Trip to Guangzhou

kredit : Youtube
Salam di pagi ahad…

Cuaca sedang elok je pagi ni. Sementara anak-anak concentrate dalam kelas swimming dieorang saya cuba untuk habiskan sharing nie..Posting ni sepatutnya di buat 5 tahun semasa kejadiannya baru-baru lagi berlaku tapi oleh kerana kekangan masa dan kekurangan mood untuk menulis apa lagi menaip, maka posting ini terlewat selama 5 tahun.

Mungkin ada yang bertanya kenapa dan apakah sebabnya saya kurang menulis. Takkanlah sibuk sangat sampaikan nak menaip sebaris ayat pun payah. Yah, kalua ada yang bertanya mungkin akan saya jawab dengan jawapan versi ini :

Saya bukanlah seorang yang sentiasa berada di hadapan pc atau laptop mahupun Hp menatap posting sendiri atau orang lain. Saya tidaklah sesibuk mana. Cukup saya katakan bahawa sebagai seorang dpp (pada masa itu)yang terbeban dengan keja yang tidak pernah susut, dan sebagai seorang isteri yang mempunyai 2 orang anak yang berumur 3 dan 7 tahun tanpa pengasuh atau orang gaji, masa-masa terluang saya sangat sangat berharga. Masa-massa lapang saya gunakan dengan membasuh, mengemas, melipat baju dan belaja memasak. Ya, saya bukan seorang yang dilahirkan dengan skill memasak yang bagus. Semasa saya mula-mula berkahwin dengan suami saya, masa kari pun tak pandai lagi. Bolehla masak kari tapi kejadiannya seperti serba tidak kena. Walaupun suami tak komen banyak, tapi sebagai seorang isteri kitab oleh perhatikan dengan berapa suap yang suami kita telan..Para isteri mesti faham situasi begini. Sememangnya isteri-isteri diberikan the 6th sense sebagai anugerah. Kalau nak diceritakan special sense sebenanya banyak lagi sense yang boleh saya ceritakan termasuklah kuasa menghidu perbuatan2 tak elok suami, kuasa meramal perangai anak-anak dan mungkin juga kuasa untuk meramal masa depan keluarga dan anak-anak 😊….nantilah kalau ada masa terluang saya akan usahakan untuk share personal knowledge berkeneaan kuasa-kuasa seorang isteri yang Allah anugerahkan…

Saya rasa saya dah jauh ketengah laut nie…Eloklah saya kembali ke pesisir pantai.Hahaha… Beginilah saya banyak untuk saya ceritakan dan kongsikan. Saya selalu ingatkan diri untuk bercakap mengikut isu dan tajuk tapi kadang2 tajuk itu berkembang dan kerapkali saya tersasar. Bukan sahaja dalam posting tapi dalam kehidupan sebenarnya pun saya memang suka bersembang. Dan isu yang biasa kami suami isteri borakkan sudah semestinya socialmedia dan perkembangan anak-anak zaman sekarang..Nantilah ada masa saya cuba untuk ulas pasal isu itu pulak…

Ya, seperti yang saya cuba untuk huraikan di atas, saya bukanlah sesibuk mana.Hanya kesibukan biasa seorang ibu dengan 2 cahayamata yang meningkat usia. Kedua-duanya saya besarkan dengan didikan cara sendiri dengan berpandukan didikan mak ayah saya dan saya selitkan lebih kepada keutamaan berpegang pada Yang Esa. Saya kurang perhatian ke arah dunia social media.Jadi apabila timbul isu baru di mediasosia saya susah untuk memberikan komen. Isu socialmedia juga selalu menjadi isu bualan rakan-rakan. Oleh kerana saya susah untuk update isu-isu tersebut maka saya kurang bersocial juga. Lagipun saya terlalu sibuk dan masa-masa yang ada hanyalah sedikit untuk diri saya. Mungkin ada rakan-rakan yang kurang menyenangi tindakan saya yang kurang perihatin kepada perkembangan rakan sepejabat atau kurang ambil bahagian dalam perjumpaan atau sebagainya namun saya redha. Saya di sini hanyalah musafir. Hanya ada suami dan keluarga mentua. Itupun jauh nun di Rawang dan kami pada masa itu masih menetap di seksyen 6 Shah Alam. Dalam keadaan keluarga yang jauh saya cuba untuk minimisekan sebarang masalah…apa-apa sahaja masalah. Malah hujung minggu bagi seorang DPP tidaklah seindah hujung minggu rakan-rakan di unit lain…Walaupun berhujung minggu kami keja tetap diutamakan. Seawal petang ahad selalunya masa telah diperuntukkan untuk study kes minggu hadapan dan update apa sahaja yang perlu umpamanya dokumen dan saksi…menghantar reminder dan sebagainya….

