Ittipat, seorang anak muda dr keluarga berada yang suka bisnes dan malas belajar to sangat bijak mencari wang runtuh. Ittipat dapat income beribu hasil jual weapon thru online video games. Kiranya menjual weapons dlm games. Bayangkan hasil dari jualan tu beliau dapat beli kereta baru ...beli cash tue... At one point akaun game online kene sekat sebb byk sgt transaksi online haram. So satu hari masa die tgh lapar nampak iklan pameran barangan n makanan industri. Beliau pun pergilah ke pameran tersebut dengan harapan dapatla makanan free. Memang sah beliau dapat makanan free kat situ. Kat situ jugalah beliau dapat tahu pelbagai jenis mesin kilang dan industri sehinggalah beliau terpandang kat mesin buat chestnut terus beliau terdetik nak buat bisnes tu. Beliau pun tanpa lengah-lengah terus beliau belilah mesin tersebut. Mesin sampai rumah terkejut beruk mak ayah die.Bayangkanlah mesin chestnut sampai kat rumah. Sapa nak guna.
So beliau bukak bisnes chestnut kat mall (booth).1st tapak beliau dekat depan foodcourt tp bisnes tak maju. Dalam sehari adalah seorang datang membeli. Beliau rasa down sgt masa nie. Tapi beliau tidak berputus asa. Beliau mencari di mana kesilapan bisnes dan dapati besar kemungkinan lokasi tapak tak sesuai dan menarik. Jadi, pada suatu hari beliau pergi berjumpa dengan pihak pengurusan dan tapak yang ada di hadapan pintu masuk. Rezeki beliau baik. Beliau dapat tapak yang diidamkan. Semasa berniaga di lokasi tu bisnes dah start maju. Maju punya maju sampailah satu hari pihak management complaint sebb siling dah hitam sebab habuk memasak. Oleh kerana bisnes baru je ok die janji nak cat balik kasi cantik. Pada masa inilah mak ayah beliau ajak pindah ke China sebab bisnes ayah beliau ada masalah hutang 40m dan telah diistiharkan muflis. Beliau turut kecewa dengan keadaan tu tapi beliau bertekad untuk kekal Thailand dan berjaya dalam bisnes. So beliau stay bersama pakcik jaga kat rmh beliau a.k.a pekerja booth chestnut sementara mak dan ayahnya berpindah ke China.
Berkenaan siling yang kotor dan hitam tadi, beliau telah berusaha untuk membersihkan kotoran hitam dan mengecat semula. Namun, malang bagi beliau kerana walaupun dah cat bisnes owner lain masih complaint jadi pihak management terpaksa tolak beliau keluar. So beliau pun berhenti berniaga. Pada masa ni bukan sahaja beliau yang down dengan saya saya sekali turut rasa down dan give up.
Nak dijadikan cerita pada suatu hari beliau berjumpa dengan girlfriend beliau. Masa tenagh sembang dlm kereta girlfriend beliau telah keluarkan satu bekas di dalamnya ada seaweed dan bagi kat beliau untuk rasa. So beliau pun ambik dan rasa sangat sedap dan terus dapat idea nak buat bisnes seaweed pulak.
Sudahnya beliau jual semua mesin chesnuts beliau dan beli seaweed berkotak2 n grg sendiri kat rmh. Beliau juga membeli mesin packaging plastik utk pembungkusan. Berkotak2 beliau goreng semua hangus dan tak sedap.Membazir kan. Oleh kerana terlalu banyak pembaziran sekali lagi beliau rasa sedih dan kecewa. Duit baki pun dah makin susut nak beli seaweed utk try pun dah tak cukup.sian die
Pasa suatu hari hujan turut dengan lebatnya. Beliau pada masa tu dalam perjalanan balik ke rumah, Apabila sampai dekat rumah beliau tengok pakcik jaga yg tinggal dengan beliau terbaring pengsan. Beliau ingatkan pakcik tu mati. Beliau rasa sangat sedih memikirkan siapa akan temankan beliau nanti.
Well masih panjang rupanya cerita ni...Beliau bawak pakcik tu pergi hospital. Rupanya pengsan aje. So pakcik admitted beliau pun balikla ke rumah.
Siapa sangka rupa-rupanya itulah last n the 1st plastic seawed yg bawak tuah kat beliau..Rupanya2 seawed mentah yg dibeli tak boleh terus goreg.kena basahkan dulu baru goreng. Barulah rangup..cehhh!!! So beliau dah dpt idea baru dan beliau mulakan bisnes dengan menjual bungkusan demi bungkusan. Market pada masa tu sangat slow. Mungkin juga sebab cara pembungkusan yang tidak menarik atau bukan kegemaran penduduk di sana.
Esoknya beliau pergi bawak sampel kat 7e.7e bagi green light jadi beliau gembira yang sangat namun kegembiraan tersebut ternyata hanya seketika.Beliau terkejut apabila 7e bagitahu nak buat inspection kilang n nilai kebersihan kilang..aiseh kilang beliau masa tu ada dekat ruang belakang rmh die n pekerja hanyalah beliau dan pakcik jaga tu.
Ini adalah stage yang paling mencabar bagi beliau. Beliau berniat untuk adakan satu kilang yang betul-betul. Jadi beliau sanggup jual rumah dan jual keretanya untuk siapkan kilang dan mencari pekerja..sgt touching ms tu Terus ending...7e buat inspection..die berjaya jadi supplier untuk 7E so sekrg dh jd jutawan sebab yerla...berapa banyak cawangan yang 7E ade kan...giler mewah...
Cerita ini telah diadaptasikan berdasarkan cerita sebenar jutawan muda, Itthipat Kulapongvanich yang menjadi jutawan di usia 19 tahun. Rezeki tidak datang bergolek dan tidak juga mengenal usia. Selagi ada usaha, ada semangat yang kental dan kerajinan yang tinggi pasti akan berjaya juga akhirnya. DOnt Give Up!
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.