Jika ada yang masih tertanya-tanya mengapa Khabib yang menang dalam pertarungan UFC 229 pada 6 Oktober 2018 yang lalu telah mendapat liputan meluas di media massa, di sini ada jawapannya.
Sehari sebelum
pertandingan berlangsung, satu sidang media telah diadakan secara besar-besaran,
Pada majlis tersebut, kedua-dua pesaing ini diiring masuk oleh kumpulan
masing-masing yang terdiri daripada jurulatih, pengurus dan ahli penyokong kumpulan.
Kelihatan di dalam sesi tersebut, Khabib dengan tenang melangkah masuk walaupun
ketika beliau melangkah masuk sudah terdengar sorakan daripada penyokong
lawannya. Sikap tenang tapi tegas yang dizahirkan dari wajah peninju Rusia ini
jelas menimbulkan rasa ketidakpuasan hati para penyokong pesaingnya.
Di majlis yang
sama, Mcgregor telah bertindak menawarkan
arak kepada Khabib seolah-olah cuba untuk membangkitkan amarah (provoke)
keimanan Khabib. Sedangkan Mcgregor sedar bahawa Khabib bukanlah seorang yang
mudah diperkotak katikkan. Dalam insiden
tersebut, Khabib dengan tegass menolak pelawaan itu dan berkata “ I don’t drink
and I never do”.
Berikut ucapan
Khabib sebelum beredar daripada majlis tersebut.
Khabib : “Alhamdulillah…..alhamdulillah..i
know you don’t like this…. (senyum) ..tomorrow Im gonna smash your boy…im gonna
smash your boy, guys….”
Ternyata, sorakan dan
teriak dari penyokong pesaingnya tidak langsung menggerunkan Khabib. Dalam langkah
penuh yakin bahawa Allah sentiasa ada bersamanya, Khabib beredar tanpa apa-apa
tindakan lain walaupun terdapat sedikit provokasi dimulakan oleh Mcgregor.
Detik-detik
perlawan berjalan dengan lancar. Tindakan Khabib ternyata mendominasi perlawanan.
Dan bagaikan dijangka, Mcgregor menyerah kalah secara submission di round ke4.
Sebaik kemengan
diumumkan, Khabis mendahulio Mcgregor, keadaan serta merta menjadi kacau apabila
penyokong Mcgregor yang tidak berpuashati masuk ke gelanggang dan diikuti oleh
penyokong Khabis. Pergaduhan tumbuk menumbuk berlaku namun akhirnya dapat dileraikan
oleh pengawal yang bertugas.
Siapa sangka dalam
kekalutan itu, Khabib yang sememangnya telah lama memendan rasa terhadap
pengurus dan penyokong Mcgregor bertindak melemparkan pengunci mulut dan melompat keluar terus melompat dan
menendang pengurus Mcgregor. Perbuatan tersebut berlaku dalam sekelip mata.
Mujurlah pengawal telahpun bersedia dan berjaya meleraikan pergaduhan tersebut.
Insiden ini telah
menjadi isu utama yang diketengahkan oleh Khabib dalam ucapannya pada sidang
media yang di buat sejurus selepas tamatnya perlawan tersebut. Khabib melahirkan
rasa menyesal kerana telah bertindak melompat keluar daripada arena dan perkara
ini sudah pasti akan mendapat kritikan daripda ayahnya sendiri. Khabib turut
mempersoalkan pendirian penyokong Mcgregor yang berat sebelah dan tidak menilai
keadaannya yang telah dihina baik dari segi keturunnya, agamanya dan malah
ayahnya pernah menjadi topik hinaan Mcgregor. Perang psikologi yang diterbitkan
oleh Mcgregor seolah-olah mencabar kesabaran dan keimanan seseorang. Khabib
menambah, bahawa sebagai seorang petinju, perbuatan keluar daripada arena adalah
dianggap tidak professional. Namun Khabib bertegas bahawa tindakan tersebut bersebab.
Jika diamati, banyak
yang bole dikutip daripada insiden ini. Umpamanya, kesabaran ada batasnya.
Apabila seseorang menghina tanpa henti dan menolak kesopanan dan kesusilaan,
adalah tidak wajar kekal dengan pendirian tidak membalas dengan harapan
penghina tersebut berhenti dan bertaubat sedangkan penghina tidak pernah tidak,
cuba untuk menimbulkan perasaan marah yang amat sehinggakan setiap ruang dan
peluang dimanfaatkan sepenuhnya.
Dalam keadaan sebegini, adakah diam itu memberhentikan penghina daripada berkata? Tepok dada tanyalah selera. Mungkin itulah yang Khabib ingin penyokong Mcgregor pikirkan. Bayangkan kalau anda berada di tempat Khabis, tidakkah anda akan "memanfaatkan" satu-satunya peluang yang ada?
"Allah is with me"
Kejadian seperti sebenarnya bukanlah kejadian yang asing dan terpencil. Di zaman serba moden dan berteknologi tinggi ini sebenarnya agak mudah untuk mengkaji berkenaan kekurangan dan kelemahan pesaing. Setelah mendapat titik kelemahan pesaing adalah perkara mudah untuk bermain dengan perasaan walaupun terpaksa menghina agama yang sudah semestinya suatu isu yang sangat sangat sensitif. Tidak perlu melihat jauh, cuma klincarian hina agama, maka pelayar akan menunjukkan cerita-cerita dan isu hina agama yang berleluasa di dalam ataupun di luar media massa. Lebih buruk, penghina menghina secara bertubi-tubi tanpa apa-apa response daripada mana-mana pihak. Sekiranya agama itu mempunyai perasaan, tidakkah ianya berkecil hati atas penghinaan tanpa pembelaan. Sifat yang dimiliki oleh Khabis ternyata lebih wajar. Islam itu indah. Islam mengajar tentang keamanan dan adab manusia. Peradaba manusia seharusnya menuju penambahbaikan dan bukannya mundur ke belakang dan menyamai kaum keturunan terdahulu yang jahil tanpa agama sebagai panduan utama.
Ini adalah lanjutan daripada posting terdahulu. Jika ingin baca posting tersebut, boleh klik disini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.