Trip Bajet ke Singapore Part 1




Salam Malaysia Truly Asia....

Pada entri kali ini saya akan kongsikan pengalaman berjalan-jalan bersama anak-anak kecil (umur 7 dan 10 tahun) ke negara jiran kita iaitu Singapura. Perjalanan ini sebenarnya telah di rancang awal oleh saya dan rakan baik saya Sumarziah. Namun perancangan awal hanyalah melibatkan kami berdua sahaja dan tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali anak-anak sebab kami berdua tak pernah masuk Singapura jadi kami risau nak bawa orang ketiga. Kalau sesat tak pasal-pasal bawak orang lain sesat sekali. Sesat berdua takpe..hehe

So akhirnya plan berubah. Daripada kos bajet rm500 seorang saya terpaksa up kan sikit untuk tampung 2 kepala..hehe Nasib baik kos kali nie fully sponsored by Mr Husband jadi takdelah terasa sangat kos meningkat mendadak..hahha

Gegirls group of 5

Nak dijadikan cerita adik ipar nak join sekali. So akhirnya kami pergi ber5. 3 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Semua kos asal dikekalkan dan secara ringkas dan cepatnya saya terus membuat tempahan berikut :

1. Tiket bas KL-Singapura
2. Penginapan
3. Tukar RM to Singapore Dollar

Oleh kerana Mr Husband adalah Malaysia Tour Guide maka dinasihatkan agar mengambil bas dari KL terus masuk ke dalam Singapura melalui 2nd Link (Tuas). Ini adalah untuk mengelakkan kesesakalan di ruangan semakan kastam dan Imigresen Singapura. Katanya kesesakan di Check Point Woodlands adalah double berbanding Tuas jadi kami ikutlah apa yang terbaik untuk kami ber5.


Kami 3 beranak



Tiket bas kami beli sehari sebelum pergi (8.9.2018). Asalnya kami nak naik bas pukul 8.30 tapi nak dijadikan cerita tiket bas habis dijual. Jadi kami terpaksa naik bas pukul 8.00 pagi yang dijangka akan masuk ke Singapura sekitar 1.00 petang.


Iswa Tonie
Putrajaya.

1 comment:

  1. Salam semua :) jika berminat bole dapatkan "SG City Tour 1-Day Package" trip from JB serendah RM109 dengan sis / beli any Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-GardensByTheBay-RiverCruise-dll) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB Love Travel *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.