Kelmarin (Isnin) kita rakyat Malaysia telah menerima berita perlantikan 13 ahli kabinet Malaysia yang telah mengangkat sumpah di Istana Negara. Berita yang menjadi sejarah negara ini bukan sahaja mendapat liputan meluas kerana melibatkan sejarah yang dibentuk namun juga kerana uniknya pertukaran Kerajaan yang julung kali berlaku di Malaysia.
Di sebalik berita yang bersejarah ini kita juga dikejutkan dengan penangkapan bekas Perdana Menteri Malaysia pada hari Selasa, 3.7.2018 di rumahnya di Langgak Duta, Kuala Lumpur yang kemudiannya membawa kepada pertuduhan di Mahkamah pada hari Rabu, 4.7.2018.
Pada hari yang sama, di sebalik liputan meluas terhadap pertuduhan ke atas bekas PM di Mahkamah, media turut membawakan satu berita yang mengejutkan berlaku di daerah Batu Caves, Selangor yang melibatkan berita kematian kanak-kanak, Adam Raiqal Mohd Sufi. Pada awalnya, ibu kanak-kanak malang yang bertugas sebagai jururawat Hospital ini telah dimaklumkan oleh pengasuh bahawa suaminya telah mengambil kanak-kanak tersebut. Tidak percaya dengan kenyataan tersebut, si ibu telah menghubungi si ayah dan mendapati si ayah tidak bebruat demikian. Mereka beranggapan bahawa anak malang ini telah diculik dan meminta rakan-rakan mencari melalui perkongsian di FB.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang berlaku kepada pasangan ibu bapa muda ini. Anak sulung yang baru berusia 5 bulan ini ditemui oleh pihak polis di dalam peti ais di kawasan sejuk beku di dalam rumah pengasuh sendiri. Tergamaknya seorang pengasuh mereka-reka cerita bahawa anak malang ini diculik oleh lelaki yang mengaku bapa anak ini sedangkan dia mengetahui bahawa anak malang ini telah meninggal dunia dan disembunyikan pula di dalam peti ais yang menyimpan makanan. Masyallah.
Pagi ini saya berkesempatan menonton astro awani live dari PC. Bukan saya seorang yang sebak mendengar berita ini malah pembaca berita pun sama. Naluri manusia akan terkesan dengan cerita-cerita sedih apatah lagi melibatkan kematian dan kehilangan orang yang disayangi. Lebih -lebih lagi mengetahui bahawa kematian tersebut adalah disebabkan di bunuh.
Damailah kamu di sana anak syurga. Semoga keluarga arwah redha dengan pemergian permata hati kerana sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak ini. Semoga pengasuh dan/atau mana-mana individu lain yang berkaitan di hukum dengan sewajarnya sebagai pengajaran dan tauladan.
Wallahhualam.
Iswa Tonie
Putrajaya
5 Julai 2018.
S
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.