Merlion Park, Singapore



Salam...

Posting hari ini saya akan kongsikan berkenaan Merlion Park. Taman ini terletak di tepi tasik. Pemandangannya sangat sangat tenang dan luas mata memandang kerana persekitarannya yang cantik di kelilingi bangunan menarik seperti Marina Bay dan Esplanade. 


Lokasi Merlion Park ni hanya berjalan kaki dari Boat Quay kawasan hostel di mana saya dan keluarga menginap semasa berada di sana. Kedudukannya yang senang di cari dan hanya  berjalan kaki sangat memudahkan urusan lawatan. Kami berjalan kaki selama lebih kurang20 minit dengan kelajuan yang paling minima. Kebetulan pada masa tersebut memang ramai pelancong atau mungkin juga warga tempatan yang menggunakan laluan yang sama jadi kelajuan tidak dapat dimaksimakan. Tambahan, di sepanjang perjalanan kami juga berhenti sekejab ditempat yang menarik untuk mengambil gambar dan juga memerhatikan nilai sejarahnya.

Burung besar ini menjadi tarikan di kawasan hujung deretan kedai yang menempatkan hostel tempat tinggal kami di Boat Quay. Burung ini mengadap deretan kedai dan yang menariknya, ia adalah sejenis burung yang dibentuk dengan menggunakan gangsa (bronze). Melihat kepada saiznya sahaja sudah menarik apatah lagi setelah mengetahu bahawa ianya telah diukir oleh pengukir terkenal, Fernando Botero.


Ini adalah serambi yang terletak bersebelahan Merlion Park. Kurang pelancong berhenti di kawasan ini pada hari berkenaan. Mungkin disebabkan cuaca yang telah mulai panas ataupun bekejar untuk sampai cepat di Merlion Park. 

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan. Kurang daripada 5 minit berjalan kaki kami akhirnya sampai di Merlion Park. Terlihat patung singa kecil berketinggian 10 kaki yang berdiri di dalam kolam membelakangi patung singa besar yang mengadap laut.





Sebaik melangkah di kawasan ini kami terus mula mengambil gambar sambil memerhatikan gelagat pelancong lain. Ramai pengunjung pada masa tersebut dan kami terpaksan menunggu giliran untuk bergambar tanpa halangan. Memandangkan pelancong lain atau pengunjung lain datang bersama kumpulannya maka mereka nampaknya tidak meluangkan masa yang lama di sini. Setelah menunggu beberapa minit kawasan tersebut mulai lengang dan memudahkan kami menangkap gambar dengan pose yang menarik.

Sedikit fakta berkenaan Merlion Park ini, ianya pada asalnya telah direka oleh Lembaga Pelancongan Singapura berhampiran dengan sungai Singapura iaitu pada tahun 1964. Pada 15 September 1972, taman ini telah di buka secara rasmi dengan perletakan patung singa besar ini oleh Perdana Menteri Lee Kuan Yew (pada masa tersebut). Patung yang berketinggian 8.6 meter dan seberat 70 tan ini menjadi mercu tanda Singapura sejak daripada itu.

Iswa Tonie
Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.