Salam Semua,
Kalau korang peminat
filem romantic korang mesti tengok filem dari Turki ni. Tajuknya seperti di
atas maksudnya api dan air . Mula2 tengok cerita ni macam tak best sebab diselitkan
dengan cerita tentang genster semua. Jadi mula2 ingat jalan cerita filem ni
mesti kasar dan berat. Biasa yang romantik2 ni wajib dimulakan dengan suasana
sekolah atau tempat keje atau keadaan rumah dan persekitaran kawan-kawan…Well,
dah biasa sgt tengok plot cerita drama sgt mcm tu kan jadi mindset macam susah
sikit nak ubah…
One thing about me
saya layan semua jenis genre. Cerita hantu aje 99% tak layan…contohnya macam
munafik. Memang saya tak de plan langsung nak tengok walaupun anak sulung suke
betul layan cerita mistik cerita hantu. Bukan tak support cerita melayu tapi
saya cuba untuk elakkan mindset bila tengok cerita hantu we tends untuk pk
bahawa hantu ade dan manusia jahat ada di mana-mana. Kita tahu semua benda ni wujud cuma bila dah tengok cerita hantu
mistik kadang2 kita terbawak bawak dan bila dah terbawak bawak tu nanti
startlah pikir yang bukan bukan. Contohnya, tibe tibe terdengar bunyi guli atau
orang heret perabot dari rumah sebelah…adoilaa..
So berbalik semula
kepada filem ni saya syorkan tengoklah masa lapang atau masa tengah sedih.
Surely saya jamin korang mesti akan lebih sedih..serius. Jalan ceritanya taklah
sehebat ombak rindu dengan lagunya yang mendayu-dayu. Dalam filem ni adelah
jugak lagu die takpe dalam bahasa dieorangla..
Kat mana nak
tengok? Korang boleh tengok kat youtube je. Tak payah beli dari apple store
atau download ape. Just type su ve ates atau kalau tak rajin sangat boleh click
aje link kat bawah ni ha dah share siap dah sini.
Kalau korang suke komen komen
tau bab mane yang korang hujan basah paling kuyup….nak kate sedih sangat taklah
tapi mcm #deep sikit feeling kite tengok cerita ni. Takde kene mengena dengan
yang masih hidup atau dah mati yeh…
Saya salute jalan
cerita, pelakon-pelakon especially hero n heroin yang best…nak kim salam kat
hero (yang kurang sikit hensem dari Mr Husband )nie boleh tak..hahaha nak tag
kejab mane tahu die bace blog kite Özcan Deniz.
Ok uol yang dah tengok tu tahniah ye atas sumbangan air matamu itu…dan yang belum tengok please tengok dan share komen uol. Saya taknak share ape2 pasal jalan ceritanya tapi nak share sikit tentang apa yang boleh kite kutip daripada filem ni: (positive respons)
1. Dalam kehidupan ni, cinta bukan datangs secara kebetulan. Perasaan sayang tidak terbit secara dibuat buat tapi atas kehendakNya. Dan perasaan tidak dapat dipaksa. Kerana perasaan ini bertuannya diri kita sendiri.
2. Setia dan percaya bahawa perasaan yang hadir itu hanya kepada
seorang sahaja.
3. Pengorbanan dengan ikhlas tidak akan merugikan diri kita. Walaupun masa berjalan dan perasaan itu mungkin akan hilang namun, don’t give up. Whats yours its always yours.
4. Cintailah orang yang mencintai kita. Jangan rebut cinta yang bukan ditakdirkan untuk kita. Yang penting, jangan paksa seseorang untuk mencintai kita.
Till then, Selamat menonton uol.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.