak langsung mendatangkan gayat bagi seorang yang takutkan ketinggian seperti saya. Malah dengan ketinggian inilah makanya saya dapat menikmati pemandangan separuh daripada Putrajaya.


Masjid Putra ibaratkan berada di seberang jalan. Kedengaran bunyi azan di setiap tiba waktu solat menerjah ke rumah kami. Sayu rasanya mengingati suasana petang (maghrib) di Tamara. Azan berkumandang bukan sahaja kedengaran dari Masjid Putra, malah dari surau Tamara dan sekali sekali jelas kedengaran dari Masjid Besi. Mana mungkin hati tidak terusik dengan laungan azan yang mengingatkan kita kepada darjat kita sebagai hambaNya. Sungguhpun begitu masih juga kita (saya) lalai solat di awal waktu..astaghfirullah...

Kehidupan di Tamara sangat lengkap. Semasa kami mula-malu masuk ke rumah ini kami suami isteri memasang angan-angan untuk mendapatkan satu unit untuk kami jadikan tempat berteduh secara tetap. Penat rasanya asyik berpindah randah menyewa dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Dari flat ke kuarters dan kemudiannya ke teres dan ke apartment semula. Bukan sahaja perabot yang rosak malah poket kami yang turut koyak rabak.

Melihat kemudahan yang disediakan di rumah ini membuatkan hati kami sekeluarga berbunga-bunga. Mana tidaknya, semua kelengkapan disediakan. Walaupun ruang dapurnya sedikit terhad namun ia lebih ringkas. Lebih kecil ruang maka lebih senang untuk dikemas. 



Namun sepanjang setahun dan sebulan di rumah ini, hanya sekali saya sempat menggunakan oven manakala microwave kami kerap guna untuk memanaskan lauk. Pengalaman menjadi seorang penyewa mengajar diri sendiri untuk tidak bebas meggunakan kemudahan yang ada walaupun kemudahan yang disediakan adalah untuk digunakan dan bukannya  hanya sebagai perhiasan. Sebagai penyewa rasa takut akan kerosakan melebihi rasa teruja untuk menggunakan barangan kemudahan apatah lagi apabila ianya melibatkan barangan elektrik. Takut kalau-kalau barangnya rosak, nak digantikan pulak mahal. Takut pula tak tertanggung nak membayar gantiruginya.



Beberapa bulan di awal kemasukan kami di sini kami sangat excited untuk mendi manda di kolam yang tersedia ini. Namun kami berdepan dengan musim hujan selepas itu menjadikan kami jarang untuk ke sini.Bagi saya sendiri yang tidak gemar mandi di kolam saya sendiri sebenarnya tidak berpeluang masuk ke dalam kolam di sini.



Apabila cuaca hujan mulai kurang perlahan lahan penduduk di sini mulai turun semula ke kolam ini. Bukan sahaja penduduk di sini, malah penduduk sementara (homestay) juga tertumpu di sini. Pernah sekali kami sekeluarga turun untuk mandi di sini tapi malangnya kami tidak mendapat spot bukan sahaja spot untuk duduk malah kolam ini juga penuh. Di tepi-tepi kolam terdapat beberapa buah keluarga sedang bersantai umpamanya di tepian pantai sementara anak-anak memenuhi kolam renang. Sebagai penyewa di sini kami sekeluarga sedikit terkilan. Ibaratkan hak kami telah dinafikan. Kami sebenarnya menunggu beberapa ketika untuk mencari ruang menyesuaikan diri namun setelah lama di sana dan nampaknya peluang semakin tipis, maka kami teruskan dengan menyelit 2 anak kami mandi di satu ruang yang sangat terhad. Cukupla untuk lepas hajat mereka.



Ruang tamu kami kecil sahaja. Sofa ini kami bawa dari Shah Alam. Mula beli semasa kami pindah masuk ke kuarters dan kemudiannya di bawa masuk ke rumah teres di seksyen 4 Shah Alam dan akhirnya di bawa jauh merantau ke Putrajaya. 

Ruang kecil ini nampak kecil tapi sangat luas bagi kami berempat. Tempat duduknya cukup untuk menempatkan 4 bontot kami yang comel2 ini. Cuma kalau hendak baring atau santai ruang ini tidaklah mesra. Jadi kami jarang berbaring-baring di ruang tamu ini. Langsir jarang ini kami beli di IKEA. Kami tidak berhasrat untuk memasang langsir berat atau blocking curtain. Kami ingin nikmati pemandangan yang indah dari rumah kami. Kadang-kadang takut juga bila hujan petir. Selalunya kami anak-beranak sembunyi masuk dalam bilik je.

Sepertimana dinyatakan di atas tadi, bonus di sini adalah pemandangan yang cantik dan menenangkan. Lihatlah pemandangan di waktu malam dari balkoni rumah kami. Indah dan tenang.





Tidak kira di mana kita berada, Allah telah tetapkan tempoh dan masa untuk kita kumpul kenangan. Begitulah juga kami sekeluarga. Cukup setahun dan sebulan untuk kami merasai nikmat kemudahan di sini.  Till we meet again Tamara Residence...thank you for all the memories...


Iswa Tonie,
Tamara Residence,
Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.