Adam Raiqal Anak Syurga (Al-Fatihah)


                        


Salam 21 Shawal 1439H,

Kelmarin (Isnin) kita rakyat Malaysia telah menerima berita perlantikan 13 ahli kabinet Malaysia yang telah mengangkat sumpah di Istana Negara. Berita yang menjadi sejarah negara ini bukan sahaja mendapat liputan meluas kerana melibatkan sejarah yang dibentuk namun juga kerana uniknya pertukaran Kerajaan yang julung kali berlaku di Malaysia.


Di sebalik berita yang bersejarah ini kita juga dikejutkan dengan penangkapan bekas Perdana Menteri Malaysia pada hari Selasa, 3.7.2018 di rumahnya di Langgak Duta, Kuala Lumpur yang kemudiannya membawa kepada pertuduhan di Mahkamah pada hari Rabu, 4.7.2018.


Pada hari yang sama, di sebalik liputan meluas terhadap pertuduhan ke atas bekas PM di Mahkamah, media turut membawakan satu berita yang mengejutkan berlaku di daerah Batu Caves, Selangor yang melibatkan berita kematian kanak-kanak, Adam Raiqal Mohd Sufi. Pada awalnya, ibu kanak-kanak malang yang bertugas sebagai jururawat Hospital ini telah dimaklumkan oleh pengasuh bahawa suaminya telah mengambil kanak-kanak tersebut. Tidak percaya dengan kenyataan tersebut, si ibu telah menghubungi si ayah dan mendapati si ayah tidak bebruat demikian. Mereka beranggapan bahawa anak malang ini telah diculik dan meminta rakan-rakan mencari melalui perkongsian di FB.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang berlaku kepada pasangan ibu bapa muda ini. Anak sulung yang baru berusia 5 bulan ini ditemui oleh pihak polis di dalam peti ais di kawasan sejuk beku di dalam rumah pengasuh sendiri. Tergamaknya seorang pengasuh mereka-reka cerita bahawa anak malang ini diculik oleh lelaki yang mengaku bapa anak ini sedangkan dia mengetahui bahawa anak malang ini telah meninggal dunia dan disembunyikan pula di dalam peti ais yang menyimpan makanan. Masyallah.
Pagi ini saya berkesempatan menonton astro awani live dari PC. Bukan saya seorang yang sebak mendengar berita ini malah pembaca berita pun sama. Naluri manusia akan terkesan dengan cerita-cerita sedih apatah lagi melibatkan kematian dan kehilangan orang yang disayangi. Lebih -lebih lagi mengetahui bahawa kematian tersebut adalah disebabkan di bunuh.

Damailah kamu di sana anak syurga. Semoga keluarga arwah redha dengan pemergian permata hati kerana sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak ini. Semoga pengasuh dan/atau mana-mana individu lain yang berkaitan di hukum dengan sewajarnya sebagai pengajaran dan tauladan.




Wallahhualam.
Iswa Tonie
Putrajaya
5 Julai 2018.



S

Senarai Anggota Kabinet Malaysia yang baru

Salam Isnin, 2 Julai 2018

Pada hari ini seramai 13 orang lagi menteri dan 23 orang timbalan menteri telah mengangkat sumpah perlantikan dan simpan rahsia di Istana Negara. Berita bersejarah ini telah mendapat liputan meluas bukan sahaja kerana kesan sejarahnya kepada negara malah juga kerana ia melibatkan struktur pentadbiran negara yang baru yang julung kali berlaku.

Berikut adalah senari menteri dan timbalan yang mengangkat sumpah pada hari ini. Berdasarkan liputan media massa, saya dapati bahawa YB Syed Saddiq mencuri tumpuan berdasarkan portfolio beliau yang merupakan menteri paling muda memegang portfolio tersebut. Sejarah negara sebelum ini dipegang oleh bekas PM yang merupakan timbalan menteri pada umur 24 tahun dan menjadi menteri kabinet di usia 33 tahun.

Senarai 13 orang MENTERI

1. Saifuddin Abdullah - Menteri Luar

2. Mohd Redzuan Md Yusof - Menteri Pembangunan Usahawan

3. Dr Xavier Jayakumar - Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

4. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Menteri Belia dan Sukan

5. Baru Bian - Menteri Kerja Raya

6. Teresa Kok - Menteri Industri Utama

7. Saifuddin Nasution Ismail - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

8. Dr Mujahid Yusof Rawa - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

9. Khalid Abdul Samad - Menteri Wilayah

10. Liew Vui Keong - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

11. Ignatius Darell Leiking - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

12. Mohamaddin Ketapi - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

13. Yeo Bee Yin - Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

Senarai 23 orang TIMBALAN MENTERI

1.Datuk Dr Shahruddin Md Salleh - Timbalan Menteri Wilayah

2. Dr Md Farid Rafik - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)

3. Amiruddin Hamzah - Timbalan Menteri Kewangan

4. Eddin Syazlee Shith - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

5. Shamsul Iskandar Md Akin - Timbalan Menteri Industri Utama

6. Sim Tze Tzin - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

7. R. Sivarasa -Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar

8. Fuziah Salleh - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

9. Dr Lee Boon Chye - Timbalan Menteri Kesihatan

10. Muhammad Bakhtiar Wan Chik - Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

11. Chong Chieng Jen - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

12. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji - Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

13. Hannah Yeoh - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

14. Teo Nie Ching -Timbalan Menteri Pendidikan

15. Steven Sim - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

16. Dr Ong Kian Ming - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

17. Mahfuz Omar - Timbalan Menteri Sumber Manusia

18. Mohd Anuar Mohd Tahir - Timbalan Menteri Kerja Raya

19. Dr Mohd Hatta Md Ramli - Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

20. Mohamed Hanipa Maidin - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)

21. Datuk Kamarudin Jaffar - Timbalan Menteri Pengangkutan

22. Datuk Aziz Jamman dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri

23. Isnaraissah Munirah Majlilis -Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar


Iswa Tonie
Putrajaya
18 Shawal 1439H



Klinik PC di Plaza Low Yat

Salam semua..

Rasanya semua orang dah tahu Plaza Low Yat adalah syurga PC di KL. Semua jenis PC, Gadget dan services ada di sinu. Hari tu saya telah ke sana membawa PC kami yang 'sakit' di bahagian screen. Alhamdulillah selepas sejam kami dapat semula PC kami yang dah sihat seadanya.

Sebenarnya kami suami isteri telah banyak kali ke sana. Sama ada untuk repiar Hp yang bermasalah atau pc. Bukan taknak panggil individu yang freelance namun pengalaman mengajar untuk terus pergi kepada pakar. Sekurang-kurangnya nasib gadget atau pc atau HP terbela. Di sini, kebanyakan kedai memberikan jaminan untuk repair semula sekiranya barangan bermasalah semula. Walaupun tempat ini jauh dari Putrajaya namun kami suami isteri rasa berbaloi kerana service yang cepat dan berkualiti.



Kami memilih untuk menghantar pc kami di kedai ini. Kami pilih bukan sebab 'favorable" tapi sebab kedai ini terletak berhadapan lift dan senang untuk ingat lokasi kedainya. Tambahan, pekerja di kedai ini juga sangat sopan dan peramah (bukan warganegara).



Iswa Tonie
Putrajaya.