Dan yaah,, saya dan suami berpeluang untuk ke Guangzhou, China pada Mei 2013. Trip yang kami rancang berdua ini sebenarnya adalah trip untuk membeli stok barang kraf saya. Dan oleh kerana negara China adalah negeri pemborong terbesar dan murah maka kami usahakan untuk kesana berdua.

Sebelum ke sana kami telah riki jalan dan hotel yang dekat-dekat. Kebanyakan maklumat yang kami tahu adalah berdasarkan blog2. Namun, blog2 tidaklah mendedahkan maklumat lengkap berkenaan area mana nak carik barang dan kedai yang murah dan sebagainya. Maklumat yang kami dapat cumalah perkongsian tempat nak pegi dan mungkin juga kemudahan yang ada di sana. Setakat itu sahaja.

Kami berdua memilih untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan MAS dengan seat economy. Pada masa tersebut tambang untuk pergi dan balik untuk seorang adalah RM2000 lebih kurang dan bagi kami harganya agak rendah berbanding airlines lain pada masa tersebut.

Perjalanan selama 4 jam dari KLIA ke Guangzhou berjalan dengan lancar pada masa itu. Setelah sampai di sana, kami dapatkan simcard local untuk memudahkan kami call anak-anak kami yang pada masa itu dijaga oleh anak saudara dan makcik saya yang diimport khas dari Kuching. Seterusnya, kami naik cab dan tunjukkan alamat kat driver taxi. Ini sebagai peringatan kat sape-sape yang nak ke China dan tak tahu bercakap mandarin yeh. Korang janganlah risau sebb kat sini kiranya driver-driver ni macam driver terlatih taw. Dieorg mungkin dah biasa bawak pelancong jdi korang cuma perlu tunjuk alamat dan die akan htr kat tempat tu. Macam kami hari tu kami tunjuk je alamat yang kami print kat paper (booking hotel) driver tu terus bawak ke hotel berkenaan. Cuma satu lah nak share...kadang2 sebutan nama hotel tu tak sama dengan sebutan kat sana jadi better tunjuk kat diorg nama and alamat hotel tu. Senang dioeg teka nak pegi mana.

Suami saya bolehla sikit bercakap mandarin. Nak dijadikan cerita pada hari kejadian tu sebenarnya suami dah bgtahu siap kat driver nama hotel tu. Bayangkanla dah cakap dalam mandarin pun die masih terpinga pinga. So kami tunjuk nama dan alamat yang dah diprint tu baru dia faham kami nak ke mana...begitulah ceritanya...

So sampai hotel kami rehat dan kelaparan. Walaupun kami adelah bawak sikit bekalan maggie etc (taklarat nak memasak aiehh) tp sebb dah lapar sangat kami keluar dan berjalan keliling bertanya di mana ada makanan halal. Dengan berbekalkan sedikit kepandaian berbahasa mandarin kami berjalan dari hotel ke kedai makan muslim yang paling dekat. Nak sampai ke kedai tu kiranya makan masa sejamla jugak sebab sekejab kami tanya sekejab kami sesat dan sekejab lagi carik jalan tak berjumpa jalan hahhaa....begitula bile berjalan tanpa hala tujuan hehehe...

Inilah antara menu yang ada di kedai tersebut. Kalau korang nak tahu macam mana kami pasti ini kedai muslim, sebenarnya kami bertanya dan interview tuan kedai tu dulu. Bukan kamila, suami seorang. Saya adelah menyampuk sikit2 dgn broken english hhehe...
korang tunjuk je nak makan yang mana. Kalau korang nampak makanan mee ke nasik ke ade daging tu daging kambing yeh.dieorang takde stok daging lembu kat sana mostly lambing je....katanyala...so nama kedai n kat mana lokasi saya susah sikit nak share sebb tak ingat nak ambik gambar depan kedai. 2 kali je makan kat sana and 2-2 kali tu kami kelaparan sangat.masa tu pulak takde power bank segala. Sempat ambik satu gambar je nie jek..huuhhuu...




