Al-Fatihah Buat 6 Jiwa Yang Syahid


Kredit : Astro Awani


Salam Jumaah yang barakah...

Mati itu pasti. Ungkapan ini mungkin telah biasa bermain di bibir kita. Tapi sedarkan kita bahawa kematian itu sangat dekat dengan kita. Teringat dengan kata-kata ustaz di Astro Oasis  pagi semalam. Tolong jangan tanya siapa ustaz tu sebab saya lupa untuk tengok siapkah ustaz yang berbicara di kaca tv semalam. Semasa saya mendengar kata-kata berharga ustaz tersebut saya sedang leka menggosok baju sekolah dan dalam keadaan ingin cepat siap.




Ustaz tersebut berbicara tentang mati. Beliau menyampaikan bahawa Rasullah saw telah ditanya oleh umatnya berapa jauhkah kematian itu dengan diri manusia. Dan jawab rasullullah sambil menunjukkan 2 jari yang dirapatkan sambil berkata "Allah lebih mengetahui."

Bayangkanlah kematian digambarkan dengan 2 jari yang sangat rapat. Wujudkan ruang antaranya? Saya sendiri telah cuba melihat jarak antara keduanya. Cuba korang buat 2 jari dan rapatkan. Adakah korang jumpa ruang walau sedikit di antaranya?Takde kan. Masyaallah. Itulah gambarkan betapa dekatnya diri manusia dengan kematian.

Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Al-fatihah buat 6 orang umat Muhammad yang telah dipanggil kembali oleh penciptaNya. Mendengar berita ini sahaja cukup menggegarkan jiwa apatahlah lagi setelah melihat sendiri keadaan akhir hayat semasa mereka mengakhiri perjalanan mereka di bumi ini. Pengakhiran yang hanya Allah mengetahui caranya dan bagaimana.

Semoga roh mereka di tempat bersama para syuhada..


Iswa Tonie
25 Muharram 1440AH
Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.