Salam semua,
Selamat hari isnin. Ramai yang kata isnin hari yang paling malas nak turun keje sebab kalau boleh nak continue sambung weekend.2 hari tak cukup untuk rehat dan menguruskan kelusrga.Pendapat ni mungkin juga betul kadang kadang sebab permulaan hari memang banyak dugaannya.Sebegitu jugala permulaan untuk semua perkara sama ada permulaan perkahwinan permulaan hari sekolah pemulaan hari menjadi ibu bapa namun semua permulaan ini jika ditempuh dengan sabar dan tabah akan menjadi hari yang paling indah yang pastinya akan dikenang sehilang mati. Kerana setiap permulaan membawa kepada peluang dan ruang yang baru maka bertabahlah melawan nafsu sendiri.
Hari ini saya bercuti.Baru sahaja selesaj urusan peribadi dan urusan keluarga. Ada masa sedikit ni saya nak ulas atau mungkin juga berkongsi rasa dengan pembaca semua.
Tanggal 6 Oktober 2018 iaitu 2 hari lepas berlangsung perlawanan antara Khabib Nurmagomedov dan Macgregor. Siapa khalid?siapa Macgregor? Kedua-duanya adalah pesaing untuk UFC. UFC ni adalah singkatan bagi Ultimate Fighting Championship. Beribu pejabat di Vegas perlawanan hebat 6.10.2018 diadakan di Sin City dan menjadi tumpuan seluruh dunia.Perlawanan ini bukan sahaja memiliki daya tarikan tersendiri malah menjadi tumpuan apabila pelbagai isu dibangkitkan sebagai perang psikologi antara pesaing.
Khabib adalah warga Rusia beragama Islam yang mempunyai sejarah perlawanan tidak pernah kalah. Bagi saya Khabib adalah seorang Muslim yang tetap berpendirian. Kalau kita perhatikan betul-betul pesaing Khabib ni kuat main serang serang secara psikologi. Habis semua diungkitkan termasuklah bab agama, keturunan dan kewarganegaraan Khabib. Bagi peminat tegar Khabib korang mesti dah tengok kan bagaimana rude dan kurang ajarnya perangai si McG ni. Macam kuat sangat. Masok round 4 dah lembik macam gegirl. APatah!
Dan saya ingin melahirkan rasa syukur Khabib menang. Yelaah, cuba korang bayangkan kalau Khabib kalah. Masyaallah tak terbayang apa yang akan berlaku di dalam stadium tu. Mahunya geng2 McG tu merusuh mengamuk berbunuhan. Ini tak mustahil berlaku. Di sebalik ramai peminat Khabib atas attitude dan rendah dirinya itu, saya rasa ramai haters McG yang terdiri dari kaum dia sendiri. Semuanya berpunca kepada tindakan McG sendiri yang berlagak hebat, suka suki hina keturunan orang dan malah agama orang jugak! no manners dan sangat biadap. Benarlah kata-kata ustaz Zakir Naik. Semua kitab mengajar umatnya menjadi lebih baik dan sekiranya umat-umat kitab terdahulu benar2 berpegang kepada ajarannya sudah pasti mereka tidak akan terpesong, bertindak diluar batasan dan kurang rasa hormat.
Korang yang tak follow lagi insta Khabib bolehlah klik kat SINI. Saya perasan jumlah follower dah meningkat tak kurang 3 juta dalam masa 2 setangah hari. Alhamdulillah. Syukur ramai yang menyokong dan berada di belakang Khabib.
Saya salute cara didikan yang diberikan kepada Khabib sejak kecil. Saya boleh katakan bahawa didikan ayahnya membentuk jati diri Khabib. Di zaman sekarang dugaan untuk mengekalkan keimanan pada diris sendiri pun sudah cukup berat inikan pula dugaan melawan pesaing yang psiko.
Saya akan cuba untuk sambung entry ni. Banyak lagi nak share pasal video, instagram dan jugak komen follower and haters. Ada pengajaran yang menyentuh hati semua orang (muslim esp) rentetan daripada game 6.10.2018 ni. To be continued.
Iswa Tonie
09.10.2018
Putrajaya
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.