Lepas makan kami terus berjalan jalan mencari kedai untuk beli barang. Sempatlah ambik gambar sebijik dua.....







Ini adalah pemandangan diluar kawasan hotel yang kami duduk. Di sini ada pasar macam pasar malam kite yang jual pelbagai makanan dan barang-barang basah. sate yang dieorang jual ni sate kambing. Jangan risau kami dah tanya dulu dieorang ni muslim ke tak. Sate ni sedap. Rasanya memang lain daripada sate yang kita ada di sini. Dieorang jual sate tanpa pencecah. Just makan macam tu je. Walaupun takde kuah sate saya tetap sukakan sate ni. Sate ni dibakar setelah diperap sebab rasa rempahnya hingga ke isi dan letakkan serbuk lada sebelum di makan. kira macam korang beli ayam goreng uncle bob tu la. Lepas goreng kan dieorang letak lada dulu. Kira samalah mcam yang ini. So lepaslah sikit rasa lapar yang datang balik bile dah banyak berjalan kan...


Keesokkan harinya kami berjalan lagi sampai petang. Ini adalah pemandangan waktu malam di sekitar hotel. Sunyi dan sepi. Kalau siangnya riuh rendah sampai ke petang namun malam sangat sangat sunyi kat tempat ni. Sikitlah nak puji dioerang ni semua ni. Semangat bekerja mula dari awal pagi. Pagi2 pkl 5 dieorang dah riuh rendah tapi semua ni berakhir waktu petang. Lain pulak kite kat sini. Sibuknya daripada siang bawak ke malam. Itu yang masa untuk family and anak-anak hilang entah ke mana. macam dieorang ni pulak petang dah siap ade kat rumah melayan keluarga. Nampak macam teratur sikit sistem keluarga dieorang.Yerlah kan, keje ni takkan ke mana. Keluarga lebih  penting.

Malam-malam kami saja berjalan-jalan menghirup udara segar. Masa tu takdelah sejuk sangat cuma beranginla sikit. Sejuk2 makan jagung rebus panas memang best. Tak sangka jumpa jagung rebus kat Guanzhou ..hehe

Hari ketiga kami masuk ke bandar sikit. kami sempatlah shoping sikit barang-barang untuk anak-anak. Nak kate baju kat sana murah2 tu takdelah murah mane. Cuma dapatlah beberapa pasang baju yang cantik dan kualitinya mcam oklah dengan harga yang berbaloi. Sory takde gambar cuma untuk memori shje.

so ini adalah menu kami kat bandar hari tu. Lupa lagi nak ambik gambar kedai tu. Sempatla tengok menu die and snap gambar. And even kami berjumpa Malaysian yang jugak shoping di Guangzhou. Katanya kedai makan tu memang portion die besar so berbaloi dengan harganya.


Korang rasa portion ni besar sangat ke biasa biasa je...

Malamnya kami sempatlah jalan-jalan kat bandar. Sempatlah naik cruise ....



dan ambik gambar sekepong 2 buat kenangan..


ni view dari dalam cruise ...


dan cruise ni akan melalui Canton Tower. Cantik dan bewarna warni..sangat meriah

...bye bye cruise hhehe.. 


Ni pemandangan dari bilik hotel kami. Kiri kanan bangunan ok. Takde pemandangan pokok ke ape. Memang keras je mate tengok permandangan macam ni hari hari.


Hari terakhir di Guangzhou kami tak banyak aktiviti. Just kemas-kemas dan bersiap untuk balik. Jadi saya takde apa apa nak share kecuali nak share yang last ni. makanan kami dalam flight balik ke KL.

Kami terlepas flight sebab salah tengok masa jadi kami terpaksa beli tiket baru. Bab ni saya tak nak share sebab sakit kepala memikirkannya. Tunggu ade masa terluang nanti saya share. Cuma nak ingatkan korang cek betul2 masa dan tarikh flight especially kalau ke luar negara. Kalau kene beli tiket flight baru memang menangis haruuuuu....

ok sampai sini je perkongsian hari ni. Nanti kami datang semula ke Guangzhou saya akan update semula korang info yang terkini punyer yeh..bye..





No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.