Jika anda berpeluang untuk ke Singapura semestinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke taman di tepi teluk yang famous dengan nama komersilnya Garden by The Bay. Taman yang cantik ini menjadi sangat menarik apabila didalamnya terdapat taman dan beberapa replika yang cantik dan menarik dan bercahaya di waktu malam. Pada waktu tertentu anda juga berpeluang untuk menyaksikan pesta lampu berirama. Lagu akan dimainkan dari sangat jelas dari speaker yang seolah-olah sangat dekat dengan kita. Pada masa yang sama lagu dan lampu akan bergerak seiringan. Lagu rancak dan laju, maka lajulah pergerakan lampunya begitu juga jika lagi slow dan mendayu dayu. Terbuai seketika dengan ketakjuban ciptaan manusia ini.
Untuk ke tempat ini, saya dan kumpulan telah menaiki teksi Boat Quay dengan tambang Sing15. Mahal kan. Nasib baik kami bahagikan kepada 3. Itulah sebenarnya masih mahal bagi kami. Apa boleh buat. Pada masa itu kami tidak bercadang untuk menaiki bas kerana ingin cepat sampai. Kami balik dengan cara yang sama. Mudah. Cepat. Mahal. Namun berbaloi untuk pengalaman yang tidak mungkin akan dapat dilupakan.
Pada malam kedua kami repeat lagi ke tempat ini untuk lebih menikmati suasana yang mengagumkan itu. Dasyat kan kitaorang siap repeat. Di bawah adalah gambar-gambar semasa kami melawat tempat ini di malam pertama kami di Singapura.
Jumpa Lagi...
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.