Salam ......dengan pertanyaan dah tengok belum filem animasi nie.. kalau belum adalah dinasihatkan anda beli tiket sekarang dan bergerak segera ke GSC terdekat. Sebab ape cerita ni seriusly memang best. Anak-anak yang menonton cerita ni memang gelak dan happy.
Semalam kami sekeluarga tak plan pun nak pergi nonton wayang. Yerlah sabtu adalah hari pelbagai guna bagi kami sekeluarga. Itulah hari mengemak rumah, membasuh baju, menukar cadar, membasuh kasut dan hari makan dirumah. Kalau ikutkan Sabtu juga adalah hari rehat kami :)
Dipendekkan cerita kami selesai mengemas rumah, menyidai baju dan memasak sekitar jam 12. Selepas makan dan solat kami teruskan agenda biasa menonton berita 1.30 tengahari. Jalan pelik ok kami sekeluarga memang selalu tengok berita. Walaupun dah tengaok sesi 1.30 sekalipun kami tetap tgk sesi pkl 8 walaupun kami tahu isi kandungan beritanya more or less sama mungkin ada tambahan atau di baca dengan lebih slow (heehheh).
Memandangkan jam baru pkl 2ptg dan kami dah selesaikan banyak benda bersama jadi kami pun decidelah nak tgk wayang. Kena pulak ade cerita animasi makin rancaklah perasaan nak menonton tu kan. Anak-anak macam biasalah tengok wayang makan popcorn memang dieorang suke. So saya book ticket dari GCS online macam biasa. Selain jimat masa takperlu berbaris dan sebagainya saya rasa membeli dalam talian ni ringkas dan boleh plan seat siap2. Kalau nak dibandingkan dengan cara biasa berbaris dan membeli tiket memang jauh sangat bezanya membeli dalam talian nie. Bayangkan kalau kite nak tengaok wayang kol 4.40 pastu dengan penuh harapan kite sekeluarga pergilah ke GSC terdekat. Bile sampai kat sana dengan kecewanya tiket habis... atau yang ade pun baris depan.. nak berhuhuu depan orang ramai pun kite segan apakan pulak nak menangis btl tak. Kalau ade yang suke duduk baris depan silakan.Bukan kami sekeluarga sebab nanti ade kang patang tengkuk. hahahahha
Jadi saya beli untuk show pkl 6.20 petang di GSC paling dekat dengan rumah. Of cos kat Alamanda, Putrajaya. Dah beli online nie korang boleh buat screenshot macam kat atas nie. Sampai je kat GCS sana korang ade 2 pilihan sama ada nak terus masuk dan scan dengan mengggunakan barcode di sebelah kiri atas tu atau pergi je ke kaunter dan mtk printkan ticket. So far tak penah lagi mtk print tiket kene marah so korang jgn segan2 nak mtk hardcopy tiket yang korang dah beli tu yeh. Oh lupe nak cakap beli online ade caj RM2 untuk booking. Kalau beli kaunter takdelah caj ni...huuu
So ape komen pasal filem nie.Best ke tak? Macam yang saya awal tadi cerita ni memang best. Ada nyanyi2. Biasalah kan budak2 suka kot bab nyanyi2 nie. Kena pulak gambar dan animasi cantik dan kelakar memang kombinasi yang cukup lengkap. Saya bagi 5 BINTANG. BRAVO!
Di sebalik tema dan jalan ceritanya mungkin ada beberapa perkara yang kite boleh kutip daripada filem ni.
1. bahawa kadang2 baik kite tak tahu banyak perkara daripada tahu tapi mendatangkan keburukan dan kesan kepada bukan sahaja diri kita tapi kepada orang lain jugak. Sebab? Kalau dah tahu kebenaran adakah kita hanya akan berdiam diri? Tentulah kite nak sebarkan kebenaran. Btl tak. Contohnya kita dapat tahu aib seseorang adakah kita hanya akan simpan dan berdiam sedangkan kalau dihebahkan mkin dapat membantu orang lain daripada terus terpedaya atau sbagainya....
2. Berpengetahuan sikit susah, banyak pun susah. Sifat ingin tahu ada dalam diri manusia malah bigfoot juga. Sifat ingin tahu sekiranya gagal dibendung akal memakan diri. Semakin banyak pengetahuan yang kita kumpul kita semakin teringin untuk menerokai dunia lain sedangkan kesan daripadanya mungkin baik atau mkin juga tidak mendatangkan apa-apa kebaikan melainkan keburukan. Namun, tidaklah salah untuk bersifat ingin tahu.
3. Huraikan sengketa. Wujudkan keamanan dengan membuka peluang dan ruang untuk menerima orang lain.
Ada banyak lagi mesej tersirat. Umpamanya berkenaan bapa Migo yang bertugas untuk memukul gong dan pekerjaan tu pulak diturunkan secara turun temurun. Sampai leper kepala orang tu..hahhaa...
Tapi rasanya cukuplah 3 buat ade2 huhuh..
Jangan lupe tengok dan pastikan anak-anak tak mengantok sebelum masuk panggung. Kalau mengantuk dan tdo buat rugi je masuk dan tak enjoy cerita kelakar ni. hehhe
bye dan selamat menonton.
-Iswa Tonie-
Putrajaya
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.